Labels

Saturday 8 September 2012

Rakyat perlu bersatu pertahankan BN dalam PRU akan datang

muhyiddin300Rakyat perlu bersatu mengekalkan penguasaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di peringkat pusat untuk memastikan kelangsungan asas pembinaan negara dan bangsa terus dipertahankan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kemenangan dalam PRU-13 bukan sekadar memenuhi matlamat politik BN dan UMNO semata-mata, tetapi lebih besar sebagai benteng untuk menangkis kemunculan pelbagai ideologi dibawa pihak tertentu termasuk dari luar.

"Kemunculan beberapa ideologi serta tindakan yang bertentangan dengan moral serta etika ketimuran Malaysia selepas PRU ke-12 lalu, menjadi bukti pembangkang yang mula menguasai beberapa negeri ketika itu hanya bertindak dengan bermatlamatkan agenda politik semata-mata.

"Psikologi sebegini termasuk yang berlaku dalam tempoh terdekat ini sengaja dibentuk pembangkang sehingga rakyat kini terpinga-pinga, manakala kaum Melayu sendiri mula kehilangan arah tuju," katanya sempena perasmian mesyuarat UMNO Bahagian Langkaw di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri Jumaat.

Beliau berkata kerana itu, UMNO dan BN perlu betul-betul kukuh untuk mendapat sokongan dan mandat yang besar supaya kerajaan mempunyai kekuatan untuk menentukan asas pembinaan negara bangsa yang berteraskan prinsip Rukunegara dapat dilaksanakan.

"Umpamanya, prinsip Keluhuran Perlembagaan daripada pihak-pihak yang mempertikaikan apa-apa yang disenaraikan seperti kedudukan raja-raja, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kedudukan bangsa lain yang cuba digugat," katanya

No comments:

Post a Comment