Labels

Tuesday, 23 April 2013

RAVI Benarkah anak kamu kena tangkap kes samun ??

Saya terdengar desas desus  Ravi ada mengatakan bahawa anak calon DAP Port Dikson sdr Ravi  ditangkap kerana menyamun.

Malahan seluruh Malaysia dan Negeri Sembilan telah mengatahui. Difahamkan ada sekumpulan pengundi Negeri Sembilan akan membuat protes untuk mendesak RAVI membuat pengakuan dengan bukti mengesahkan bahawa anaknya tidak ditangkap menyamun.

Eloklah Ravi jelaskan supaya rakyat dapat pencerahan atau terima saja hukuman dari rakyat yang akan menolak pemimpin yang gagal mendidik keluarga.




Sunday, 21 April 2013

Tanding Jempol: Aishah janji tak aibkan sesiapa



Aishah
Aishah (kiri) bersama barisan calon PR di kawasan Parlimen Jempol ketika penamaan calon, semalam.
JEMPOL- Penyanyi popular era 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak ketika berkempen nanti, sebaliknya akan melakukannya secara berhemah.

Aishah, 48, berkata, kempen yang mengaibkan orang lain tidak perlu kerana manifesto sedia ada yang lebih menjaga kebajikan rakyat sudah cukup kuat untuk menarik pengundi.

“Orang mahukan pembaharuan, new blood, fresh ideas. Tidak perlu taktik kotor untuk provoke calon yang ada," katanya.

Menurutnya, pemilihan beliau sebagai calon juga membuka ruang kepada rakan artis lain, selain memberi pembaharuan pada dirinya sendiri.

“Sungguhpun saya berlainan lapangan, Insya-ALLAH saya boleh buat yang terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita sejurus selepas diumumkan sebagai calon Pas bagi kerusi Parlimen Jempol, semalam.

Aishah yang akan menentang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (BN) sebelum itu diiringi lebih 500 penyokong sambil membawa sepanduk ‘Bulan di hatiku, Undilah Pas’.

Beliau juga kelihatan ceria diiringi empat calon Pakatan Rakyat lain yang bertanding iaitu Rebin Birham (PKR - Palong), Siew She Yong (DAP - Bahau),  Abd Rahman Ramli (Pas - Serting) dan T Kumar (PKR - Jeram Padang).

Friday, 19 April 2013

BN Bakal Menang 2/3 Di Negeri Sembilan


Penulis tidak begitu tergesa-gesa nak menggambarkan perasaan mengenai calon-calon BN Negeri Sembilan yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Mohammad Hasan di kediaman rasminya semalam.
Tujuannya kerana penulis ingin menunggu dahulu respon balas masyarakat dan penyokong parti terhadap calon yang dipersediakan kepimpinan tertinggi parti untuk berkhidmat kepada mereka kelak.
Pegang cakap tu, untuk berkhidmat, bukan semata-mata untuk berkuasa.
Baiklah, setelah melihat senarai pencalonan itu, apa yang boleh dikatakan, melainkan 2 kerusi, BN ada peluang untuk menang majoriti lebih besar berbanding tahun 2008.  Tentang calon pula, hampir kesemuanya adalah calon-calon yang menepati janji Perdana Menteri, boleh menang.
Itu ringkasnyalah.
Cuma dari senarai itu, agak sedih juga melihat sekurang-kurangnya 4 calon cina dari MCA dan Gerakan yang bertanding di beberapa kerusi DUN dan Parlimen, kerana mereka hampir pasti kalah akibat isu perkauman yang dimainkan DAP.
Nasib baik jumlah kerusi terlibat tidak banyak, berbanding 7 kerusi Parlimen dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.
Berbalik pada 2 kerusi yang dikatakan bermasalah itu, kedua-duanya berada dalam Parlimen Seremban dan kedua-duanya juga adalah kerusi yang diwakili pembangkang.  Macam biasa, kebanyakkan masalah itu berkaitan dengan asal usul calon dan latar belakang sebelum menjadi calon.
Itu sahaja.  Lagipun mereka yang kecewa ini ada 24 jam untuk merajuk, lepas itu eloklah.
Dengan kerja keras dan kempen yang berkesan, penulis yakin diakhirnya nanti, calon-calon yang bermasalah ini boleh diterima masyarakat.
Tambahan pulak Pakatan Rakyat Negeri Sembilan sedang hebat bergolak.  PKR masih tidak boleh putuskan siapa calon disemua kerusi yang diserahkan kepada mereka untuk ditandingi.  Walaupun khabarnya malam 17/4/2013 senarai tersebut boleh dimuktamadkan, tapi tidak ada jaminan senarai tersebut akan kekal sehingga hari penamaan calon nanti.
Atas sebab yang sama (pergolakan dalaman), sesiapa yang berkunjung ke Seremban hari ini boleh lihat betapa pudarnya kempen pembangkang, berbanding pada tahun 2008.  Penyokong yang kecewa terpaksa pasang bendera parti pada kenderaan masing-masing kerana hampir keseluruhan bandar Seremban sehingga ceruk pendalaman rantau, dihampar dengan bendera biru BN.
Insya Allah, kita menang besar. - UMNO Online

Thursday, 18 April 2013

PRU13 NSDK : Bakal menyaksikan banyak persaingan 3 penjuru



Perpecahan yang dialami DAP negeri ini semakin parah apabila bekas Ahli Parlimen DAP Seremban, John Fernandez mengumumkan keluar daripada parti itu dan bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Selain itu, tiga lagi bekas ahli DAP dan dua individu lain, semuanya daripada kaum India turut mengumumkan bertanding sebagai calon Bebas.

