Labels

Friday, 15 March 2013

Siasat Segera Pendedahan WikiLeaks


Pendedahan WikiLeaks berhubung pembabitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap apa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah seperti yang didedahkan pihak media perlu diberi perhatian serius kerana membabitkan keselamatan negara.
Exco Pergerakan Wanita UMNO, Senator Norliza Abdul Rahim mengesa pihak berkuasa menjalankan penyiasatan segera terhadap pendedahan itu dan perlu mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terbabit dan tidak boleh dipandang remeh.
“Sudah pasti mereka tidak akan mengaku terhadap apa yang didedahkan itu, namun kita perlu menjalankan siasatan, perkara ini bukan dilakukan oleh media tempatan, ia dilaporkan media luar yang tidak ada kena mengena dengan kita di sini.
“Perkara ini membabitkan keselamatan negara, pihak berkuasa perlu bertindak tegas dan buat siasatan terperinci, jangan biar perkara itu mengugat kestabilan dan kesejahteraan rakyat terutama dalam suasana untuk menghadapi pilihan raya,” katanya kepada UMNO-online ketika diminta mengulas laporan media berhubung pendedahan WikiLeaks yang membabitkan Anwar.
Baru-baru ini, portal WikiLeaks memdedahkan ketua pembangkang dari Malaysia mengadakan pertemuan dengan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang menuntut pembebasan Sabah dari Malaysia dan pertemuan itu telah menimbulkan pelbagai persoalan sama ada pertemuan terbabit mempunyai hubung kait dengan apa yang berlaku di Lahad Datu.
Norliza berkata apa yang berlaku itu telah menimbulkan banyak persoalan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan rakyat dengan lapaoran daripada pihak media tempatan dan luar negara.
Beliau juga berharap tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan peribadi atau politik mana-mana pihak. 

Tuesday, 12 March 2013

Blogger 'mengamuk' depan pejabat PKR... marah wartawan cabar Azlan,bapa Saiful sumpah laknat


sh3xx 
[ Layari you tube kejadian ini di alamat berikut : http://www.youtube.com/watch?v=3vqmF-4_ZzA&feature=player_embedded ]   Ewah...ewah..mak datuk kau...ingatkan penghulu pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim saja suka angin satu badan kalau wartawan tanya soalan panas yang rumitkannya...rupanya penyakit ini dah berjangkit sampai ke blogger pembangkang.
Hello...soalnya apa hak kau nak mengamuk macam orang hilang akal hanya kerana wartawan nak tanya soalan.
Perangai kartun ini berlaku di tingkat bawah ibupejabat PKR di Tropicana dekat Petaling Jaya tengahari Isnin.
Ia berlaku selepas sidang akhbar Azlan Mohd Lazim,bapa Saiful Bukhari Azlan untuk umum dia nak  jadi ahli PKR.
Blogger pembangkang Tulang Besi  itu telah sergah wartawan Agendadaily  (Noor Hasilah) gara-gara geram bertanya kepada Azlan berani tidak bersumpah laknat untuk buktikan dia benar.
saiful-bapaxx
Jawab soalan berkenaan,Azlan kata dia tidak mahu sumpah kerana anggap ia tidak bawa apa-apa makna.
Hairan apa salahnya tanya soalan berkenaan.Ini kerana itu antara jawapan yang semua orang nak tahu dari Azlan.
Ia adalah natural question yang patut ditanya oleh mana-mana wartawan mengenangkan Saiful sendiri dulu sudah sumpah laknat di dalam masjid Wilayah Persekutuan kerana dakwa benar Anwar liwat dia

Ketika itu Azlan duduk disebelahnya.

Apa ke halnya si Tulang Besi Urat Dawai ini nak melatah macam orang sawan mabuk todi.

sh2xx

Soalan lojik pun tak boleh tanya ke?

Selain angin pada wartawan Agendadaily dia juga mencerca Utusan,TV3 dan Berita Harian.

Amukannya itu hanya terhenti bila disabarkan oleh seorang yang berada dekat situ.

Kebebasan media jenis apa yang kau orang belajar ..ekkks.
Ini macam mau perintah kerajaan....dan lawaknya dok janji bukan main konon nak jamin baiiikkk punyyya kepada media gerenti bebas sebebasnya.

Saturday, 9 March 2013

Kenyataan akhbar Azlan, bapa kepada Saiful



BERIKUT kenyataan akhbar Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful pada sidang media yang diadakan di Ampang, dekat Kuala Lumpur hari ini.

Assalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk pegawai khas (kepada pemimpin kanan negara, nama dikeluarkan di peringkat ini. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.

Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.

Malah anak saya langsung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.

Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama dengan (pegawai khas kepada pemimpin kanan negara). Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.

Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini.

Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan.

Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan bagitu rapi oleh (pegawai khas kepada pemimpin kanan). Ia dilakukan dengan bagitu terancang sekali.

Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini.

Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merestui perjuangan ini.

Marilah kita juga dokan agar ALLAH menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Sekian. Wasalam.

Yang benar,

AZLAN MOHD LAZIM



Soal jawab ketika sidang media:


Soalan: sebelum ini, Encik Azlan turut sama mendedahkan isu ini, namun sekarang telah membuat pendedahan yang lain. Jadi bagaimana Encik Azlan mengetahui Anwar tak terlibat dengan isu ini?

Azlan: Setelah sekian lama dalam masa empat tahun kes ini berjalan, saya mengikuti juga perbincangan dengan peguam yang telah saya lantik, Encik Zamri Idrus. Jadi dari situ, saya sebagai bapa kita tahu ada benda yang tidak kena dengan kes ini, ada dalang di sebalik kes ini, saya percaya, dan saya percaya kepada anak saya beliau adalah anak yang saya didik dan beliau adalah anak yang baik. Ini boleh saya katakan kepada semua orang.


Soalan: Bagaimana pula dengan dakwaan yang telah dibuat?

Azlan: Saya tak nak campur urusan itu, kes itu di peringkat mahkamah rayuan, bermakna apa yang telah diputuskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun telah dibebaskan. Sekarang pihak pendakwaan telah membuat rayuan dan akan didengar pada bulan Jun ini. Jadi kes mahkamah saya tak mahu sentuh.


Soalan: Adakah anak Encik (Azlan) tahu mengenai pendedahan ini?

Azlan: Yang itu pun, saya tak boleh komen dengan media sama ada dia tahu atau tidak.


Soalan: Sejauh mana (pegawai khas pemimpin kanan negara) mengambil langkah permulaan untuk mempelawa Saiful dalam isu ini?

Azlan: Saya tidak berjumpa dengan (pegawai khas pemimpin kanan negara), tetapi Saiful anak saya pernah bercerita kepada saya beliau pernah bertemu (pegawai khas pemimpin kanan negara), ada urusan ketika beliau menjadi timbalan presiden pertubuhan pelajar di universiti tempatan, dan saya tidak komen apa-apa bermakna jika awak kenal, kita tak ada masalah.


Soalan: Kenapa Saiful melibatkan Encik dalam isu fitnah ini?

Azlan: Setahu saya apa yang informasi yang telah beritahu saya, beliau mengenali pegawai khas pemimpin kanan negara setelah mereka berjumpa (di Putrajaya) dan telah berkawan dan dalam masa itu juga telah ditawarkan bekerja melalui sahabat baik beliau juga iaitu saudara Rahimi (Othman). Itu yang saya tahu, pernah beberapa kali saya berjumpa dengan Rahimi atas perkenalan sahabat baiknya.


Soalan: Jadi Encik tidak tahu mengapa Saiful membuat dakwaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Azlan: Itu saya tidak tahu, dalam lampiran saya, seperti saya katakan tadi saya hanya mengetahui di dalam akhbar pada hari minggu, dan saya tidak diberitahu langsung oleh Saiful berkenaan masalah yang beliau hadapai. Selepas kes ini berjalan saya juga tidak dihubungi oleh mana-mana pihak kerjaan, saya tidak pernah pun diambil keterangan, saya tidak pernah dipanggil sebagai saksi kepada kes anak saya.


Soalan: Adakah Encik Azlan tinggal bersama anak atau bagaimana?

Azlan: Saya 'on off'. Saya masih mempunyai hubungan yang baik dengan anak saya. saya tahu anak saya, saya didik dengan cara yang baik dengan arwah ibunya. Saya tak pernah campur adukkan soal keluarga dan kes ini. Kemudian saya duduk dengan dia pun kami tak pernah berbincang mengenai kes ini.


Soalan: Kenapa sekarang baru Encik Azlan bercakap mengenai perkara ini?

Azlan: Saya rasa tanggungjawab saya untuk memberitahu dan saya seorang bapa, yang tahu apa sebenarnya berlaku di belakang tabir dan masyarakat luar tidak tahu melalui perbincangan-perbincangan tertentu, dengan peguam saya dan malah dalam sidang media saya juga, yang saya telah buat, telah diskripkan dan mendapatkan kelulusan daripada pegawai khas pemimpin kanan negara dan diserahkan kepada saya.

