Labels

Wednesday, 26 December 2012

DAP dengan lagu kudanya "Ubah rocket style" -No Malaysian Malaysia No Melayu - YES KANTOI STYLE

dap-melayu1x 

Majlis perasmian Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di Pulau Pinang Sabtu bergema dengan tayangan klip video lagu Oppa Gangnam Style.

Senikata lagu popular Korea Selatan diubah jadi "Ubah Rocket Style". Lagu itu yang sindir pelbagai  perkara seperti masalah jenayah jalanan, kenaikan harga barang dan beberapa isu lain akan diguna untuk balon Barian Nasional masa kempen pilihan raya umum ke-13 nanti.

Inilah yang orang Penang kata 'sembang mau deras'.

Namun dicelah gegak gempita retorik segala macam ajak rakyat ubah BN ganti dengan pemerintahan Pakatan Pembangkang,DAP sendiri nyata tidak berubah seinci pun.

Kalau orang Melayu rasa mereka ada tempat dalam parti itu seperti yang cuba digembar gemburkan selama ini ...sendiri mau ingat bila lihat keputusan pemilihan  jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) sempena kongres itu.

CEC ialah badan tertinggi pengubal dasar parti itu seperti Majlis Tertinggi UMNO.

Keputusannya ialah semua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan CEC kalah teruk.

Bayangkan Zairil anak bekas veteran UMNO dan Menteri, Allahyarham Tan Sri Khir Johari yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sendiri kantoi.

Zairil cuma memperoleh 305 undi.

Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP yaklni CEC  bagi tempoh 2012-2015.

Seramai 63 calon bertanding untuk merebut 20 kedudukan dalam CEC kali ini.

Calon Melayu lain yang kalah ialah  Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).

Salah seorang dari mereka Ahmad Ton ialah anggota CEC musim lalu.

Zulkifli ketika ditemui berkata mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi.

"Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum... seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi. Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa," katanya.

Beliau berkata pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti.

"Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini (Sabtu) tak de seorang pun calon Melayu... Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti," katanya.

Sementara itu faktor dinasti nampaknya masih menguasai DAP bila  Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang serta anaknya, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung parti dan Ketua Menteri Pulau Pinang mengisi dua kedudukan teratas dalam pemilihan jawatan CEC.
Kit Siang memperoleh majoriti undi 1,607 dari perwakilan manakala Guan Eng menerima 1,576 undi.
Pengerusi DAP, Karpal Singh turut menerima undi ketiga tertinggi iaitu sebanyak 1,411 undi.

Pada pemilihan 2008, Karpal hanya menerima 471 undi, meletakkan di kedudukan kesembilan.

Turut menang ialah anak Karpal Singh ,Gobind Singh Deo,Ahli Parlimen DAP Puchong.

Juga menang ialah pasangan bersaudara yang menguasai DAP Perak yakni Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Berikut ialah senarai 20 orang yang menang jawatan CEC DAP :
1. Lim Kit Siang (1,607)
2. Lim Guan Eng (1,576)
3. Karpal Singh (1,411)
4. Chong Chieng Jen (1,211)
5. Loke Siew Fook (1,202)
6. Wu Him Ven (1,202)
7. Gobind Singh Deo (1,197)
8. Fong Kui Lun (1,137)
9. Nga Kor Ming (1,075)
10. Tan Kok Wai (1,199)
11. Tony Pua Kiam Wee (1,162)
12. Teng Chang Khim (1,152)
13. Chong Eng (1,006)
14. Boo Cheng Hau (958)
15. Chow Kon Yeow (986)
16. Liew Chin Tong (984)
17. M Kula (984)
18. Teresa Kok (925)
19. Teo Nie Ching (903)
20. Ngeh Koo Ham (824)
21. Melayunya mana (000)

Sumber : Agendadaily (Inilah DAP...ajak rakyat ' Ubah Rocket Style' tapi semua calon Melayu kantoi)

No comments:

Post a Comment