John berkata, beliau mengambil tindakan itu selepas mendapati DAP bukan parti berbilang kaum 'kerana giat' meminggirkan kaum India.

"Ini dapat dilihat apabila beberapa pemimpin DAP dari kaum India tidak lagi dicalonkan pada pilihan raya umum kali ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Fernandez akan bertanding kerusi Parlimen Seremban manakala tiga bekas ahli DAP iaitu Setiausaha Politik beliau, S. Rajashegher bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai, bekas Pengerusi DAP cawangan Taman Bukit Kepayang, S. Vijayan (DUN Bukit Kepayang) dan bekas ahli DAP, S. Sasikumar (DUN Temiang).

Dua yang lain ialah ahli perniagaan, S. Daniel (DUN Port Dickson) dan peguam S. Karthigesan (DUN Senawang).


Tuesday, 16 April 2013

Yakini Muka baru BN



Klik sini senarai lengkap calon BN di NSDK 

33% calon Parlimen; 49% calon DUN: Barisan terbaik, terkuat imbangi pemimpin pengalaman: Najib

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan 33 peratus calon muka baru bagi kerusi Parlimen dan 49 peratus untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13), 5 Mei ini. 

Jumlah itu, membabitkan kira-kira satu pertiga atau 73 calon muka baru daripada 222 kerusi Parlimen manakala hampir separuh atau kira-kira 247 daripada 505 kerusi DUN. 

Ini bermakna 320 daripada 727 atau 44 peratus penyandang kerusi Parlimen dan DUN digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU-13. Senarai lengkap calon BN akan diumumkan serentak di semua negeri hari ini.

Pasukan transformasi

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak yang menamakan barisan calon itu sebagai ‘Transformation Team for BN,’(pasukan transformasi BN), berkata langkah meletakkan muka baru itu bagi memenuhi kehendak dan harapan pengundi yang mahu melihat BN bersedia melakukan perubahan dan pembaharuan secara menyeluruh.

Beliau berharap senarai calon BN yang diputuskan adalah muktamad tanpa perlu ada sebarang perubahan, walaupun dari segi perundangan atau teknikal, ia boleh berlaku. 
“Senarai barisan calon BN ini pada hemat saya adalah yang terbaik dan terkuat mampu kita sediakan dengan mengimbangi antara muka baru dan mereka yang berpengalaman berkhidmat sama ada dalam kerajaan atau pun sebagai wakil rakyat. Ini sebab kita (BN) bukan saja perlu menampilkan pembaharuan, tetapi sebagai sebuah parti, dengan mandat baru untuk menubuhkan kerajaan yang kuat, kita perlu mempunyai mereka yang mampu mentadbir dan memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

“Kalau mereka yang menduduki kerajaan semuanya muka baru dan tidak ada pengalaman langsung, ia akan membantutkan kemampuan Kerajaan BN untuk penuhi harapan dan kehendak rakyat.

Laksana aku janji

“Kita perlu melihat selepas pilihan raya ini, bukan saja dalam konteks PRU-13, tetapi apa kesudahannya dan kita mesti mempunyai barisan yang mampu melaksanakan aku janji dalam manifesto BN,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat watikah pencalonan dan aku janji BN kepada Presiden parti komponen dan Pengerusi Perhubungan BN negeri di Ibu Pejabat BN di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Najib menyerahkan senarai calon kepada Presiden 13 parti komponen BN dan surat watikah pula disampaikan kepada Pengerusi Perhubungan BN negeri. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 

Ditanya kriteria calon BN kali ini, beliau berkata, 91 peratus calon untuk kerusi Parlimen memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma, manakala 31 peratus terdiri daripada profesional termasuk ahli akademik berstatus profesor, doktor, peguam dan ulama.

Selain itu, katanya, ada juga calon BN individu yang popular peringkat akar umbi dipilih kerana memiliki keupayaan memimpin.

Beliau juga mengakui perubahan besar dalam senarai calon BN membabitkan negeri yang dikuasai pembangkang sejak PRU 2008 iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

Tampil calon harapan

“Kita tidak mungkin boleh menang semua kerusi, ini tidak realistik, tetapi kerusi yang kita tidak menang pun kita cuba tampilkan calon yang ada harapan baik untuk menang dan tidak kira calon pembangkang sehebat mana sekali pun, kita perlu meletakkan calon yang boleh mengatasi pembangkang,” katanya.

Berkaitan calon Wanita dan Pemuda pula, Najib berkata, pihaknya melaksanakan pembahagian sebaik mungkin walaupun ada kekangan tertentu untuk memenuhi tuntutan sayap parti itu, bagaimanapun ia akan diimbangi dengan pelantikan dalam beberapa jawatan lain seperti anggota Dewan Negara.

