Labels

Friday, 1 March 2013

Beri kepercayaan kepada BN - Dr. M



Rakyat sewajarnya terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membawa Malaysia ke arah status negara maju menjelang 2020.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, peluang untuk menjayakan Wawasan 2020 adalah lebih besar sekiranya kerajaan yang memerintah negara hari ini dikekalkan.

“Pada pandangan saya, adalah lebih selamat jika parti yang sama meneruskan usaha menjayakan Wawasan 2020.

“Saya bukan berkempen, hanya menyatakan fakta," katanya ketika menjawab soalan seorang peserta dalam program Memperingati Wawasan 2020: Sepetang Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini hari ini.

Beliau ditanya tentang kemungkinan Wawasan 2020 akan diteruskan sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir memberitahu, kemajuan pesat dikecapi kini membuktikan Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai Wawasan 2020.

Jelas beliau, keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia juga mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan sejak Wawasan 2020 diperkenalkan 13 tahun lalu.



No comments:

Post a Comment