Blogger Amizudin
Ahmat, Jumaat, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini
selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi
artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr
Rais Yatim.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan
itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada
terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman
blognya.
“Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah
custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini,”
katanya.
Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang
dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu
perkataan yang boleh diterima.
SELAMAT HARI RAYA BANG ::::
Kes ni sebijik macam kes LGE dulu... menghina mahkamah. Tetapi ke hulu ke hilir dia mendakwa dia di penjara kerana membela seorang gadis Melayu. Ramai juga yang terpedaya lalu percaya termasuk cerdik pandai yg tak tahu hujung pangkal cerita. Maka tinggi melangit lah mereka memuji LGE sebagai hero mereka... Sejak bila pula LGE 'membela' orang Melayu?
ReplyDelete