Monday, 15 April 2013

Senarai calon BN muktamad... Semua tunggu esok



Senarai calon BN yang akan diumumkan esok adalah MUKTAMAD dan tiada sebarang perubahan akan dibuat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Beliau juga enggan mengulas mengenai calon, perubahan kerusi antara komponen atau spekulasi pertukaran Menteri Besar atau Ketua Menteri, "Semua kena tunggu esok,"katanya.
Tapi beliau memberikan sedikit bayangan dengan mengatakan BN mengetengahkan 33 peratus calon muka baru bagi menghadapi PRU13, manakala 49 peratus muka baru bagi kerusi DUN.
"Senarai calon ini merupakan barisan BN yang terbaik kita sediakan. Ia proses yang panjang meliputi banyak rundingan dengan presiden komponen BN dan pengerusi BN negeri," kata beliau pada Majlis Penyerahan Watikah Senarai Calon BN di PWTC hari ini.
Menurutnya, senarai calon mengambil kira sentimen dan jangkaan pengundi yang mahu melihat perubahan dalam senarai calon BN.
"Seramai 33 peratus muka baru bagi kerusi Parlimen dan 49 peratus muka baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri. Ini bagi memenuhi kehendak dan jangkaan pengundi yang mahu melihat perubahan dalam BN.
"Kita juga ambil kira perlu membariskan wakil rakyat sedia ada yang ada pengalaman sama ada dalam kerajaan. Ada pengalaman amat penting bukan sahaha perlu tampil pembaharuan tetapi sebagai parti dapat mandat bagi menubuh kerajaan yang boleh memberi khidmat kepada rakyat.
"Kalau semua muka baru tidak ada pengalaman ini tidak akan membantu kerajaan yang bakal ditubuhkan nanti." katanya.
pru-bnwatikah-513
Menurut Najib, pemilihan calon itu mengambil kira bagi menubuhkan kerajaan yang kuat dan mampu memenuhi jangkaan rakyat pada masa depan yang mampu merealisasikan manifesto BN.
"Pada mereka terpillih harap dapat melakukan yang terbaik untuk parti. Pada mereka yang tidak terpilih bukan bererti mereka gagal. Tapi dalam keadaan pengundi menuntut perubahan, mereka perlu bagi laluan."
"Terima kasih pada semua wakil rakyat, sekirannya mereka tak bertanding bukan satu penafian pada khidmat mereka dan akan terus menyokong parti pada PRU," kata Najib.
Najib juga berkata, senarai calon berkenaan dilakukan secara inklusif dengan calon kerusi Parlimen 91 peratus daripada mereka mempunyai kelayakan diploma dan ke atas.
"Dari segi penyertaan ada pelbagai profesional meliputi 31 peratus. Calon terdiri daripada profesor universiti, pegawai PTD, badan-badan agensi kerajaan, ada doktor, ulama dan sebagainya."
"Ada mereka yang popular di peringkat akar umbi. Ini adalah senarai terakhir," tegas beliau.
Senarai calon juga terdiri daripada wakil yang seimbang antara lelaki dan wanita, tambahnya.
"Umumnya saya yakin barisan BN yang terkuat yang mampu kita tampilkan membantu kerajaan menjayakan manifesto dan transformasi nasional," katanya lagi.
Nama calon bagi kerusi Parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) akan diumumkan esok.

Sunday, 14 April 2013

PRU-13: Anwar tangguh umum calon Parlimen PKR di NS



Spekulasi berhubung masalah dalaman dalam kalangan pakatan pembangkang di negeri ini semakin kuat apabila calon-calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi tiga kerusi Parlimen yang sepatutnya diumumkan malam tadi ditangguhkan oleh penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cuba menutup masalah dalaman yang berlaku dalam PKR negeri, Anwar menjelaskan penentuan calon itu terpaksa ditangguhkan atas permintaan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang dalam satu mesyuarat di sini semalam.

Kata-katanya itu menimbulkan persoalan mengapakah pula PKR, dan Anwar khususnya, perlu mendengar permintaan pemimpin parti rakannya dalam pemilihan calon PKR.

Di samping itu beliau cuba menggambarkan bahawa masalah berhubung penetapan calon tidak wujud dalam PKR.

Malah beliau memberikan alasan yang tidak berkaitan sebagai sebab penangguhan itu dilakukan iaitu desas-desus mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen pada pagi Isnin.

"Saya mahu ucap tahniah kepada kepada pakatan pembangkang negeri ini kerana telah menyelesaikan isu pembahagian kerusi. Cuma yang tidak selesai adalah pemilihan calon sebab dahulu orang tolak jadi calon tetapi sekarang mereka berebut sebab mereka yakin pakatan akan menang.

"Jadi sebab itu dalam mesyuarat majlis pakatan pagi tadi (semalam) mereka minta untuk saya tangguhkan pengumuman calon bagi tiga kerusi di Telok Kemang, Kuala Pilah dan Rembau," katanya dalam satu sesi ceramah di Pusat Komersil Melang dekat sini malam tadi.

