Majlis Berbuka Puasa Rakyat Negeri Sembilan Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Penyampaian Bantuan Fakir Miskin
di Masjid at-Taqwa, Kg Paroi
pada 02 Ogos 2012 (6:00 petang)
Menurut
En Samsudin Awaludin, Imam dan Nazir Masjid at-Taqwa, Kg Paroi, Dato'
Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar mensasarkan kapasiti
seramai 5,000 rakyat sahaja.
Namun,
kehadiran telah menjangkaui jumlah sasaran, apabila seramai 10,000
rakyat yang hadir dan Alhamdulillah, makanan yang disediakan mencukupi
untuk berbuka puasa.
Kehadiran
rakyat mengimarahkan masjid ini, membuktikan umat Islam mampu bersatu
dan berdiri teguh di belakang pemimpin negara dan negeri.
Dato'
Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor
turut menyampaikan Bantuan Fakir Miskin berjumlah RM85,000.
Beliau turut merasmikan Masjid at-Taqwa tiga tingkat yang menelan belanja sebanyak RM10 juta yang dibiayai Kerajaan Persekutuan.
Rakyat
Negeri Sembilan turut berasa bertuah kerana Perdana Menteri dan isteri
meluangkan masa solat Maghrib, mendengar tazkirah Ramadhan sebelum solat
Isya'.
Kemudiannya, di sambung dengan solat tarawikh sebelum disajikan dengan moreh.
Salam perjuangan..
|
PAROI DITAWAN..pohon utk dipautkan bro...
ReplyDelete