Labels

Wednesday, 1 August 2012

Penantian berbaloi para doktor muda MAINS


gambar ketika majlis perasmian oleh Dato' Seri Utama Hj Mohamad 

REMBAU, 31 Julai – Nampaknya seluruh rakyat di negeri ini wajar melahirkan rasa syukur apabila kumpulan pertama seramai 20 doktor muda tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan menamatkan pengajian mereka dalam perubatan di bumi para ambia – Mesir – hujung tahun ini.

Apa tidaknya, pelaburan pendidikan yang dibuat itu bukan sahaja akan menyaksikan kelahiran doktor muda yang memahami ilmu kedoktoran Islam tetapi juga amalannya kelak akan menjurus kepada al-Quran dan sunnah.

Bukan itu sahaja, kembalinya kumpulan pertama doctor muda dari Mesir tersebut juga akan memperkukuhkan lagi hasrat majlis agama untuk membuka lebih banyak Klinik Wakaf dan Pusat Hemodialisis An-Nur MAINS yang ketika ini Cuma dua buah iaitu di Senawang dan Rembau.

Pastinya, kehadiran doctor muda ini kelak akan membuktikan usaha bertahun oleh MAINS termasuklah permohonan izin daripada Majlis Fatwa Negeri Sembilan untuk menggunakan sebahagian wang zakat nagaja para pelajar berkenaan mengikuti pengajian di Mesir dalam bidang perubatan di bawah asnaf ar-Riqab adalah sangat-sangat berbaloi.

Sebab itulah di dalam al-Quran, Allah SWT meletakkan kedudukan asnaf ar-Riqab di dalam senarai penerima zakat bagi posisi kelima yang dimulai dengan asnaf fakir, miskin, amil, mualaf dan riqab.

Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, di bawah asnaf ar-Riqab ini dengan mengambil kira tiada lagi  hamba pada zaman moden ini, maka untuk memberikan anak-anak pelajaran dan pengetahuan, ia tergolong dalam konteks membebaskan hamba dari sebarang kejahilan.

“Majlis Fatwa Negeri Sembilan membenarkan asnaf ar-Riqab ini digunakan untuk membebaskan anak-anak kita daripada buta huruf, kejahilan dan melahirkan seorang insane yang berjaya dalam pelajaran sekaligus membantu umat pada masa hadapan.” Tegasnya di sini.

Justeru itu kata Mohamad, definasi ar-Riqab perlu dilihat dalam aspek memberikan manfaat kepada seluruh umat dan dalam hal pendidikan ini sebahagian fuqaha tidak sekadar menyempitkan definasi ar-Riqab sebagai hamba semata-mata, tetapi lebih meluas meliputi pelbagai aspek lain perhambaan.

Maka di atas tafsiran itu, ketika ini terdapat 70 pelajar cemerlang yang datang dari sekolah agama seluruh negeri ini ditaja oleh MAINS untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Sebahagian wang tajaan itu diperolehi melalui zakat di bawah asnaf ar-Riqab.

Berdasarkan pengamatan juga adda begara-negara di dunia yang telah mengalihkan peruntukan ar-Riqab ini kepada asnaf yang lain, misalnya di Arab Saudi.

Bahkan pada Simposium Kedua Perbaddanan Rasmi Zakat Sedunia pada 1989, telah mengeluarkan fatwa bahawa agihan zakat bagi asnaf ar-Riqab ini boleh diagihkan kepada asnaf yang lain.

Oleh yang demikian, Mohamad optimis, segala usaha yang dilakukan ini kini menampakkan hasil dan pihaknya juga akan mengadakan rundingan dengan Kementerian Kesihatan supaya doctor muda ini diberi latihan bekerja sebelum mereka dapat  berkhidmat di klinik wakaf dan pusat hemodialisis MAINS.

Buat masa ini, kita banyak bergantung kepada pengurusan dan doktor dari Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) dan tahun lalu sahaja, MAINS perlu membayar RM1.6 juta.

“Bila kita ada doktor sendiri, mereka akan ditempatkan di klinik wakaf ini. Mungkin satu klinik akan ada tiga doktor kerana kita akan membukanya 24 jam. Setiap daerah akan mempunyai klinik wakaf dan pusat hemodialisis sendiri.” Ujarnya.

Mohamad juga memberitahu, doktor muda ini akan berkhidmat dengan klinik ini dan selebihnya diserapkan ke hospital kerajaan lainnya.