Untuk rekod pada pilihan raya umum lalu, PKR bertanding di tiga kerusi Parlimen namun hanya menang di Telok Kemang menerusi Datuk Kamarul Baharain Abbas.

PKR di negeri ini dikatakan sedang mengalami krisis dalaman, termasuklah perselisihan Ketua Cabang Telok Kemang, M. Ravi dengan Kamarul Baharain, yang juga Pengerusi PKR negeri.

Malah, masalah pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga timbul apabila PKR kawasan Labu menuntut supaya kerusi berkenaan ditandingi oleh calon mereka berbanding keputusan ketika ini yang meletakkan calon sekutu mereka, Pas.



Saturday, 13 April 2013

Krisis Calon: Selepas Telok Kemang, PKR Labu pula 'memberontak'



Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini ditimpa bala apabila akar umbi mula memberontak, bermula di Telok Kemang semalam dan hari ini di Labu pula.

'Semangat perpaduan' yang dilaungkan pemimpin pakatan pembangkang di negeri ini telah 'berderai' sebelum tiba Pilihan Raya Umum Ke-13.

Hari ini, bekas calon PKR pada Pilihan Raya Ke-12, Mokhtar Ahmad secara terbuka menolak pencalonan Ketua Pemuda Pas negeri, Mohd. Khairil Anuar Wafa yang telah diumumkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu dalam satu majlis di Batu Kikir, Jempol, Rabu lalu.

Apa yang menariknya, kerusi DUN Labu ini telah dipersetujui di peringkat kepimpinan tertinggi negeri ini untuk ditukarkan dengan Pas selepas parti itu sendiri bersetuju menyerahkan dua kerusi di Gemas dan Seri Menanti kepada PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Kata Mokhtar, calon Pas itu adalah perangkap kepada pembangkang dan bakal memperoleh kekalahan mudah kepada BN, apatah lagi Mohd. Khairul bukan anak tempatan di Labu.

"Pengaruhnya yang lemah dan tidak mesra, ditambah pula beliau (Mohd. Khairul) sendiri difahamkan adalah pengundi luar iaitu di Panchor Jaya bagi DUN Lenggeng, Parlimen Seremban," katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PKR, Labu dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, PKR Labu mendesak agar Pas menimbang semula untuk meletakkan calonnya di DUN Labu.

"Calon PKR berhak bertanding untuk membawa sinar kemenangan di Labu. Kita mendesak Majlis Presiden PKR mengambil perhatian serius dan tindakan segera," katanya.

Sementara itu di Telok Kemang, Port Dickson, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Telok Kemang, M. Shanmugam bersama beberapa Ahli Jawatankausa Cabang PKR Telok Kemang menolak Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas daripada bertanding di kerusi Parlimen Telok Kemang.

Beliau mahu Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar cadangan AMK Telok Kemang ini supaya tidak hanya meletakkan sahabat handai atau pemimpin tertentu bertanding kerusi Parlimen ini. 


Thursday, 11 April 2013

Kalut...kalut...PAS letak calon berentap dengan Chegu Bard


Kalau nak kira ini sudah 'perang terbuka' antara PAS dan PKR.Mana tidaknya belum panas Badrul Hisham Shahrin @ Chegu Bard diumum sebagai calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh ,Pulau Pinang...PAS celah masuk umum calonnya sendiri di tempat sama.
Rabu malam,Yusni Mat Piah, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang  telah diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri itu Datuk Salleh Man sebagai calonnya.
Selasa malam Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman umum Chegu Bard sebagai calon di situ.
Kata Salleh keputusan letak Yusni di situ adalah muktamad selepas berbincang dengan pimpinan PAS di Kuala Lumpur.
Yusni pula dakwa kerusi berkenaan asalnya milik PAS dan dipinjamkan kepada PKR semasa pilihanraya umum 2008.
Jika PKR tidak mahu berganjak maka akan berlaku pertandingan tiga penjuru bila BN umum calon kelak.
Polimek kerusi Sungai Aceh ini agak mengejutkan dan jelas mengambarkan ada yang tidak beres dalam hubungan antara PKR dan PAS di negeri itu

Wednesday, 10 April 2013

Jangan ragu-ragu pilih BN



Ketua Penerangan MIC Pusat, Datuk V.S. Mogan menasihatkan masyarakat India supaya tidak perlu merasa ragu untuk memilih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Hal ini kerana DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya memainkan sentimen mencelarukan pemikiran pengundi masyarakat India, sedangkan mereka tidak memperjuangkan nasib kaum ini, malah tidak langsung disebut dalam manifesto mereka.

''Jangan ditipu lagi dengan cerita seronok daripada pembangkang, sebenarnya pahit untuk ditelan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Justeru, MIC telah mengembalikan keyakinan pengundi dalam kalangan masyarakat India dengan menyaksikan visual, janji ditepati serta semangat bersama dalam memastikan BN menang besar dalam PRU-13 ini.

