Krew PRU13N9 turut membaca Suara Keadilan bertarikh 18 September 2012 dan terus membaca dengan harapan kami akan menyokong Keadilan atau PKR atau Pakatan Haram Jadah mahupun seangkatan dengannya.
Tapi kami tak jumpa aura tersebut dan mahu mengubah angin.. cuba-cubalah nak memenangi isu yang ada di setiap helaian akhbar terbalik jenama pakatan rakyat ni.. tidak ada dan apa yang kami dapat lihat.. semua artikel yang ditulis oleh wartawan-wartawan di pihak sana adalah berlawanan sekali dengan apa yang berlaku pada keadaan realiti.
Dengan erti kata lain, memaksa diri untuk menjuarai rakyat.. padahal akal logiknya, perkara itu seperti tidak akan berlaku.. Melainkan akal kita memang dah gila mahu bagi undi dekat mereka yang berlawanan sikapnya.
Di pendek kanlah mukadimah ini, perkara yang krew PRU13N9 ragui ketelusan Kerajaan Negeri Selangor terhadap Projek Langat 2.
Nampaknya, beriya-iya benar mereka mahu menyekat usaha yang mahu dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan.
Sekali lagi mereka mengenepikan keutamaan dan kesejahteraan rakyat Selangor yang telah mengundi mereka di PRU12.
Adakah sudah diberi peluang memerintah di Negeri Selangor, mereka mahu menghamparkan keadaan naif buat rakyatnya?? Orang Negeri Sembilan kata, hellloooo, kemonlah.. utamakan kesejahteraan rakyat. Bukan pemerintah kuku besi.
Ini merupakan strategi awal mereka untuk menjadikan rakyat Negeri Selangor tidak merasa nikmat kebersihan seperti mana Kerajaan Barisan Nasional memerintah Selangor sebelum PRU12.
Ini persoalan bekalan air terawat lah.. bekalan yang disalurkan kepada rakyat di Negeri Selangor. Senang cerita bukan nak kata rakyat Negeri Selangor ajer.. Ramai rakyat di negeri lain umpama, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan kawasan berhampiran yang bekerja di Negeri Selangor mengeluh tahap bekalan air di negeri tersebut tidak sempurna. Mana pergi janji mereka?? Janji elek.. Tunai elek.. Boleh pulak macam tu..
Keadaannya juga menampakkan bahawa mereka mahu menjadikan Selangor seperti mana Kelantan satu ketika dulu.. Jika Kelantan dah terbukti melakukan sekatan bentuk bantuan Kerajaan Persekutuan sejak mula memerintah, maka tak mustahil itulah yang hendak dilakukan Kerajaan Negeri Selangor.
Dulu mereka menyekat bantuan Kerajaan Persekutuan.. hari ini mereka kata Kerajaan Persekutuan tidak pernah membantu mereka.. Sudah lebih 20 tahun lamanya.. Tipu daya mereka..
Mereka mahu menyekat bantuan yang hendak dibuat untuk rakyat negeri Selangor. Inilah halnya.. mereka tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan kesejahteraan rakyat.
Apa dah berlaku di Negeri Kelantan, itulah ikhtibar yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan apabila tidak mahu melihat rakyatnya terus terhimpit dengan fahaman cetek pemerintah yang berkepala batu..
Mereka bercakap pasal undang-undang.. tetapi mereka turut mengingkari undang-undang.. dengan mengaburi mata khalayak dengan undang-undang.. dan akhirnya mereka mahu menunjukkan yang mereka betul dari segi undang-undang dan melihatkan Kerajaan Persekutuan di pihak salah dari segi undang-undang.. kemudian, menjadi mangsanya rakyat..
Seterusnya, krew PRU13N9 rasa amat kelakar.. apabila keratan akhbar terbalik mereka berbunyi;
Kerajaan Pusat berdegil untuk meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 kerana mahu mengkayakan kroni UMNO-BN, meskipun tidak mendapat kelulusan Menteri Besar Selangor. - Pada Krew PRU13N9, ini sesuatu kenyataan yang BIADAP kerana Projek Langat 2 perlu diteruskan demi kesejahteraan rakyat Negeri Selangor. Ini bukan soal kroni.. Ini soal rakyat.. Tidak cukupkah dengan kesengsaraan rakyat Negeri Selangor yang dijanjikan dengan 20meter padu air percuma.. tetapi yang mendapat manfaatnya orang kaya Negeri Selangor. Sedangkan rakyat golongan sederhana lah yang perlu diberi keutamaan. Sehingga rakyat bangkit menyaman kerajaan Negeri Selangor?? Apa cerita??
Jika Kerajaan Negeri Selangor mengatakan ini untuk mengayakan kroni UMNO.. kenapa mereka tidak melaksanakannya dengan dana Kerajaan Negeri Selangor yang dikatakan berbilion-bilion RM. Apabila Kerajaan Persekutuan masuk campur.. pula dikatakan kroni.. Di manakah letaknya prinsip berkerajaan mereka?? Nampaknya, mereka lah yang tak cukup lagi bagi makan kat kroni-kroni.. sehingga tidak ada daya membantu mensejahterakan rakyat.. sehingga menuduh Kerajaan Persekutuan nak mengayakan kroni UMNO..
PRU13N9 tanya.. yang dikatakan tak ada hak bersuara.. hak bermedia.. Akhbar Suara Keadilan - Media Fitnah ni apa?? Terang-terang menghambur tuduhan yang bukan-bukan ke atas UMNO.. Boleh pulak.. berhak pulak?? Dah tu bebas kan main.. Banyak cakap..
No comments:
Post a Comment