Labels

Tuesday 19 June 2012

Rais Zainuddin hentikan burukkan nama Veteran UMNO Negeri Sembilan,

Rais Zainuddin eloklah hentikan menggunakan nama Veteran UMNO kerana ini membabitkan keseluruhan Veteran UMNO di Negeri Sembilan sedangkan apa yang mahu Rais lakukan adalah untuk melunaskan hak dan dendam peribadinya kerana tidak dicalonkan sebagai ADUN Chembong pada PRU12 yang lalu dan digantikan dengan calon muda Zaiful Bahari.

  Beberapa orang Veteran UMNO Negeri Sembilan yang ditemui mengaku menyokong kepimpinan Menteri Besar Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan mengakui bahawa DSU Menteri Besar banyak melakukan perubahan di negeri ini. 

 Kata mereka antara dendam peribadi Rais dengan MB itu adalah hak beliau tetapi jangan lah menggunakan nama Veteran UMNO Negeri Sembilan. Baru baru ini Rais Zainuddin telah menggunakan laman blog untuk mendesak agar MB tidak lagi dicalonkan dengan menggaitkan veteran UMNO Negeri Sembilan. 

 Rais tidak sepatutnya menggunaka nama veteran UMNO Negeri Sembilan untuk melunaskan dendam beliau. Ini akan memburukkan nama baik dan hubungan baik antara Veteran Negeri Sembilan dan Menteri Besar. 

 Rais perlu menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi calon yang dipilih dan kini pengganti beliau YB Zaiful telah berjaya menjalankan tugas dengan baik di DUN Chembong dan Rais sudah boleh melupakan hasrat untuk merebut kembali kerusi berkenaan. 

 Zaiful mempunyai trek rekod yang baik tidak seperti Rais yang mempunyai banyak rekod yang tidak memuaskan dan rakyat banyak mengetahui tentang pembolotan harta dan mengayakan dirinya sendiri ketika menjadi ADUN dan EXCO kerajaan negeri dahulu. 

  Siapa yang tidak tahu Rais bermegah dengan Istananya yang besar di Rembau dan siapa yang tidak tahu dari mana duit beliau perolehi untuk mebangunkan istana itu. Eloklah Rais jangan menggangu parti jika sekiranya benar benar sayangkan UMNO. 

Jangan cuba menjadi gunting dalam lipatan dan jangan cuba jadi api dalam sekam ketika dan saat rakyat dan jentera BN sedang menumpukan kepada PRU13. baca sini kesah Rais Zainuddin, Klik sini 
sumber: tepakbersulam2.blogspot.com

No comments:

Post a Comment