Tunku Aziz-Bekas Naib Pengerusi DAP merumuskan segala-galanya.
"Biadab, biadab, biadab”
“Apakah mereka sudah tidak bertamadun?”
“Terkinja-kinja seperti monyet dengan balutan kuning 'Merdeka' di kepala?”
“Saya berasa patah hati melihat anak bangsa sendiri berkelakuan seperti tidak berakal”
“Perbuatan yang saya anggap sebagai jijik dan hina,"
"Baru sahaja empat tahun memerintah, mereka sudah besar kepala”
“Pembangkang bercita-cita untuk menukar negara ini kepada negara republik”
“Agaknya jika ada bencana alam pun, akan segera menuduh UMNO”
TENGKU AZIZ LEPAS GERAM KRN DI TIPU DAP SELAMA INI.
...................
SATU malam sahaja untuk porak-perandakan negara:-
Itulah
ungkapan pertama terpacul daripada mulut bekas Naib Pengerusi DAP,
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ketika mengulas cubaan pihak tertentu
untuk menukar Jalur Gemilang.
Ungkapan
sama juga sebagai komennya terhadap insiden memijak gambar Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam ambang merdeka oleh
pembangkang itu.
Pembangkang tidak bertamadun:-
"Biadab, biadab, biadab. Saya hilang kata-kata melihat perbuatan tersebut. Inikah patriotik yang cuba disemaikan oleh pembangkang? Apakah mereka sudah tidak bertamadun?”
''Jika tidak disukai sekalipun pemimpin itu, adakah aksi lucah mereka itu kita anggap demokrasi? Terkinja-kinja seperti monyet dengan balutan kuning 'Merdeka' di kepala?”
"Bukankah
kita dijanjikan sebuah perhimpunan yang aman? Mengapa benarkan perkara
ini terjadi? Apakah peserta-peserta ini tidak cintakan negara mereka?
Saya sendiri merasakan mereka tidak memahami apa itu erti merdeka kerana
boleh melakukan perbuatan seumpama itu. Jika benar mereka itu
patriotik, tidak mungkin mereka boleh bertindak sedemikian,"
SATU malam sahaja untuk porak-perandakan negara:-
Ketika
ditemui penulis di kediaman beliau di Sri Damansara, Kuala Lumpur malam
kelmarin, Tunku Abdul Aziz menyelar pembangkang yang dilihatnya telah
'mempamerkan keupayaan' memporak perandakan negara dalam tempoh sehari
sahaja dengan merosakkan sambutan Hari Kemerdekaan menggunakan
perhimpunan 'Janji Bersih' di Dataran Merdeka dan sambutan di peringkat
negeri Selangor.
"Bayangkan,
selama 54 tahun kita telah menyambut hari kebangsaan dengan bersatu
hati di bawah satu bumbung, mengibarkan Jalur Gemilang sambil
menyanyikan lagu Negaraku dengan semangat patriotik, tetapi pada
sambutan kali (ke-55) ini, terdapat segelintir rakyat Malaysia enggan
mengakui kewujudan bendera yang kita hormati.”
"Tidak
cukup itu, mereka kelihatan begitu bangga mengibarkan pula bendera yang
seakan-akan bendera dari Singapura dan Indonesia. Saya berasa patah hati melihat anak bangsa sendiri berkelakuan seperti tidak berakal kerana termakan tohmahan kumpulan berkepentingan yang mahu mengubah Jalur Gemilang.”
"Perlu
saya ingatkan golongan ini bahawa Jalur Gemilang adalah hak milik
setiap rakyat Malaysia. Ia bukan bendera parti politik yang perlu diubah
mengikut cita rasa pemerintah. Cubaan mengubah bendera rasmi sesuka
hati adalah perbuatan yang saya anggap sebagai jijik dan hina,"
Baru 4 tahun, mereka sudah besar kepala:-
Tunku
Abdul Aziz berkata, pembangkang telah menyemai benih kebencian terhadap
Jalur Gemilang dan beliau kelihatan sungguh yakin dengan agenda
pembangkang yang mahukan pembentukan sebuah negara republik.
Kata beliau:
"Saya
harap rakyat dapat lihat ke manakah arah hala tuju pembangkang kini.
Dalam sekelip mata saja, pelbagai keinginan serta perubahan-perubahan
'aneh' cuba dilakukan oleh mereka.”
"Baru sahaja empat tahun memerintah, mereka sudah besar kepala
seolah-olah telah memerintah negara selama 55 tahun. Saya tidak dapat
bayangkan apakah kita masih bersatu padu, andainya diperintah oleh
mereka yang hanya mempunyai kepentingan mereka sendiri. Saya tidak
hairan andainya pembangkang bercita-cita untuk menukar negara ini kepada negara republik. Itulah kemungkinan besar jawapan saya,"
Ini
bukan kali pertama cubaan pakatan pembangkang memprovokasi Jalur
Gemilang. Sebelum ini, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad
Nizar Jamaluddin pernah bertindak di luar dugaan dengan menggelarkan
Jalur Gemilang kepada 'Jalur Malang' tanpa sedikit pun perasaan
bersalah.
Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan pula lebih
drastik dengan berjanji akan mengubah bendera Malaysia kepada bendera
baru jika pembangkang berjaya ke Putrajaya. Malah dia enggan mengakui
Jalur Gemilang sebagai bendera rasmi dan berdegil untuk tidak
mengibarkan bendera Malaysia di mana-mana beliau berada sehingga kini.
Jika ada bencana alam pun, pembangkang akan segera menuduh UMNO:-
Dalam
temu bual itu, Tunku Aziz turut menempelak pemimpin atasan pakatan
pembangkang yang tiba-tiba menuding jari kepada UMNO dengan menuduh
tonggak Barisan Nasional (BN) itu sebagai dalang cubaan menukar Jalur
Gemilang selepas rata-rata masyarakat Malaysia bangkit dengan amarah.
Tetapi selang beberapa jam kemudian, didapati seorang pemimpin Angkatan
Muda Keadilan (AMK) terlibat dalam mereka cipta bendera merah putih itu.
"Adalah menjadi amalan biasa pakatan itu untuk segera menuduh UMNO punca segala salah silap yang terjadi. Agaknya jika ada bencana alam pun, akan segera menuduh UMNO sebagai punca bencana alam itu terjadi,"
Beliau
turut membidas sikap peserta perhimpunan 'Janji Demokrasi' yang
bertindak luar batasan dengan memijak potret Perdana Menteri dan
isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Saya minta rakyat menilai sendiri betapa rakusnya pembangkang yang cuba mengambil tampuk kuasa dari kerajaan:-
Tidak
cukup dengan itu, ada peserta bertindak melampau dengan melondehkan
seluar pada gambar tersebut dan ditatap beberapa orang Melayu dengan
siulan kegembiraan oleh anak-anak muda.
Demikian
juga apabila kerajaan PKR Selangor membelakangkan peranan Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tidak menjemput baginda
ke sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor, insiden ini juga
mendapat perhatian Tunku Abdul Aziz.
Kerajaan
negeri berkenaan dilihat hanya membiarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim seorang untuk menjadi orang kenamaan (VIP) dengan
memberikan ucapan selama lebih setengah jam. Apakah ini seminar ekonomi
atau majlis ceramah politik PKR?
"Apa
lagi perubahan yang ingin dibuat oleh mereka? Bagaimana boleh bertindak
sedemikian? Adakah ini gaya pembangkang apabila sampai ke Putrajaya
kelak? Saya minta rakyat menilai sendiri betapa rakusnya pembangkang
yang cuba mengambil tampuk kuasa dari kerajaan.”
Mereka (pembangkang) ini perlu 'dinilai' kembali oleh rakyat:-
"Mereka
(pembangkang) ini perlu 'dinilai' kembali oleh rakyat. Tidak melampau
sekiranya saya katakan sedemikian kerana itulah yang saya rasa ketika
saya meninggalkan mereka. Itu bukan kali pertama saya meninggalkan DAP,
setelah dua bulan menyertai mereka, saya sudah menghantar surat
peletakan jawatan kepada mereka tetapi saya dipujuk rayu oleh mereka
untuk terus tinggal dengan meyakinkan agenda ke Putrajaya adalah demi
rakyat.”
"Kononnya
kehadiran saya adalah untuk menyelamatkan bangsa Melayu saya sendiri
dari terus dihanyutkan oleh UMNO. Tetapi apabila saya meminta mereka
supaya memberi peluang kepada saya untuk melakukan tanggungjawab
menambah bilangan Melayu dalam DAP, mereka hanya mendiamkan diri.
Seolah-olah DAP tidak perlu pemimpin Melayu lain kecuali saya seorang.
Benarkah DAP itu parti untuk semua? Relevankah parti itu untuk Melayu,"
soalnya.
Is it too much to ask? :-
Nada
Tunku Abdul Aziz dilihat amat kecewa apabila menyentuh tindakannya
keluar DAP. Beliau bercakap seolah-olah telah lama meninggalkan parti
pembangkang itu.
"Negara
luar sedang memerhati bibit-bibit perpecahan yang sedang terjadi di
negara kita. Selama ini kita boleh berbangga, pelbagai bangsa bawah satu
bumbung. Mungkinkah ini masih relevan andainya mereka ini (pembangkang)
memerintah?
"Adakah
terlalu tinggi permintaan kita untuk hidup aman damai di bawah satu
bumbung? Is it too much too ask? " soal Tunku Abdul Aziz.
No comments:
Post a Comment