''Di negeri ini, pertemuan telah dibuat bersama ketua pusat daerah mengundi (PDM) supaya pelaksanaan kerja diseragamkan dan pengundi menerima baik serta faham penjelasan yang dibuat," tegasnya.

Katanya, masalah kecil berkaitan jentera sudah diselesaikan dan kini tumpuan untuk memastikan setiap pengundi itu benar-benar memilih BN dan menolak calon pembangkang.

Beliau yang juga Ketua MIC Rembau menjelaskan, tahap kesiapsiagaan parti itu dalam menghadapi PRU-13 nanti begitu tinggi dan tidak ada lagi istilah tewas dalam diri mereka.

''Apa yang kami nampak sekarang ialah kemenangan. Selagi tidak mencapai apa yang kami kehendaki, kerja tidak akan berhenti," katanya.

Oleh itu katanya, masyarakat India di negeri ini jangan lagi bersedih kerana tersilap pilih calon pada tahun 2008 lalu dan menebus kesilapan itu dengan memilih parti yang betul iaitu BN dalam PRU-13 nanti.



Sunday, 7 April 2013

SIRI VI : LOKE SIEW FOOK : SIAPAKAH LOKE SIEW FOOK SEBENAR , BIADAB , MAKI HAMUN DLL !

Sewaktu penulis membuat blog walking  penulis terbaca sebuah tulisan yang penulis rasakan baik untuk dikongsi bersama dengan pembaca kerana ianya dapat menyedari pembaca yang selama ini menyangkakan Loke  Siew Fook ini seorang yang berbudi bahasa dan berhemah tinggi.
Loke  Siew Fook , Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY)
 Mukadimah berita adalah kenyatan dari seorang Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang kesal dan mengutuk kenyataan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook yang telah  menyerang peribadi pendakwah Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah secara keterlaluan, biadab dan boleh mencetuskan ketegangan agama.

Ridhuan Tee penceramah dan pengerusi persatuan Cina Muslim
Sehubungan itu, beliau mendesak Siew Fook meminta maaf kepada Mohd. Ridhuan Tee yang juga Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia dan umat Islam secara umum ekoran kenyataan tersebut.

Selain itu, Zulkifli mahukan penulisan menggunakan bahasa kesat itu ditarik balik serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membatalkan laman webwww.sjsandteam.wordpress.com yang menyiarkan kenyataan tersebut.

''Penyiaran yang dibuat menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee, ibu bapa, keluarga dan anak- anak beliau dengan bahasa kesat, lucah, biadab dan melampau.''

Zulkefli Nordin Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu
Antara contoh bahasa yang digunakan adalah 'Siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini', 'Ibu bapa awak (Mohd. Ridhuan Tee) akan lebih gembira kini jika mereka mengepam awak ke dalam lubang tandas semasa dilahirkan' dan 'Kalau awak (Mohd. Ridhuan Tee) boleh menjadi Presiden Persatuan Cina Muslim saya tidak tahu apa jenis Cina Muslim yang ada... pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak,'' jelas beliau.

''Kenyataannya juga menghina agama Islam kerana menyifatkan mereka yang memeluk Islam seperti anak haram yang tidak mengenal salasilah keturunan keluarganya. Polis hendaklah menyiasat kenyataan tersebut menurut Akta Hasutan dan Seksyen 298 A Kanun Keseksaan,'' katanya dalam laman blognya zul4kulim.blogspot.com baru-baru ini.

Tambah Zulkifli, apa yang dikesalkan adalah laman web tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadab terhadap Mohd. Ridhuan Tee.

sumber berita : Tepak Bersulam


Sumber lain sila klik di sini.. http://politiknegerisembilan.blogspot.com/

Saturday, 6 April 2013

AKUJANJI Perdana Menteri Dato' Seri Utama Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak


Sekitar gambar ketika melancarkan AKUJANJI (manifesto) oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di Stadium Tertutup Bukit Jalil, sebentar tadi..

Sila klik di sini untuk rujukan AKUJANJI Barisan Nasional kepada rakyat. Rakyat di dahulukan, poencapaian diutamakan.. http://manifestopru13.com/bahasamelayu.php

Amanat ayahanda, Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2 kepada anakanda, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6 "tugas kamu kepada negara ialah memenuhi amanah rakyat dengan sedaya upaya."

Keikhlasan Perdana Menteri terpancar sudah dan terbukti walaupun hanya 4 tahun mentadbir negara ini. Beliau masih mempunyai idea untuk mensejahterakan rakyat. Mari sokong beliau, undilah Barisan Nasional






Tuesday, 2 April 2013

LOKE SIEW FOOK :: SELAMA INI MB KAMI ADALAH MELAYU DAN YANG TERBAIK DAN TAK PERLU MB BONEKA DAP !!

DAP tetap melantik orang Melayu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan jika Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Demikian ditegaskan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook dalam wawancara eksklusif dengan Roketkini.com baru-baru ini.