“Saya akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan kalau boleh biarlah pelajar perubatam tajaan MAINS ini kembali berkhidmat dalam negeri ini.” Ujarnya.

Mohamad juga menjelaskan, setiap tahun seramai 10 pelajar cemerlang dari sekolah agama dalam negeri ini akan dihantar melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir.

“Jika kita fikirkan kos seorang pelajar adalah RM450,000. Tetapi, pelajar yang ditaja oleh MAINS hanya membuat pinjaman kurang dari RM100,000.

“Selebihnya adalah wang zakat di bawah asnaf ar-Riqab tadi. Maknanya, 2/3 adalah wang zakat dan 1/3 dalam bentuk pinjaman.” Jelasnya.

Menurut beliau, pelaburan dibuat di dalam pendidikan membawa keuntungan sepanjang hayat dan bagi pelajar kedoktoran yang akan kembali ke tanahair hujung tahun ini, ia akan membawa sinar baru kepada umat Islam dan masyarakat apabila mereka berkhidmat di hospital, klinik wakaf dan pusat hemodialisis.

Sekurang-kurangnya akan ada nanti Ibnu Sina – doktor Islam yang terulung, lahir dalam kalangan pelajar perubatan tajaan MAINS dan bersedia memberi bakti kepada seluruh masyarakat dengan pendekaran al-Quran dan sunah.

Oleh : Ainol Amriz Ismail 
Sumber : Utusan Malaysia


Monday, 30 July 2012

Najib: Isu air Selangor serius

Datuk Seri Najib Tun Razak
SHAH ALAM – Selangor kini mengalami masalah air yang genting disebabkan kadar rizab air di negeri ini kini hanya tinggal 2.4 peratus berbanding kadar yang sepatutnya serta dikhuatiri berpanjangan sekiranya Kerajaan Negeri masih enggan melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keadaan itu menyebabkan pelabur luar tidak dapat menjalankan aktiviti perindustrian di negeri ini.

“Masalah air adalah masalah yang perlu dipandang serius. Ianya akan menjejaskan semua semua urusan seperti usahawan mikro, kecil dan sederhana, apatah lagi urusan syarikat-syarikat besar yang akan meninggalkan impak yang lebih besar.

“Apabila kerajaan negeri tidak menyimpan air dalam kadar yang ditetapkan, ia akan membantutkan urusan dan pembangunan kilang-kilang. Untuk mengelak perkara itu, mereka sepatutnya meneruskan Projek Langat 2 bagi mengatasi masalah air ini,” katanya ketika merasmikan Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana – Jom Niaga dan Skim Pengkomersialan Inovatif Patuh Syariah di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Najib berkata, isu bekalan air di negeri ini sangat serius hingga menyebabkan 129 kilang dengan nilai pelaburan RM3.8 bilion, dan mampu menjana 12,000 peluang pekerjaan serta sejumlah projek perumahan, tidak dapat dilaksanakan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Kerajaan Negeri perlu menerima hakikat bahawa negeri ini sedang menghadapi isu krisis air.

“Soal sekarang ini ialah Loji Rawatan Air Langat 2 perlu dibuat dulu, Apa guna penstrukturan semula dilakukan jika sudah tiada air?.

“Masalah sekarang ini air. Air yang kita beli dari Pahang akan disalurkan ke Selangor dan akan memasuki Loji Rawatan Air Langat 2. Jika loji yang sepatutnya dibina pada 2010 itu masih belum siap, bagaimana hendak mendapat bekalan air,” katanya.

Friday, 27 July 2012

Pemberian Bonus Resahkan Pembangkang

Belum pun habis pembangkang mempolitikkan segala bantuan yang diberikan kerajaan sebagai haram, rasuah dan sebagainya, kini kerajaan mengumumkan pula pemberian bonus khas Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minima RM500 kepada penjawat awam.

Tentunya, semakin meroyanlah pembangkang menghentam tindakan ini walaupun di masa yang sama penyokong-penyokong mereka tidak mungkin ketinggalan untuk melahap wang bonus tersebut hingga tak sedar diri.

Begitulah yang terjadi dengan durian runtuh Felda, BR1M, TR1M, KR1M dan lain-lain pemberian kerajaan.   Sudahnya, Tuan Guru, Tok Guru dan Ustaz-ustaz mereka terpaksa menelan kembali fatwa ‘haram mengambil pemberian kerajaan’ dan berhujah bahawa itu semua adalah ‘duit rakyat’

Daripada duit haram jadi duit rakyat pula. Tidak tahulah sama ada bonus khas ini akan mengalami nasib yang sama dengan bantuan lain iaitu dari ‘duit haram’ menjadi ‘duit rakyat’ apabila penyokong pembangkang tidak tahan teringin untuk merasainya. 

