Labels

Friday, 6 July 2012

Anwar Bakal Menghancurkan Selatan Thailand Pula?

Khabar dari Thailand menyatakan bahawa Anwar akan berceramah di Pattani pada 4 dan 7 Julai.  Kunjungan Anwar ke sana adalah untuk mencari pengundi yang memiliki dwi kerakyataan dengan bantuan beberapa orang politik pembangkang, orang-orang agama serta NGO-NGO Muslim di Selatan Thailand. 

Beliau kini sedang mendekati Dr. Ismail Lutfi iaitu puak Wahabbi di Thailand dan Tuan Guru Nik Dir Waba.

Anwar juga akan melabur di koperasi Islam di sana dan merancang untuk membentangkan kertas kerja ekonomi dalam program yang dianjur oleh Koperasi Ibnu Affan yang dimiliki oleh Wahabbi di sana.

Jika khabar yang diterima ini benar, maka kunjungan Anwar ke Thailand ini perlu dilihat dari sudut yang lebih luas dari sekadar politik kepartian di Malaysia.  Ini bukan sahaja soal berapa banyak undi yang mampu diraihnya bagi membantu Pakatan Rakyat di Kelantan ataupun Kedah.

Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah kecenderungan Anwar ke arah mencetuskan huru-hara dan keganasan.

Dengan keadaan di Selatan Thailand yang sedia bergolak di tambah dengan penduduk yang rata-ratanya miskin, bukan sukar untuk Anwar merekrut kumpulan yang sanggup melakukan keganasan dengan bayaran yang setimpal sekiranya difikirkannya perlu.

Dari segi jangka panjang pula, kita perlu melihat dari segi bahaya corak pemikiran yang bakal disebarkan Anwar di kalangan orang-orang Islam di sana. Sebelum keadaan menjadi parah, mereka wajar dimaklumkan bahawa apa yang disentuh oleh Anwar pasti akan hancur.

Sejurus Anwar melangkah kaki ke dalam UMNO, maka kehancuran peribadi orang-orang muda di dalam UMNO pun bermula apabila beliau memperkenalkan mereka kepada politik wang dan cantas-mencantas.

Kita bernasib baik kerana pemimpin tertinggi UMNO terdiri dari mereka-mereka yang amat bijaksana dan telah berjaya menyelamatkan parti dari terus hancur lebur dikerjakan Anwar.  Akhirnya, mereka yang peribadinya telah hancur, perlahan-lahan mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim dengan meninggalkan UMNO.

Apabila Anwar memegang jawatan Menteri Pendidikan, beliau membawa kecelaruan dalam pemikiran bangsa Melayu dengan menerapkan dasar-dasar ekstrem yang tidak membawa manfaat kepada bangsa.  Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau hampir membangkrapkan negara.

Tidak dapat dibayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri.
Kerana itu, kita merasa bimbang akan nasib dan masa depan saudara-saudara kita di Thailand apabila ‘disentuh’ oleh Anwar.

Apa yang pasti, Anwar akan membawa bersamanya kecelaruan pemikiran kepada komuniti Islam di sana.  Pada awalnya, beliau akan mengikut rentak kumpulan yang ditemuinya.

Jika Wahabbi, maka Wahabbilah Anwar.   Jika Syiah, maka Syiahlah Anwar.  Jika Buddha, maka mesra Buddhalah Anwar. Lakonan ini akan diteruskan sehingga semua kumpulan mempercayainya, menyanjungnya dan menobatkannya sebagai pemimpin dan penyelamat mereka.

Apabila ketaksuban mula menguasai penduduk di sana, Anwar akan secara perlahan-lahan memasukkan jarum liberalnya. Dan perlahan-lahan juga, Anwar akan membentuk satu kumpulan liberal di celah-celah kumpulan Islam di Thailand.

Dengan dana yang berterusan dari barat, kumpulan ini akan menyebarkan fahaman liberal di samping melemahkan lagi umat Islam di Selatan Thailand melalui perpecahan.  Malah wang yang dilaburkan di koperasi di sana juga kemungkinan besar merupakan dana yang disediakan oleh sahabat neo-connya di barat.

Cukuplah Anwar merosakkan Malaysia, jangan benarkan beliau merosakkan saudara seagama kita yang telah sedia menderita di Selatan Thailand.  Kerosakan sesebuah negara, mampu merebak kepada jiran-jirannya.  Dan inilah yang barat inginkan.

