Labels

Wednesday, 19 September 2012

[GERHANA PR] : PR tak yakin bubar tapi desak BN?? Kuasa tengelam timbul??


WALAUPUN penulis tidak begitu setuju dengan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membubarkan DUN Selangor berasingan dari pembubaran Parlimen, tapi penulis boleh menerima keputusan yang telah dipersetujui bersama Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu.
 
Cuma yang tak sedap tu bila banyak pihak dalam Pakatan Rakyat sendiri yang tumpang sekaki menokok tambah keputusan yang telah dibuat, dengan memberikan tarikh-tarikh pembubaran DUN ikut versi mereka sendiri.  Ada yang kata Januari, ada yang kata Mac dan sebagainya.
 
Tidak setakat di Selangor sahaja, malah di negeri-negeri lain seperti Kedah dan Pulau Pinang umpamanya, turut tidak mahu terkecuali dari bermain teka teki yang sama.
 
Dalam masa yang sama, ada pula yang mendesak Perdana Menteri Najib membubarkan Parlimen dengan segera atau digelar penakut.  Yang bercakap ini lupakah Pakatan Rakyat pun tidak mahu membubarkan DUN di negeri yang diperintah masing-masing terlalu awal?
 
Tidakkah kenyataan seumpama itu nanti boleh ‘backfire’ dan seterusnya merugikan Pakatan Rakyat?  Mana tidaknya, kalau Najib dituduh takut kerana enggan membubarkan parlimen, Pakatan Rakyat juga boleh dituduh penakut sama kerana enggan membubarkan DUN di negeri yang diperintahnya lebih awal!!
 
Lain kali kalau nak bercakap/menulis, gunalah otak sedikit.
 
Tapi lupakanlah sebentar isu itu dulu, yang penulis lebih pentingkan sekarang ialah Pakatan Rakyat tidak perlu begitu ramai orang untuk berspekulasi mengenai tarikh pembubaran DUN di 4 negeri yang diperintahnya.
 
Bila dah ramai sangat orang bercakap, takut-takut rakyat dan penyokong parti menjadi keliru.
 
Yang penulis faham, keputusan itu (tarikh sebenar pembubaran DUN) hanya di tangan Anwar selaku Ketua Pakatan Rakyat.  Yang lain dan tidak berkaitan harap diam dan menerima sahaja keputusan yang bakal dibuat nanti.
 
Hari ini, tambah sakit kepala penulis lagi bila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat Selangor belum membuat keputusan untuk membubarkan DUN berasingan atau serentak dengan pembubaran Parlimen.
 
Khalid dipetik media hari ini sebagai berkata:-
 
Kerajaan Negeri Selangor masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) secara serentak ataupun berasingan dengan pembubaran parlimen oleh kerajaan persekutuan bagi memberi lalauan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
 
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berjata, perancangan untuk membuat pilihanraya DUN berasingan atau serentak merupoakan strategi kerajaan negeri namun ini bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan tarikh PRU13.
 
Kami tak tahu tarikh pilihanraya yang sebenar….ini adalah jawapan kepada spekulasi, ada baiknya pilihanraya berasingan dan ada baiknya pilihanraya di buat secara bersama… perbincangan ini berdasarkan spekulasi (berhubung tarikh pilihanraya) dan strategi bagaimana kami mahu menghadapinya”, katanya kepada pemberiya disini semalam.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mengumumkan pendiriannya, Selangor tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak.
 
Ini apa kes?  Bukankah keputusan sudah dibuat Anwar, kenapa Khalid mengeluarkan kenyataan bercanggah pula.  Ini bukan setakat boleh buat rakyat dan penyokong parti keliru, malah tertipu juga.
 
Sekarang pun penulis dimaklumkan ramai pemimpin dan petugas PAS/PKR Selangor yang menangguhkan pemergian ke tanah suci Mekah kerana bimbang pilihanraya umum akan diadakan pada bulan November dan mereka terlepas peluang bertanding/berkhidmat dengan parti setelah Khalid mengeluarkan kenyataan tersebut.
 
Ini bukan masalah kerana penulis berpegang kepada prinsip bahawa keutamaan perlu diberikan untuk memastikan kejayaan parti dalam pilihanraya, dari menunaikan ibadah haji yang boleh ditangguhkan (rujuk kenyataan Ketua Penerangan PAS disini).
 
Tapi masalahnya disitu, percanggahan kenyataan ini memberikan impak yang besar di mata rakyat.  Rakyat sudah mula keliru dan tidak yakin dengan kesatuan dalam Pakatan Rakyat, apatah lagi bila sama-sama PKR pun tidak boleh bersama dalam mengeluarkan kenyataan.
Ada masalah komunikasi ke atau memang Khalid sengaja nak buat hal?

No comments:

Post a Comment