Diharap Tok-tok Guru PAS lebih konsisten dalam mengeluarkan fatwa supaya tidak ada penyokong-penyokong mereka yang beraya dengan duit haram.

Tetapi, jika dihujahkan sebagai duit rakyat melalui cukai pendapatan juga belum tentu penyokong-penyokong PAS berhak menerimanya kerana berapa keratlah saja penyokong-penyokong PAS yang membayar cukai?  

Apalah sangat sumbangan PAS kepada penjanaan ekonomi negara selain dari menjadi pekerja dan pengguna? Dan jangan lupa, bahawa peluang pekerjaan dan kedai untuk membeli barangan juga mungkin tidak ada jika bukan kerana BN yang memerintah.

Lihat saja di Kelantan yang diterajui PAS di mana rakyat terpaksa merantau ke negeri BN untuk mencari rezeki dan membeli belah.

Hakikatnya, sama ada ia duit kerajaan atau duit rakyat, duit itu tidak akan wujud dan tidak akan mampu diagihkan kepada rakyat jika kerajaan BN tidak bijak mengurus-tadbir negara. 

Oleh itu, berhujah bahawa penyokong PAS berhak ke atas pemberian kerajaan atas alasan ia adalah ‘duit rakyat’ masih boleh dipertikaikanJelas kelihatan di sini bahawa pembangkang sebenarnya tidak berdaya ‘melawan’ isu pemberian dari kerajaan. 

Mereka cuba menggambarkan yang kerajaan terlalu mewah berbelanja, tidak bijak mengurus kewangan, negara bakal muflis dan sebagainya tetapi bagaimana mereka menjelaskan kemerosotan ekonomi negara jika kerajaan masih mampu memberi berbagai bantuan dan kemudahan kepada rakyat.

Pembangkang berkata lagi bahawa segala kemudahan dan bantuan itulah yang bakal menyebabkan negara muflis.

Namun, realiti yang dapat dilihat dan dinikmati sendiri oleh rakyat ialah negara kekal stabil, makmur dan maju di bawah pengurusan kewangan yang bijaksanaHakikatnya, kerajaan cukup maklum dan bersedia bahawa harga barangan semakin meningkat sekali gus kos sara hidup, terutamanya di bandar-bandar.  

Memandangkan kerajaan tidak mempunyai kuasa kawalan langsung dalam menentukan harga pasaran dunia maka kerajaan telah memikirkan cara lain untuk membantu rakyat dalam menghadapi cabaran ini, iaitu dengan memberi lebih banyak bantuan dalam berbagai cara.

Bantuan-bantuan kecil tetapi langsung dan kerap ini tidak mungkin memufliskan negara kerana tidak melibatkan bajet mega ataupun pihak lainIa juga adalah lebih praktikal dan logik berbanding janji-janji pembangkang untuk membantu rakyat dengan menurunkan harga minyak, menghapuskan tol atau memberikan pendidikan percuma untuk semua sehingga ke peringkat tetiari, yang mana pasti akan membangkrapkan negara hanya dalam masa 2-3 tahun mengikut kajian pakar.

Lebih buruk lagi, pembangkang hanya mampu berjanji dan belum tentu segala yang mustahil dan tidak masuk akal ini akan ditepati mereka. 

Sedangkan kerajaan bukan sahaja menunaikan janji tetapi memberikan lebih lagi dari yang dijanjikan, sebagai contoh, Bonus Khas Aidilfitri ini sendiri

Memandangkan tidak mungkin ada seorang pun penyokong pembangkang yang akan menolak bonus ini, maka kita sarankan agar pemimpin pembangkang mengambil sikap berdiam diri saja. 

Tidak perlulah mereka keluarkan fatwa atau hujah-hujah merapu terhadap bonus aidilfitri semata-mata kerana politik.

Rezeki jangan dicemuh, nikmat jangan dinafi, kerana ia pasti akan memakan diri sendiri. Apa yang pasti, tangan yang memberi tetap lebih baik dari tangan yang menerima maka terimalah hakikat bahawa BN tetap lebih baik dari PR dalam apa jua keadaan.

Wednesday, 25 July 2012

Lim Kit Siang bertambah Rasis


Lim kit siang is a very sick person dan takut pada bayang dia sendiri sebenarnya , Pulak tu Lim kit siang ni dari mulutnya, jelas anti kepada orang Melayu dan Agama Islam . 
 