 Justeru, demi Islam dan persaudaraan, umat Islam di Thailand wajar diberi amaran segera mengenai bahaya kunjungan Anwar ke sana.

Mereka perlu tahu bahawa bahaya yang dibawa Anwar adalah lebih berat dari letupan bom dan tembakan yang mereka terpaksa lalui setiap hari.

Ini kerana Anwar membawa agenda musuh Islam melalui pemikiran dan emosi dan ia akan berakar umbi dan merebak sehingga akhirnya umat Islam akan memusnahkan sesama sendiri dan diri sendiri.

Thursday, 5 July 2012

Hudud bahan politik PAS sensasikan dan menipu

ayub hudud
SEJAK seorang ADUN di Johor membangkitkan persoalan sama ada UMNO negeri tersebut perlu menerajui perlaksanaan hudud di negara ini, media PAS, blogger PAS dan segala yang hamPAS-hamPAS berlumba-lumba menarik cerita tersebut untuk disensasikan.

Malah ada yang dari kalangan yang rosak otak ini, memasukkan komen mengenai hal yang sama di dalam artikel dengan tajuk yang lain di dalam laman ini pun.  Menunjukkan kesungguhan mereka mensensasikan isu ini untuk tujuan-tujuan yang akan diceritakan dibawah.

Sebelum itu, penulis suka nak menyebutkan disini yang penulis ada alasan sendiri disebalik cadangan oleh ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat itu, tapi untuk hari ini, bukan itu isunya tapi isu lain yang masih lagi berkaitan.

Penulis sebenarnya lebih berminat untuk mempersoalkan tindakan PAS dan para hamPASnya mensensasikan soal hudud ini, dikala dunia pun tahu PAS telah menolak hudud demi menghalalkan hubungannya dengan DAP.  Dalam erti kata lain, PAS meninggalkan hudud untuk membolehkannya bersama-sama DAP.

Jadi apa yang PAS kecoh sangat dengan cadangan ADUN UMNO itu?  Sehinggakan penulis terbaca, ada beberapa orang dari kalangan pemimpin PAS yang bersedia nak membantu kerajaan Johor melaksanakan hudud!!  Nak tergelak pun ada tengok permainan politik masing-masing.

Tergelak sebab, dia jadi betul-betul ‘membantu’ kalau PAS sendiri dah laksanakan hudud, ini dah lebih 20 tahun perintah Kelantan, 5 tahun perintah Terengganu dan tempoh yang hampir sama di Kedah, apa bayang hudud pun tidak ada, melainkan draf.

Draf itupun hanya wujud di Kelantan dan Terenganu, di Kedah tidak ada draf, menyebut hal tersebut juga tidak pernah.
PAS terbukti berjaya dengan modal hudud selama ini.  Itulah pun modal untuk menang di Kelantan 1990 dulu dan mempertahankannya sehingga sekarang.  Begitu juga ketika menawan Terengganu pada 1999 (sebelum hilang pada 2004), guna modal hudud juga.

Cuma demi masa depan yang kononnya gemilang setelah PRU 2008, PAS ubah dan buang soal hudud itu demi membantu Anwar menaikkan nama Pakatan Rakyat – bermodalkan kelebihan PAS memerintah 2 negeri walaupun di peringkat Parlimen, PAS yang paling sikit sekali kerusinya.

Pengesahannya pada Jun tahun sudah bila Hadi sendiri mengumumkan hala tuju baru PAS dari negara Islam dan hudud kepada negara berkebajikan.  Tapi keputusan ini (walaupun diluluskan Muktamar), tidak diterima secara baik oleh ahli PAS di bawah-bawah ini.

Depa tak sebut saja sebab tumpuannya untuk tawan Putrajaya dulu, selepas dari itu barulah nak bertekak ke, nak berparang.

Sebab itu secara asasnya kita lihat masih ada kalangan ahli PAS peringkat bawahan bercakap tentang hudud walaupun perkara itu telah di’sejarah’kan oleh Hadi Awang.  Lagipun kenapa tidak?  Modal itu terbukti menguntungkan apa.

Dan kini, peluang terhidang di Johor, dilaksanakan sepenuhnya oleh PAS untuk tujuan sensasi politik.  Penulis berani berkata begitu kerana, masuk akalkah PAS yang buang hudud macam buang sampah tahun sudah, tetiba nak bantu UMNO laksana hudud di  Johor?

