Labels

Monday, 18 March 2013

Polis tahan lelaki cetuskan kekecohan semasa ceramah Zulkifli Noordin



Polis menahan seorang lelaki yang dipercyai mencetuskan kekecohan pada majlis ceramah oleh anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar  Perahu, Penanti dekat sini, malam tadi.

Lelaki berusia 50-an yang hadir bersama sekumpulan lebih 60 orang termasuk beberapa wanita dipercayai penyokong parti pembangkang itu mengganggu majlis ceramah yang disampaikan Zulkifli dan Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Muhammad Zahid Md Arip, di luar perkarangan sekolah berkenaan sejak 9 malam.

Keadaan mula kecoh apabila kumpulan terbabit bertindak agresif dengan merempuh masuk ke dewan tempat ceramah dan membaling telur kepada orang ramai yang menghadiri majlis itu selain melemparkan kata-kata provokasi.

Bagaimanapun pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan yang berada di situ berjaya mengawal keadaan dan kira-kira 500 orang serta dua penceramah yang menghadiri majlis berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan berkata individu itu bagaimanapun dibebaskan setelah polis mengambil keterangan daripadanya.

Sementara itu, Zulkifli dalam ceramah itu berkata, beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan penyokong pembangkang kerana apa yang dilakukannya adalah untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak tertentu.

Ceramah bertajuk 'Di Sebalik Lahad Datu dan Kalimah ALLAH' itu diteruskan bawah kawalan polis.- Bernama

ADUN Pembangkang di NS muka tak malu bagaikan lembu punya susu sapi dapat nama !!

Harakah akhbar tak malu dan ADUN pembangkang muka tak tahu melau mengakui projekkerajaa sebagai usaha mereka.
PAS dan Keadilan Negeri Sembilan jangan lah bangga sangat dengan kemenangan 15 kerusi pada PRU 12 yang lalu kerana  10 dari kerusi itu dimenangi oleh DAPig dan PAS hanya memenangi hanya 1 kerusi dan empat kerusi dimenangi oleh PKR.

Hari ini akhbar  Harakah dengan muka tidak malunya menyiarkan satu rencana kononnya Pembangunan di Dun Pakatan Rakyat lebih baik seolah olah ADUN pembangkang yang mengusahakan pembangunan berkenaan.

Apakah mereka tidak merasa malu mengakui projek Barisan Nasional adalah atas usaha mereka ? ADUN Sikamat, Aminuddin Harun (KeADILan ) sungguh berbangga dengan projek Dewan Orang Ramai  Taman Perwira yang hampir siap dibina oleh kerajaan Negeri Sembilan yang mana ia adalah projek janji ditepati oleh kerajaan Negeri Sembilan kepada rakyat  di Sikamat.

 Kerajaan pernah berjanji untuk membangunakan sebuah dewan orang ramai untuk kemudahan mereka. Selaku kerajaan yang perihatin dan menepati janji , hari ini  bangunan itu hampir siap dibina.

Dewan ini telah diluluskan pembinaan sewaktu Perdana Menteri melawat Sikamat baru baru ini  setelah permohonan dibuat oleh kerajaan Negeri Sembilan.

Aminuddin dengan muka tidak malunya berkata kononnya dialah  yang memohon projek berkenaan pada tahun 2008 dan hari ini  kerajaan BN terpaksa telah melaksanakan desakan beliau untuk membina sebuah Dewan untuk rakyat.

Aminuddin  sebenarnya  tidak ada melakukan apa apa pun untuk membangunnkan Sikamat tetqapi hanya menyaksikan pembangunan begitu pesat dilakukan oleh kerajaaan Negeri. Beliau mengambil kesempatan ini mencanang kononya sejak dia menjadi ADUNdi  DUN Sikamat banyak pembangunan berskala besar telah dilaksanakan di DUN berkenaan.

Di Paroi pula , ADUN PAS sdr Taufek berkata, projek berskala besar seperti jenjatas di hadapan sekolah kebangsaan Paroi, klinik kesihatan Senawang, Masjid Al- Taqwa Kampung Paroi, Sekolah Kebangsaan Lavender Height disapakan dalam tempuh beliau menjadi ADUN Paroi.

