Labels

Friday 24 August 2012

Persiapan akhir Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB MBNS dan keluarga (Petang)

Sumber : n9kini.com


RANTAU, 24 Ogos – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri memastikan persiapan akhir Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Y.A.B Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan berjalan lancar di kediaman di Kampung Tanjung, Rantau, petang tadi.
Persediaan dan persiapan menerima kunjungan tetamu di rumah terbuka beliau telah bermula dua hari lalu dan penduduk kampung bergotong royong menyediakan segala juadah yang bakal dihidangkan esok.
Antara juadah yang disediakan secara bergotong royong ialah lemang, rendang daging dan rendang ayam. Nasi himpit, kuah kacang, lodeh, satey dan sebagainya.
Dianggarkan seramai 35,000 pengunjung  seluruh Negeri Sembilan akan menghadiri rumah terbuka ini.
Bagi pengunjung yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, Menteri Besar menyediakan pengangkutan bas  dan van dari beberapa  lokasi terpilih antaranya di hadapan Stesen Petronas, tempat letak kereta Padang Orang Ramai, Rantau, di Kawasan Lapang Dewan Orang Ramai Kg Kanchong dan di persimpangan jalan Taman Bandar Ekar, Rantau.
Orang ramai sekali lagi dialu-alukan dan dijemput hadir di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di No. 1 Kampung Tanjung, Rantau, Negeri Sembilan pada 25 Ogos 2012 (Sabtu).
Majlis bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga 5:00 petang.































1 comment:

  1. Banyak kos dapek dijimekan bilo buek gotong royong ni.

    ReplyDelete