MELBOURNE, 14 Sept – Pengerusi Kelab UMMO Melbourne, Mohd Hazwan Mohd
Hairollah berkata pembangkang bukanlah satu pakatan yang kuat namun
telah menggunakan sepenuhnya ruang di media baru bagi membina persepsi
palsu terhadap kerajaan.
“Pemimpin kerajaan mesti bertindak balas dengan kadar segera kerana
jika setiap dakwaan atau tohmahan itu dibiarkan maka lama kelamaan ia
diangggap benar oleh rakyat dan seterusnya mmmbina persepsi salah.
“Dalam konteks pelajar di luar negara ini sumber utama mereka adalah
melalui media baru.
Sebab itu penting bagi kita untuk mendapat maklumat
sebenar akan tidak terpesong dengar sebarang manipulasi isu terutama
dari pembangkang”, ujarnya.
Mengenai dakwaan kononnya UMNO sudah lagi tidak relevan, beliau
berkata itu hanyalah satu persepsi palsu yang cuba dibina pembangkang.
“Kita yakin jika diimbas kembali sejak 55 tahun lalu tiada siapa
boleh menyangkal banyak jasa dan sumbangan yang telah dilakukan UMNO
terhadap pembinaan negara.
“Kita adalah ikon yang sentiasa sedia membantu, menjalin hubungan
baik dengan semua pihak dan berpegang kepada kebenaran dalam menghadapi
apa jua isu yang cuba ditimbulkan pihak-pihak tertentu”, terangnya.
-MediaUMMO.
(Laporan Timb. Ketua Pengarang UMNO-Online, Al-Kamarolzaman Abd
Latif Yang Kini Turut Menyertai Delegasi Sekretariat KULN Dalam Rangka
Lawatan ke Australia Dari 10-15 September).
Sumber : UMNO Online
No comments:
Post a Comment