Tanya saja siapa Chegu Rashid kaki ekor , rasanya  orang orang Ampangan
 sudah faham siapa yang di maksudkan kalau tak lain  Chegu Rashid ADUN 
Ampangan. Ini kerana  perkataan kaki ekor itu sudah senonim dengan beliau kerana sebelum bergelar YB beliau sering kekedai ekor untuk membeli ekor.
Rashid  sebenarnya berkecimpung dalam politik ini bukan lah kerana 
minat atau kerana  perjuangan. Rashid yang sememangnya diketahui telah berniaga
 secara kecil kecilan semenjak dia masih menjadi guru lagi. Dia pernah membuat
 syarikat trading, syarikat menjual kereta dan pernah menjadi macam macam broker 
kerana dia ini bercita cita besar untuk menjadi seorang jutawan. Rashid 
akan mengambil apa saja peluang yang ada untuk melonjakkan dirinya 
sebagai orang yang kaya. 
Rashid  sememangnya tidak berminat langsung menanam perasan membela kehidupan 
rakyat. Dia sendiri sebenarnya hanya cuba cuba dan main main saja untuk menjadi ahli politik dan   memperolehi upah menjadi calon, Sebab ketika itu tidak ramai yang 
berminat untuk menjadi calon. Rashid sendiri tidak manjangkakan bahawa 
dia akan menang. 
Sewaktu keputusan diumumkan dia  terperanjat apabila diumumkan menang dalam PRU 12 DUN Ampangan. 
Heboh juga suatu ketika sebaik memenangi PRU12   Rashid dikatakan pernah
 menawarkan diri kepada agen untuk menjual kerusi DUN Ampangan . Namun 
entah bagaimana tawaran Rashid itu tidak tidak disahut dan akhirnya   beliau terus menjadi ADUN Ampangan  walaupun itu bukan lah merupakan satu kerelaan dirinya.
Rashid tidak mempedulikan apakah kemahuan dan kepentingan yang di mahukan oleh rakyat kerana dia tahu semuanya telah diberikan dan juga dijagai oleh kerajaan Negeri melalui bapa angkat BN dikawasan berkenaan. Rashid dikatakan semakin jauh dengan rakyat dan ini sebenarnya telah di hidu oleh pusat dan nama Rashid tidak akan dicalonkan di Ampangan pada PRU 13 nanti,

YB Ampangan koh tu, eden duduk Ampangan pun tak konal den doh, bilo ekau koluarkan gambar e ni, barulah den konal. Aiiyoo..... pasrah yo lah. Cormin-corminlah pretasi sebagau ADUN tu.
ReplyDelete