Dengan muka tidak malu harakah menulis kononnya  Taufik lah yang mendesak semua pembangunan ini didewan rakyat. Dia juga berkata bahawa dia mendesak agar sebuah  persimpangan bertingkat dibina di simpang  empat berlampu isyarat di -jalan Kuala Pilah - Senawang  Lebuhraya Lekas kerana kesesakan lalu lintas disana.

Betulah cakap cakap  rakyat yang sudah meluat dengan ADUN ADUN pembangkang ini bahawa mereka ini hanya pandai cakap saja.

 Apa saja yang dibangunkan oleh kerajaan mereka akan mengambil kesempatan dalam ceramah untuk mengakui bahawa pembangunan itu adalah usaha mereka sedangkan kerja mereka hanyalah berceramah sepanjang  penggal. Dalam ceramah mereka , mereka kutuk kerajaan tidak baik tidak adil tapi apabila kerajaan buat pembangunan untuk rakyat mereka mengakui itu adalah usaha mereka.

Rakyat bukan lah bodoh dan mereka sebenarnya tahu siapakah yang melakasana kan pembangunan dan siapakah yang menepati janji. Jangan lah berangan angan untuk berkuasa di Negeri Sembilan kerana silap silap PKR dan PAS akan hilang kerusi mereka pada PRU13 ini kerana janji janji manis mereka langsung tidak ditunaikan.

Friday, 15 March 2013

Siasat Segera Pendedahan WikiLeaks


Pendedahan WikiLeaks berhubung pembabitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap apa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah seperti yang didedahkan pihak media perlu diberi perhatian serius kerana membabitkan keselamatan negara.
Exco Pergerakan Wanita UMNO, Senator Norliza Abdul Rahim mengesa pihak berkuasa menjalankan penyiasatan segera terhadap pendedahan itu dan perlu mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terbabit dan tidak boleh dipandang remeh.
“Sudah pasti mereka tidak akan mengaku terhadap apa yang didedahkan itu, namun kita perlu menjalankan siasatan, perkara ini bukan dilakukan oleh media tempatan, ia dilaporkan media luar yang tidak ada kena mengena dengan kita di sini.
“Perkara ini membabitkan keselamatan negara, pihak berkuasa perlu bertindak tegas dan buat siasatan terperinci, jangan biar perkara itu mengugat kestabilan dan kesejahteraan rakyat terutama dalam suasana untuk menghadapi pilihan raya,” katanya kepada UMNO-online ketika diminta mengulas laporan media berhubung pendedahan WikiLeaks yang membabitkan Anwar.
Baru-baru ini, portal WikiLeaks memdedahkan ketua pembangkang dari Malaysia mengadakan pertemuan dengan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang menuntut pembebasan Sabah dari Malaysia dan pertemuan itu telah menimbulkan pelbagai persoalan sama ada pertemuan terbabit mempunyai hubung kait dengan apa yang berlaku di Lahad Datu.
Norliza berkata apa yang berlaku itu telah menimbulkan banyak persoalan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan rakyat dengan lapaoran daripada pihak media tempatan dan luar negara.
Beliau juga berharap tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan peribadi atau politik mana-mana pihak. 

Tuesday, 12 March 2013

Blogger 'mengamuk' depan pejabat PKR... marah wartawan cabar Azlan,bapa Saiful sumpah laknat


sh3xx 
[ Layari you tube kejadian ini di alamat berikut : http://www.youtube.com/watch?v=3vqmF-4_ZzA&feature=player_embedded ]   Ewah...ewah..mak datuk kau...ingatkan penghulu pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim saja suka angin satu badan kalau wartawan tanya soalan panas yang rumitkannya...rupanya penyakit ini dah berjangkit sampai ke blogger pembangkang.
Hello...soalnya apa hak kau nak mengamuk macam orang hilang akal hanya kerana wartawan nak tanya soalan.
Perangai kartun ini berlaku di tingkat bawah ibupejabat PKR di Tropicana dekat Petaling Jaya tengahari Isnin.
Ia berlaku selepas sidang akhbar Azlan Mohd Lazim,bapa Saiful Bukhari Azlan untuk umum dia nak  jadi ahli PKR.
Blogger pembangkang Tulang Besi  itu telah sergah wartawan Agendadaily  (Noor Hasilah) gara-gara geram bertanya kepada Azlan berani tidak bersumpah laknat untuk buktikan dia benar.
saiful-bapaxx
Jawab soalan berkenaan,Azlan kata dia tidak mahu sumpah kerana anggap ia tidak bawa apa-apa makna.
Hairan apa salahnya tanya soalan berkenaan.Ini kerana itu antara jawapan yang semua orang nak tahu dari Azlan.
Ia adalah natural question yang patut ditanya oleh mana-mana wartawan mengenangkan Saiful sendiri dulu sudah sumpah laknat di dalam masjid Wilayah Persekutuan kerana dakwa benar Anwar liwat dia