Pulak tu, soal untuk laksanakan hudud bukan keputusan rasmi UMNO pun, sebaliknya cadangan yang dibangkitkan oleh seorang ADUN sahaja, tapi dari cara sensasi berita, seolah itu keputusan rasmi UMNO.

Antara Propaganda PAS di Internet Sekarang
Itu yang mencetuskan persoalan kenapa PAS bersungguh benar dengan cadangan mengenai hudud seperti dibangkitkan ADUN UMNO tersebut dikala dia sendiri pun tak laksanakan hudud di negeri yang dia perintah?

Penulis melihatnya begini. tujuan PAS mensensasikan isu ini ke tahap terhebat ialah kerana diakhirnya nanti PAS nak menggunakan modal lama UMNO TOLAK HUDUD (orang Islam) dan UMNO nak laksanakan hudud (orang cina).  Ini akan menguntungkan PAS, lebih lagi di Johor yang punya banyak kawasan melayu dan bukan melayu yang rapat.

Fasa pertama, ia disensasikan ke tahap ’dewa’ bagi nampak real dan selepas dari ini PAS akan manipulasi pandangan dari pemimpin cina dari MCA dan Gerakan mengenai cadangan ini (yang kita sudah tahu apa jawapan).  Selepas dari itu ia menjadi isu politik dengan sendirinya.

Percayalah, penyudahnya akan jadi ke situ.
Kesimpulannya, ingatlah, tidak ada apa yang baik disebalik tindakan PAS mensensasikan cadangan seorang ADUN UMNO di Johor ini, walaupun isunya berkaitan Islam.  Semuanya dibuat dengan niat jahat, untuk membangkitkan perasaan marah dan benci orang Islam dan bukan Islam kepada UMNO

Harapnya, UMNO dan pemimpin cina BN tidak termakan dengan umpan PAS, lebih lagi Tan Sri Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Chua Soi Lek yang diketahui gemar beri pandangan radikal mengenai hudud – tanpa menyedari itu hanya perangkap yang di pasang PAS.

Sedarlah, PAS ni jahat, maklumlah, setan kawannya. peliwat ketuanya. undi tuhannya.

sumber:Mykmu.net

Wednesday, 4 July 2012

BN optimis rampas semula 3 kerusi DUN


SEREMBAN  - Barisan Nasional (BN) negeri yakin dapat merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu termasuk tiga kerusi DUN milik UMNO iaitu Sikamat, Ampangan dan Paroi. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dengan kerja keras dan persediaan yang dilakukan oleh jentera parti, kerajaan optimis kawasan yang tewas itu akan kembali kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya dimaklumkan, jentera parti di DUN Sikamat sudah bersedia dan nampaknya mereka bersungguh-sungguh dan bekerja keras," katanya pada majlis jalinan mesra pemimpin dan rakyat DUN Sikamat di sini semalam.

Pada pilihan raya umum lalu, calon BN bagi DUN Sikamat, Datuk Md. Yusof Harmain Shah tewas kepada calon PKR, Aminuddin Harun dengan majoriti 499 undi.

Mohamad berkata, BN akan terus bekerja kuat untuk kesejahteraan rakyat dan ia telah terbukti sejak puluhan tahun lalu.

"Hanya BN yang tahu kehendak rakyat dan boleh menterjemahkannya dalam bentuk tindakan dan rakyat telah menerimanya dengan baik," katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN mahu terus melihat rakyat hidup dalam aman dan sejahtera, bukan seperti negara lain yang berhadapan konflik politik, kesengsaraan, keselamatan dan penderitaan berpanjangan.

Menurutnya, rakyat selama ini boleh hidup sejahtera di negara ini kerana kerajaan BN tahu menguruskannya dengan baik. 

Sebab itulah, kerajaan BN adalah pilihan terbaik dan rakyat wajar mensyukuri nikmat hidup aman selain disediakan peluang pekerjaan, pendidikan, kediaman, kebajikan, kesihatan, keperluan hidup yang menjamin masa depan, katanya.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memimpin negara ini dengan cemerlang dan kita di Negeri Sembilan juga meneruskan legasi itu untuk melihat rantaian kecemerlangan tersebut melimpahi rakyat di negeri ini melalui dasar yang dibuat oleh kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat," ujarnya.

Inilah Perangai Ganas Penyokong PAS - Islam kah cara ini ??


Biarlah gambar yang bercerita, tetapi inilah gambar bagaimana ganasnya orang PAS ini. Tenguk apa yang mereka lakukan kepada seorang budak yang dikatakan sebagai budak Perkasa . Budak ini dibelasah oleh mereka ramai ramai.