Saya juga tidak berhubung secara langsung dengan mereka. Saya hanya bersama peguam saya, Zamri Idrus dan beliau yang akan serahkan semuanya kepada pegawai khas pemimpin kanan negara, dan apabila sidang media dibuat saya hanya baca sahaja berkenaan kes-kes yang sedang berjalan. Tahun lepas adalah sidang media terahkir saya.


Soalan: Adakah kes yang melibatkan anak Encik ini palsu?

Azlan: Saya lebih nak kata kes ini adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kali kedua.


Soalan: Kenapa ketika sidang media berjalan dan Encik Azlan telah diarahkan seperti yang didakwa tadi, Encik Azlan tetap meneruskan membaca kenyataan media tersebut?

Azlan: Sebagai bapa, saya tak ada pilihan, saya kena memberi sokongan moral kepada anak saya. Malah saya begitu banyak terima tekanan sesetengah pihak, jadi saya sebagai bapa saya kena berdiri sebelah anak saya sampai sekarang saya tak pernah marah beliau dan tak pernah mengungkit.


Soalan: Jadi sekarang Encik Azlan mengeluarkan kenyataan seperti akan memberi kesan kepada pihak Saiful dan sebagainya, jadi apakah yang lakukan?

Azlan: Itu terpulang kepada dialah, terpulang juga kepada peguam saya dan juga terpulang juga kepada pihak-pihak yang perlu menjawab isu yang didedahkan oleh saya.


Soalan: Bagaimana pula risiko yang akan dihadapi oleh Encik Azlan.

Azlan: Saya memang telah hadapi risiko sejak 2008, begitu juga ketika anak saya terlibat kes itu, saya mampu hadapi Insya-ALLAH.


Soalan: Adakah Encik Azlan akan berjumpa dengan Anwar untuk memohon maaf?

Azlan: Insya-ALLAH kalau ada rezeki saya akan dipertemukan.


Soalan: Adakah perkara ini melibatkan kepentingan politik?
Azlan: Tidak, saya tidak buat kerana politik. Tak ada kepentingan politik.

Wednesday, 6 March 2013

Sabah bukan hak Kesultanan Sulu



Kesultanan Sulu tidak boleh mengembalikan sejarah dengan menuntut Sabah, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.
 
Menurutnya jika keadaan itu diguna pakai, maka Singapura harus dikembalikan kepada Johor dan Pulau Pinang kepada Kedah.
 
"Tuntutan mereka (Kesultanan Sulu) adalah sukar dipenuhi berdasarkan apa yang sudah dipersetujui sejak sekian lama...ia tidak boleh diubah.
 
"Malah jika perkara ini dibawa ke Mahkamah Antarabangsa, Malaysia mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang kerana Sabah telah menjadi sebahagian daripada negara ini untuk masa yang lama," katanya yang dipetik Mstar Online.
 
Selain itu menurut Khoo, walaupun pada asalnya Sabah adalah sebahagian daripada Sulu, namun Syarikat Borneo Utara British telah mengambil alih hak pengurusan Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Sabah pada 1882.
 
Bagaimanapun katanya, transmigrasi warga Filipina ke Sabah berlaku secara berterusan kerana mereka merasakan masih mempunyai hak di wilayah itu walaupun pihak berkuasa Malaysia menganggap mereka sebagai pendatang asing tanpa izin.
 
"Saya terkejut mengapa kali ini mereka menggunakan senjata," katanya.
 
Selain itu Pengarah Institut Kajian Indonesia, Thailand dan Singapura, Prof Kamarulnizam Abdullah berkata Kesultanan Sulu perlu menghormati perjanjian terdahulu di mana mereka menyerahkan wilayah tersebut kepada kuasa penjajah.
 
"Kami telah mewarisi perjanjian yang dibuat pada masa lalu," katanya.

Friday, 1 March 2013

Beri kepercayaan kepada BN - Dr. M



Rakyat sewajarnya terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membawa Malaysia ke arah status negara maju menjelang 2020.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, peluang untuk menjayakan Wawasan 2020 adalah lebih besar sekiranya kerajaan yang memerintah negara hari ini dikekalkan.

“Pada pandangan saya, adalah lebih selamat jika parti yang sama meneruskan usaha menjayakan Wawasan 2020.

“Saya bukan berkempen, hanya menyatakan fakta," katanya ketika menjawab soalan seorang peserta dalam program Memperingati Wawasan 2020: Sepetang Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini hari ini.

Beliau ditanya tentang kemungkinan Wawasan 2020 akan diteruskan sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir memberitahu, kemajuan pesat dikecapi kini membuktikan Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai Wawasan 2020.

Jelas beliau, keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia juga mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan sejak Wawasan 2020 diperkenalkan 13 tahun lalu.