Orang Melayu dan Warga Negara Malaysia yang sayang pada keamanan, kemajuan berterusan dan kesejahteraan dalam kehidupan mesti tolak ajaran Lim Kit Siang. Bukan Lim Kit Siang sahaja Lim Guan Eng pun sama je.
 
 Tanah Kerajaan yang sepatutnya dibuat rumah kos rendah dia pergi buat Hospital Swasta. Duit punya pasal dia pergi tipu rakayat! Guan Eng nak tipu apa lagi Kementerian Kesihatan dah luluskan hospital swasta tu.

DAP sudah menghancurkan banyak tanah Melayu di Penang , Dengan Pembangunan mereka secara lansung akan mengusir orang Melayu ke tepi , Ini format LKY di Singapura Tanah Cina akan di biarkan Tanah Melayu akan disingkir konon untuk pembangunan , Lama kelamaan Melayu Penang akan merempat.

Perhatikan dalam Pilihan Raya , Calon DAP yang bukan orang Melayu akan berhujah dalam bahasa melayu supaya melayu cair. Walau dorang cakap pelat demi mengambil hati melayu yang mudah ditipu ni mereka sangguplah. Lebih pandai mereka bercakap bahasa Melayu lebih senang nak tipu melayu. Kalau DAP berkuasa nanti jadi macam kat Singapura Melayu sendiri merempat di Tanah Sendiri.

PAS Buang Ulama, UMNO Ambil Ulama

Tidak berapa lama dulu, PAS pernah dikenali sebagai parti alim ulama berikutan ramainya para ulama pondok dan ilmuan agama lulusan dari Timur Tengah yang lebih selesa berjuang dari dalam PAS berbanding bersama dengan UMNO. 

Bagaimanapun beberapa tahun kebelakangan ini, trend sedemikian seperti sudah berubah arah apabila para ulama dan tok guru pondok kini kelihatan semakin menjauhi PAS dimasa yang sama dilihat semakin mesra pula dengan UMNO.

 Sikap PAS yang semakin angkuh dan bongkak dalam mengejar kuasa termasuk sanggup menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan rakan sepakatan dari pembangkang turut menyumbang ke arah perubahan trend tersebut.

 Di Kelantan umpamanya, sebahagian besar tok guru pondok sudah tidak lagi sanggup bersekongkol dengan PAS yang dilihat melebih-lebihkan dunia hingga lupa matlamat sebenar untuk mendaulatkan Islam dan hukum hakamnya. 

 Jika dulu pandangan dan nasihat tok guru pondok sering menjadi rujukan pemimpin PAS dalam sesatu isu, kini peranan tok guru pondok tidak lebih sekadar sebagai tukang baca doa dan adakalanya menjadi tok imam untuk program politik yang berselindung disebalik majlis 'solat hajat perdana'. 

Tambahan pula semenjak sebahagian besar pimpinannya dikuasai oleh puak liberal yang dikenali sebagai Anwarinas ataupun Erdogan, rentak hala tuju PAS juga kian liberal manakala suara-suara golongan ulama parti pula semakin tenggelam.
 
Pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t misalnya, sengaja dibakul sampahkan sahaja hanya semata-mata hati dan perasaan pemimpin DAP dan pengundi kristian pro DAP dilihat lebih utama untuk kepentingan mengejar kuasa duniawi. 

 Malah, apabila ramai pimpinan utamanya yang berlatar belakangkan agama sengaja dipinggirkan dalam perebutan jawatan parti, ia mengesahkan lagi yang PAS kini sudah melalui zaman perubahan total yang meletakkan para ulama dalam PAS kini hanyalah umpama kain buruk sahaja. 

 PAS lebih selesa dengan rentak baru haluannya yang lebih bebas tanpa kawalan dan teguran dari ulama dalam parti, meletakkannya kini seakan sama seperti PKR dan DAP walaupun tarafnya masih bersifat balaci. 

Tika PAS berubah sikap secara drastik membuang satu demi satu pemimpin berlatarbelakang agama dan mula meminggirkan suara ulama-ulamanya, UMNO pula mengorak langkah memperkukuhkan suara alim ulama supaya lebih memainkan peranan dalam parti dan kerajaan. 

Bagi PAS, para ulama dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan sebaliknya kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dulu meliuk-liuk tubuhnya bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga untuk memancing undi muda mudi.