Thursday, 9 August 2012

Haram, berdosa undi DAP

KOTA BHARU : Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP. 

 Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam. 

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya. 

"Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Presiden 

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli PAS mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum ke 13. Menurut Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana adalah jelas pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud. 

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam. 

 "Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak samarata, tidak mahu tinggi rendah, tidak Mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

 "Saya menyeru orang melayu dan umat Islam supaya pada pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang, sokong Umno dan BN supaya orang melayu dan syiar Islam terus dimartabatkan," katanya. *Petikan dari Utusan Malaysia 8/8/12

No comments:

Post a Comment