 Kenyataan itu sekaligus menafikan pelbagai tuduhan jahat dan fitnah yang mendakwa orang bukan Melayu akan dilantik menjadi Menteri Besar jika PR memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri itu. Ini adalah satu kenyataan  Loke  Siew Fook dalam  agenda memujuk orang Melayu  dan kaum India yang kini dilihat cenderung dan telah kembali padu menyokong Barisan  Nasional di bawah kepimpinan Menteri Besar Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan yang telah terbukti membangunkan serta merupakan Menteri Besar yang benar benar bekerja kuat untuk rakyat Negeri Sembilan. 

Apakah selama ini dibawah Barisan Nasional, Menteri Besar bukan orang Melayu selama ini ? Siapakah yang disebut oleh Loke calon yang layak yang dibayangkan oleh Loke yang berada dalam Pakatan Rakyat untuk jadi MB. 

Adakah Kamarul Baharin (PKR )  atau Taufek (Paroi) atau Rashid  Latiff Rakyat Negeri Sembilan jangan lah tertipu dengan janji janji kosong DAP yang cuba untuk memujuk orang Melayu bagi mengundi DAP. 

Loke mungkin sedar bahawa ada beberpoa kerusi DAP akan kembali dirampas oleh BN kerana kawasan yang hanya menang kecil ini menikmati undi Melayu pada PRU12 yang lalu.

 BN Negeri Sembilan opitimis akan dapat merampas beberapa kerus  DAP di bebrapa DUN dalam PRU13 ini memandangkan kebangkitan dan sokongan  Melayu dan kaum India sudah mula mantap kepada BN.

 Loke mula resah dengan hakikat ini dan kini cuba menipu dan memujuk orang Melayu dengan janji memberikan kerusi kepada orang Melayu. 

Menurut Loke, fitnah sedemikian merupakan ‘modal politik lama’dan adalah Fitnah yang sengaja digembar-gemburkan ejen propaganda upahan Umno Barisan Nasional (BN) untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

 Dalam Pakatan Rakyat apa juga boleh berlaku. Janji dalam menefesto juga mereka boleh tipu , kalimah Allah juga nereka boleh gadai demi kuasa. Hudud mereka buang begitu saja. 

 ini kan janji menteri besar Melayu , boleh percaya ke ? sejarah Singapore akan berulang. Loke tak perlu berharap penyokong akar umbi akan memberi undi kepada satu sama lain seperti pengundi Cina akan memilih PAS dan PKR manakala pengundi Melayu akan memilih DAP.

 Undi DAP sama seperti memgadai maruah bangsa dan agama. PAS PRU12 lalu, DAP memenangi 10 daripada 36 kerusi Dun Negeri Sembilan, PKR (empat) dan PAS (satu).
oleh : TB

Saturday, 30 March 2013

SOP pembangkang untuk mengelirukan orang awam terbongkar.. Hati-hati


bersihcv513-grain
Pada 13 Mac lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  mendedahkan kerajaan ada maklumat puak pembangkang ada rancangan nak cetus huru hara masa hari mengundi PRU13.
Katanya beliau sendiri sudah baca dokumen mengenai rancangan itu.
Jumaat, Yang Di Pertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Datuk Adiwijaya Bin Hj Abdullah mendedahkan satu dokumen bertarikh 15 Disember 2012 yang ada sebuah lambang parti yang didakwa module untuk cetuskan kekecohan.
Tidak pasti samaada ia antara dokumen yang dimaksudkan Muhyiddin.
Adiwijaya yang mengadakan sidang akhbar bersama barisan pimpinan PSSGM di Kuala Lumpur mendedak pihak berkuasa menyiasat hal yang beliau sifatkan sangat merbahayakan keselamatan negara.

silatxx
Serentak dengan itu beliau memberi amaran anak-anak gayong tidak akan berdiam diri dan akan bangun menentang sebarang cubaan untuk cetus huru hara semas a pilihanraya.
Beliau memberitahu 10 kawasan Parlimen yang disasarkan untuk cetus huru hara dalam module berkenaan ialah  Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.
Rancangan itu antara lain melibatkan pembentukan kumpulan-kumpulan protes dan antara modus operandinya ialah mendakwa pilihanraya tidak dilaksanakan dengan bersih.

pru-kecohxx
Ini bertujuan agar orangramai merasa tidak puashati dengan perjalanan pilihanraya.
Adiwijaya juga berharap pihak berkuasa memastikan keselamatan khususnya di tempat pembuangan undi.
Dalam pada itu Yang Dipertua PSSGM itu juga mendedahkan mengenai penglibatan warga asing dalam kegiatan mengumpul dana untuk parti pembangkang.
Beliau juga menunjukkan gambar bukti kegiatan itu yang diambil dalam satu majlis anjuran sebuah parti pembangkang.

Thursday, 28 March 2013

Hot betul cerita nih.. Kalaulah Pulau Pinang yang terbubar dulu???



Sistem pentadbiran dan pilihan raya negara ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri hari ini.

Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari.Ini kali pertama Dun sebuah kerajaan negeri terbubar dengan sendiri - berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pilihan raya umum yang lalu.Dun terbubar dengan sendiri di sebalik spekulasi berterusan Parlimen akan dibubarkan.

Ketika ditemui wartawan di Seremban semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Adun negeri itu perlu terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing walaupun tidak lagi bergelar 'Yang Berhormat' selepas pembubaran Dun secara automatik.