Ketika itu Azlan duduk disebelahnya.

Apa ke halnya si Tulang Besi Urat Dawai ini nak melatah macam orang sawan mabuk todi.

sh2xx

Soalan lojik pun tak boleh tanya ke?

Selain angin pada wartawan Agendadaily dia juga mencerca Utusan,TV3 dan Berita Harian.

Amukannya itu hanya terhenti bila disabarkan oleh seorang yang berada dekat situ.

Kebebasan media jenis apa yang kau orang belajar ..ekkks.
Ini macam mau perintah kerajaan....dan lawaknya dok janji bukan main konon nak jamin baiiikkk punyyya kepada media gerenti bebas sebebasnya.

Saturday, 9 March 2013

Kenyataan akhbar Azlan, bapa kepada Saiful



BERIKUT kenyataan akhbar Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful pada sidang media yang diadakan di Ampang, dekat Kuala Lumpur hari ini.

Assalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk pegawai khas (kepada pemimpin kanan negara, nama dikeluarkan di peringkat ini. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.

Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.

Malah anak saya langsung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.

Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama dengan (pegawai khas kepada pemimpin kanan negara). Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.

Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini.

Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan.

Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan bagitu rapi oleh (pegawai khas kepada pemimpin kanan). Ia dilakukan dengan bagitu terancang sekali.

Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini.

Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merestui perjuangan ini.

Marilah kita juga dokan agar ALLAH menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Sekian. Wasalam.

Yang benar,

AZLAN MOHD LAZIM



Soal jawab ketika sidang media:


Soalan: sebelum ini, Encik Azlan turut sama mendedahkan isu ini, namun sekarang telah membuat pendedahan yang lain. Jadi bagaimana Encik Azlan mengetahui Anwar tak terlibat dengan isu ini?

Azlan: Setelah sekian lama dalam masa empat tahun kes ini berjalan, saya mengikuti juga perbincangan dengan peguam yang telah saya lantik, Encik Zamri Idrus. Jadi dari situ, saya sebagai bapa kita tahu ada benda yang tidak kena dengan kes ini, ada dalang di sebalik kes ini, saya percaya, dan saya percaya kepada anak saya beliau adalah anak yang saya didik dan beliau adalah anak yang baik. Ini boleh saya katakan kepada semua orang.


Soalan: Bagaimana pula dengan dakwaan yang telah dibuat?

Azlan: Saya tak nak campur urusan itu, kes itu di peringkat mahkamah rayuan, bermakna apa yang telah diputuskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun telah dibebaskan. Sekarang pihak pendakwaan telah membuat rayuan dan akan didengar pada bulan Jun ini. Jadi kes mahkamah saya tak mahu sentuh.


Soalan: Adakah anak Encik (Azlan) tahu mengenai pendedahan ini?

Azlan: Yang itu pun, saya tak boleh komen dengan media sama ada dia tahu atau tidak.


Soalan: Sejauh mana (pegawai khas pemimpin kanan negara) mengambil langkah permulaan untuk mempelawa Saiful dalam isu ini?

Azlan: Saya tidak berjumpa dengan (pegawai khas pemimpin kanan negara), tetapi Saiful anak saya pernah bercerita kepada saya beliau pernah bertemu (pegawai khas pemimpin kanan negara), ada urusan ketika beliau menjadi timbalan presiden pertubuhan pelajar di universiti tempatan, dan saya tidak komen apa-apa bermakna jika awak kenal, kita tak ada masalah.