Ada yang merayu agar Tengku Harmy hentikan menggunakan nama Almarhum Tuanku Jaafar dalam ceramahnya.


Tiba tiba saja  DIA MUNCUL MENGHANGATKAN NAMA KERABAT DI RAJA NEGERI SEMBILAN DI PENTAS POLITIK. Ramai mungkin tidak percaya kerana perangainya tidak melambangkan  seorang yang berdarah raja maki dan hamun UMNO dan KERAJAAN lebih dari orang yang tidak bertamadun di pentas pentas ceramah politik.

Yang  ramai kesalkan apabila Tengku Harmy mengaitkan cerita dengan nama  Almarhum Tuanku Jaafar yang telah mangkat di pentas pentas politik untuk mempopularkan cerita cerita ceramahnya.

Ampun Tuanku sembah patik harap di ampun, patik merapat sembah kepada DYMM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan  dan bukannya kepada  YM Tengku Harmy bin Tengku Harnan. Patik terpaksa menulis demi mempertahankan kedaulatan DYMM Almarhum Tuanku Jaafar , Yang DiPertuan Besar patik dari dipersendakan di pentas pentas politik  berterusan oleh Tengku Harmy.

Adalah sunguh tidak baik  dan amat menyedihkan apabila Tengku Harmy menjaja nama Almarhum Tuanku Jaafar yang telah mangkat dengan menceritakan perihal perihal yang pernah berlaku yang tidak kita pasti sama ada ianya benar berlaku ataupun hanya mungkin rekaan Tuanku Harmy sahaja.

Carilah modal lain jika mahu berpolitik sekalipun. Jangan lah diulangi ulangi bahawa Almarhum dipaksa oleh kerajaan sedang dalam hayat Alamarhum tidak pernah pun baginda meluahkan barang sepatah kata tentang perihal ini. Impaknya amat besar kepada nama baik Almarhum. Patik merayu agar Tengku hentikan mempergunakan nama Almarhum baginda.

Adalah lebih bersopan jika Tengku Harmy tidak mengheret nama Alamrhum Tuanku Jaafar dalam ceramah ceramah politik beliau kerana akan memberikan  satu implikasi yang tidak baik terhadap Almarhum. Adalah sesuatu yang sangsi bahawa Alamarhum pernah berkata dia pernah diugut oleh mana mana menteri ketika hayatnya. Ini adalah kata kata dari Tuanku yang kami sangsi kebenarannya kerana selama hayat baginda tidak pernah kami mendengar rungutan baginda mengenai isu ini.Jika ini benar sekali pun  itu adalah hak baginda  dan tidak perlu Tuanku jaja dikhalayak ramai kerana Almarhum telahpun meninggalkan kita pulang ke rahmatullah dengan tenang,

Adalah lebih baik Tuanku menanggalkan serban yang sebakul dan jubah serta potong saja janggut itu bila rasa mahu  memaki hamun UMNO DAN KERAJAAN  kerana ianya memberi impak yang besar kepada alim ulamak Islam berdasarkan pakaian Tuanku. Pakai saja seluar pendek dan T Shirt. Maki lah  beberapa lori yang Tuanku suka.

Biarlah Almarhum bersemadi dengan tenang dan kita sedekahkan Al fatihah kepada Roh Almarhum Tuanku Jaafar semoga ditempatkan bersama sama orang yang soleh.. Adalah sungguh tidak sopan jika nama beliau dikaitkan dengan isu isu politik dipentas pentas fitnah PAS hanya untuk mencari keuntungan peribadi dan juga pengaruh untuk mempopularkan Tuanku Harmy.

Apa sebenarnya yang Tuanku tidak berpuas hati sehingga menghina mencaci dan mencarut di depan rakyat jelata di pentas pentas ceramah .Mungkin Tuanku ingat semua rakyat suka bila mendengar carutan dan penghinaan Tuanku kepada UMNO dan Barisan Nasional. Tuanku perlu faham bukan semua orang sokong PR . Ramai yang sokong UMNO dan BN dan mereka ini adalah mereka yang tergores hati mereka dengan hinaan dan cercaan Tuanku.

ALHAMDULILLAH KERANA PIHAK ISTANA SUDAH MENGELUARKAN SURAT  KLIK SINI MENGHALANG TUANKU MENGGUNAKAN NAMA SEPUPU DYMM TUANKU MUHRIZ.