Kata beliau, biarpun mandat rakyat selepas dipilih pada Pilihan Raya Umum 2008 tamat, mereka masih boleh menabur bakti sebagai anggota atau pemimpin dalam parti politik masing-masing.Beliau yang juga Adun Rantau berkata, semua Adun terutama daripada Barisan Nasional (BN) perlu memainkan peranan itu bagi memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan dan meningkatkan sokongan mereka terhadap BN.Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April ini dan Dun Negeri Sembilan pula merupakan Dewan pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam tadi.

Mohamad berkata, beliau telah menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bagi memaklumkan Dun akan terbubar secara sendiri dan memberi taklimat kepada baginda mengenai fungsi kerajaan sementara untuk menguruskan negeri.Katanya, kerajaan sementara itu tidak akan membuat keputusan besar dan hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini selain mengurus soal kebajikan rakyat dan penjawat awam.

Lazimnya, hampir kesemua Dun dan Parlimen telah dibubarkan serentak sepanjang 12 pilihan raya umum lalu.Malah ini juga kali pertama Dun negeri yang diperintah oleh BN terbubar dengan sendiri sementara mandat penggal ke-12 Parlimen berterusan.

Kesemua negeri kecuali Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor diperintah oleh perikatan bernama Pakatan Rakyat.Pada 8 Mac lalu, BN memenangi 21 kerusi manakala Pas (satu), DAP (10) dan PKR (empat). Pada Oktober 2009, BN menerusi calonnya Tan Sri Isa Samad mengekalkan kerusi Dun Bagan Pinang.

Gelojoh betul pembangkang sejak DUN Negeri Sembilan bubar.. Dasar pembangkang.. Diorang bukan nak jadi kerajaan pun.. Diorang mahu kekal pembangkang sepanjang hayat..


 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin pembubaran automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tengah malam tadi tidak akan memberi kesan kepada prestasi Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).


"Banyak benda kalau tak pernah mesti ada 'pertama kali', kita tengoklah macam mana," katanya kepada media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara PWN Excellence Sdn Bhd dan Weststar Aviation Service Sdn Bhd, di sini hari ini.

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai pembubaran DUN Negeri Sembilan secara automatik yang merupakan pertama kali dalam sejarah politik negara dan sama ada ia baik atau tidak untuk BN.

"Pagi ini saya baca suratkhabar...ada sebab-sebabnya kenapa Datuk (Seri) Najib (Tun Razak) tak bubar parlimen, ada beberapa perkara yang nak diselesaikan," katanya.

Beliau juga yakin pilihan raya umum dapat diadakan serentak bagi negeri-negeri dan persekutuan. 


Tuesday, 26 March 2013

Tunku Abdul Aziz: DAP sarkas politik



KUALA LUMPUR - "Mereka ini sarkas politik," kata bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim ketika ditanya pandangannya mengenai pengumuman parti itu meletakkan penasihatnya Lim Kit Siang bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum nanti.

"Mereka pergi ke suatu tempat dan dirikan khemah dan bila habis persembahan sarkas, mereka kemaskan khemah dan berpindah ke tempat lain, inilah yang mereka lakukan," katanya.

DAP baru-baru ini mengumumkan veteran parti berusia 73 tahun itu yang juga anggota Parlimen Ipoh Timur akan dicalonkan bertanding merebut  kerusi panas itu yang turut menjadi idaman pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor Datuk Chua Jui Meng.

Sejak pilihan raya umum 1969, tokoh DAP itu bertanding di beberapa kawasan parlimen antaranya Bandar Melaka, Petaling, Kota Melaka, Tanjong dan Bukit Bendera.

Bercakap kepada Bernama, Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas naib presiden Transparency International Malaysia, berkata amalan DAP itu membawa implikasi negatif terhadap pengundi dan juga negara.

"Pengundi pilih mereka dan mereka langsung tidak buat apa-apa di semua kawasan itu, kemudian mereka berpindah tempat...ini tidak bagus.

"Jika anda perhatikan pergerakan Lim Kit Siang, perkembangan politiknya...ini cerita sama yang berlaku pada setiap pilihan raya," katanya.

Tunku Abdul Aziz turut mengingatkan pengundi supaya membuat pilihan menggunakan akal bukan ikut rasa hati.

Sambil menggelengkan kepalanya, Tunku Abdul Aziz berkata DAP sepatutnya menasihatkan anggota parlimen mereka supaya berkhidmat untuk rakyat yang telah memilih mereka sebaik mungkin, baik ketika senang atau susah. - Bernama

Friday, 22 March 2013

Dato' 3 T mengaku salah menyebar video China Doll.. Sehingga kini masih menunggu saman dari Anwar.. Bila lagi??