Soalan: Kenapa Saiful melibatkan Encik dalam isu fitnah ini?

Azlan: Setahu saya apa yang informasi yang telah beritahu saya, beliau mengenali pegawai khas pemimpin kanan negara setelah mereka berjumpa (di Putrajaya) dan telah berkawan dan dalam masa itu juga telah ditawarkan bekerja melalui sahabat baik beliau juga iaitu saudara Rahimi (Othman). Itu yang saya tahu, pernah beberapa kali saya berjumpa dengan Rahimi atas perkenalan sahabat baiknya.


Soalan: Jadi Encik tidak tahu mengapa Saiful membuat dakwaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Azlan: Itu saya tidak tahu, dalam lampiran saya, seperti saya katakan tadi saya hanya mengetahui di dalam akhbar pada hari minggu, dan saya tidak diberitahu langsung oleh Saiful berkenaan masalah yang beliau hadapai. Selepas kes ini berjalan saya juga tidak dihubungi oleh mana-mana pihak kerjaan, saya tidak pernah pun diambil keterangan, saya tidak pernah dipanggil sebagai saksi kepada kes anak saya.


Soalan: Adakah Encik Azlan tinggal bersama anak atau bagaimana?

Azlan: Saya 'on off'. Saya masih mempunyai hubungan yang baik dengan anak saya. saya tahu anak saya, saya didik dengan cara yang baik dengan arwah ibunya. Saya tak pernah campur adukkan soal keluarga dan kes ini. Kemudian saya duduk dengan dia pun kami tak pernah berbincang mengenai kes ini.


Soalan: Kenapa sekarang baru Encik Azlan bercakap mengenai perkara ini?

Azlan: Saya rasa tanggungjawab saya untuk memberitahu dan saya seorang bapa, yang tahu apa sebenarnya berlaku di belakang tabir dan masyarakat luar tidak tahu melalui perbincangan-perbincangan tertentu, dengan peguam saya dan malah dalam sidang media saya juga, yang saya telah buat, telah diskripkan dan mendapatkan kelulusan daripada pegawai khas pemimpin kanan negara dan diserahkan kepada saya.

Saya juga tidak berhubung secara langsung dengan mereka. Saya hanya bersama peguam saya, Zamri Idrus dan beliau yang akan serahkan semuanya kepada pegawai khas pemimpin kanan negara, dan apabila sidang media dibuat saya hanya baca sahaja berkenaan kes-kes yang sedang berjalan. Tahun lepas adalah sidang media terahkir saya.


Soalan: Adakah kes yang melibatkan anak Encik ini palsu?

Azlan: Saya lebih nak kata kes ini adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kali kedua.


Soalan: Kenapa ketika sidang media berjalan dan Encik Azlan telah diarahkan seperti yang didakwa tadi, Encik Azlan tetap meneruskan membaca kenyataan media tersebut?

Azlan: Sebagai bapa, saya tak ada pilihan, saya kena memberi sokongan moral kepada anak saya. Malah saya begitu banyak terima tekanan sesetengah pihak, jadi saya sebagai bapa saya kena berdiri sebelah anak saya sampai sekarang saya tak pernah marah beliau dan tak pernah mengungkit.


Soalan: Jadi sekarang Encik Azlan mengeluarkan kenyataan seperti akan memberi kesan kepada pihak Saiful dan sebagainya, jadi apakah yang lakukan?

Azlan: Itu terpulang kepada dialah, terpulang juga kepada peguam saya dan juga terpulang juga kepada pihak-pihak yang perlu menjawab isu yang didedahkan oleh saya.


Soalan: Bagaimana pula risiko yang akan dihadapi oleh Encik Azlan.

Azlan: Saya memang telah hadapi risiko sejak 2008, begitu juga ketika anak saya terlibat kes itu, saya mampu hadapi Insya-ALLAH.


Soalan: Adakah Encik Azlan akan berjumpa dengan Anwar untuk memohon maaf?

Azlan: Insya-ALLAH kalau ada rezeki saya akan dipertemukan.


Soalan: Adakah perkara ini melibatkan kepentingan politik?
Azlan: Tidak, saya tidak buat kerana politik. Tak ada kepentingan politik.