Setiap berlaku perkara buruk yang menimpa
pakatan pembangkang, tiada lain yang akan disalahkan melainkan UMNO dan
Barisan Nasional (BN). Terbaru apabila Kembara Oren Selamatkan Felda
yang menjelajah ke setiap negeri telah dihalang memasuki kawasan felda
di beberapa buah negeri.
Kejadian terbaru adalah di Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh Negeri
Sembilan yang menyaksikan berlaku sedikit kekecohan sehingga menyebabkan
beberapa orang peserta kembara Oren tercedera. Akibat daripada itu,
UMNO telah dipersalahkan kononnya telah mengupah golongan muda untuk
bertindak samseng.
Membidas dakwaan tersebut, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia,
Anuar Abd Manap berkata setiap halangan yang dilakukan oleh generasi ke
dua Felda untuk menghalang Kembara Oren daripada menceroboh kawasan
Felda sama sekali tidak ada kena mengena dengan UMNO.
Ujarnya, tindakan tersebut dilakukan adalah atas dasar tidak mahu
Kembara Oren terus memecahbelahkan kehidupan masyarakat Felda yang aman
damai.
“Buat apa diaorang nak masuk Felda untuk tabur fitnah. Tak payah
kacau kami. Kami sebenarnya sibuk dengan pelbagai program lain.. program
pembangunan sukan, ekonomi generasi muda, kerja-kerja sosial dan
sebagainya.
“Kami tak mahu layan dan tak benarkan pembangkang ni nak buat kecoh
dalam kawasan Felda. Tak payahlah nak tuduh UMNO dalang di sebalik apa
yang berlaku. Kami bertindak sebab nak pertahankan kawasan kami dari
anasir jahat pembangkang. Memang kami bawa bendera UMNO dan BN sebab
UMNO yang bela nasib kami dari dulu. Bukan Pas, PKR atau DAP.
“Kalau betul mereka berniat baik dan bergerak atas tiket NGO,
tinggalkan bendera Pas. Kenapa mereka boleh bawa bendera parti dan kami
tak boleh. Mereka masuk kawasan kami nak buat kacau, nak tabur fitnah,
kami tak terima ini semua,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Anuar, generasi kedua Felda tidak akan menghalang sekiranya
mereka datang dengan niat baik dan membangkang perkara yang benar. Namun
apa yang mereka cuba lakukan dan sebarkan adalah fitnah dan propaganda
jahat semata-mata.
“Mereka tuduh Felda jual minyak pad Israel, tuduh Tan Sri Isa Samad nak bankrapkan Felda. Ini semua tak benar.
“Tan Sri Isa Samad sering mendengar pendapat kami. Lihatlah… kami
rakyat Felda hidup dengan baik malah terbela. Kalau betul mereka nak
tegur, tegurlah dengan betul. Bukan dengan cara macam ni. Masuk tempat
orang lepas tu nak buat kacau. Mestilah kami akan halang semua ni,”
tambah Anuar.
Jelas beliau lagi pembangkang perlu sedar diri bahawa mereka tidak
diterima oleh generasi kedua Felda, sebab itulah kedatangan mereka di
kebanyakan kawasan Felda dibantah sekeras-kerasnya.
“Bukan kami generasi kedua sahaja yang bantah kedatangan mereka ini
malah ibu bapa kami juga sama sekali tidak menerima kehadiran mereka
yang cuba buat onar.
“Pergilah buat kerja lain daripada cuba kacau hidup orang Felda.
Orang Felda setia di belakang Perdana Menteri. Usaha menabur fitnah
kepada kami sama sekali tidak diterima. Lihat sahaja apa yang terjadi…
Bila mereka dihalang oleh kami, UMNO pula yang dituduh sebagai pencetus
apa yang berlaku. Ini fitnah lagi.. Terang-terang fitnah,” selar Anuar. –
MediaUMNO
No comments:
Post a Comment