anwar-videoxx440 
Lama tak dengar cerita trio Datuk T yang dedah video seks China Doll 99.9 peratus tulin.Tengahari Khamis, salah seorang anggota trio itu,Tan Sri Rahim Thamby Chik telah mengadakan sidang akhbar di Ampang dekat Kuala Lumpur.
Tujuan beliau ialah untuk mendedahkan ada usaha pihak tertentu untuk pujuk Datuk Sharzly Eskay Abdullah, bekas rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat pendedahan berkenaan buat U-Turn dengan janji wang berapa saja mau.
Eskay tidak hadir di sidang akhbar itu atas sebab-sebab keselamatan. Rahim kata baru-baru ini Eskay telah diekori,dihubungi dan kemudiannya dipujuk menandatangai satu akuan bersumpah yang sudah disediakan.
“Hanya tandatangan akuan bersumpah yang sudah siap. Kalau dah sign, berapa saja jumlah pampasan. Tak ada angka...sebut saja berapa jumlah dan namakan akaun dalam atau luar negara,” ujar Rahim.
Bagaimanapunm Rahim menegaskan Datuk T ' is not for sale' sambil mengulangi dakwaan mereka lelaki dalam video berkenaan ialah Anwar.
Semasa isu dakwaan itu hangat dulu Eskay telah angkat sumpah dalam sebuah masjid di Sentul,Kuala Lumpur untuk tunjuk bahawa dakwaan itu benar.
“Kebenaran ini bukan untuk dijual beli. Saya nasihatkan jangan buang masa. Kami bukan seperti orang yang buat u-turn...harga diri mereka ini tidak lagi diterima pakai oleh masyarakat umum,” tegas bekas Ketua Menteri Melaka itu.
Baru-baru ini  Azlan Lazim bapa kepada Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat Anwar membuat u-turn mendakwa beliau diperalat untuk memfitnah Ketua Pembangkang tersebut.
Bagaimanapun, Saiful Bukhari tetap mempertahankan dakwaannya serta sumpah yang dibuat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 2008 dan percaya bapanya dipengaruhi supaya ‘korner baring’.
Dalam sidang media sama, Rahim membayangkan percubaan memujuk Eskay seolah-olah mendedahkan kaedah-kaedah sama pihak tertentu untuk mengubah beberapa personaliti jadi kontroversi dengan wang melimpah ruang kepada mereka.
“Bagi saya, Eskay dan Datuk Shuib Lazim kami tidak peduli semua ini. Kami konsisten untuk memastikan kebenaran tetap jadi kebenaran,” ujarnya.
Pada sidang akhbar itu Rahim menegaskan trio Datuk T sedia disaman oleh Anwar selari dengan kata-kata popularnya yang jadi sebutan ramai sekarang " You Ulang I Saman You".
“Saya nak ulang...kamu beritahu pada Anwar bahawa saya dan Datuk T ingin nyatakan beliau (Anwar) adalah orang terlibat dalam video itu. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab melakukan maksiat itu,”.
“Sekarang Anwar dah cakap, You Ulang I Saman You! Sekarang, terpulang beliau nak sama Datuk Eskay, Rahim Thamby Chik ke, kita juga nak kena saman sebab kita nak tunjuk apa yang telah kita kaji pasal forensik dan DNA yang dibuat oleh pakar dalam dan luar negara termasuk dari Amerika dan Korea Selatan supaya dapat bentang kajian secara detail dan diketahui oleh rakyat,” tegasnya.

rahim-tc1
  
Menurut Rahim, jika pertuduhan itu betul dan Anwar bersalah, beliau pula akan menyambut Anwar kerana menuduhnya dan Datuk Eskay menipu.

Beliau juga meminta kerajaan mengambil tindakan menyiasat pendedahan pembantu peguam bela Anwar dalam kes liwat, Yuktes Vijay mengenai seorang bergelar Datuk dikatakan membiayai kos perbicaraan ahli parlimen Permatang Pauh tersebut.
“Kita nak tahu siapa Datuk ini yang bertanggungjawab keluarkan banyak wang. Adakah beliau proksi Anwar atau negara tertentu yang mahu lihat negara kita kucar kacir,” jelasnya.
Sementara itu mengulas pendedahan gambar-gambar intim lelaki mirip Anwar dengan seorang lelaki lain, Rahim mengakui belum melihat aksi ‘goyang’ seperti dipaparkan di blog rajagoyang.
“Saya belum tengok. Kawan-kawan saja cerita. Kalau pendedahan itu seperti dikatakan orang dan ada imej tertentu, saya fikir rakyat ada kebijaksanaan buat keputusan. Mungkin Anwar nak ambil tindakan (saman) oran yang menyebarkannya tetapi kebenarannya, rakyat akan buat keputusan sebaik-baik,”.
“Macam kes Datuk T, saya disaman kerana sebar kebenaran tetapi kebenaran tetap kebenaran.”katanya.
Untuk rekod, hari ini 21 Mac 2013, juga genaplah dua tahun pendedahan kali pertama video seks tersebut dibuat oleh Rahim dan rakan-rakannya pada 21 Mac 2011. Untuk rekod mereka bertiga sudah didakwa kerana menayangkan video yang diketegorikan XXX itu tersebut kepada umum.
Mereka semua mengaku bersalah dan tetap mendakwa bahawa lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar dan sehingga kini, selepas dua tahun, Anwar masih belum menfailkan saman terhadap ketiga-tiga mereka.