Labels

Friday 10 August 2012

Blogger Amizudin Ahmat Sharpshooter, Dipenjara Tiga Bulan Kerana Menghina Mahkamah

Blogger Amizudin Ahmat, Jumaat, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.

“Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini,” katanya.

Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.

SELAMAT HARI RAYA BANG ::::

1 comment:

  1. Kes ni sebijik macam kes LGE dulu... menghina mahkamah. Tetapi ke hulu ke hilir dia mendakwa dia di penjara kerana membela seorang gadis Melayu. Ramai juga yang terpedaya lalu percaya termasuk cerdik pandai yg tak tahu hujung pangkal cerita. Maka tinggi melangit lah mereka memuji LGE sebagai hero mereka... Sejak bila pula LGE 'membela' orang Melayu?

    ReplyDelete