ADUN Temiang di arah keluar dari Dewan Persidangan ketika membahaskan usul Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri yang Ke-12, hari kedua selepas mula bersidang hari Jumaat lalu.
Ketika wakil rakyat-wakil rakyat diberi peluang membahaskan usul persidangan, telah berlaku pertikaman lidah antara Speaker Dewan dan ADUN Temiang yang telah menghambur kata-kata kesat ke atas Kerajaan BN dengan mengatakan BN jahat dan kotor serta membela kroni sahaja. Ternyata kenyataan ini ibarat rungutan kanak-kanak Tabika yang tidak dapat apa yang dikehendaki.
ADUN Temiang-DAP tersebut di minta keluar dari Persidangan kerana tidak mahu menarik balik fitnah yang dilemparkan oleh dirinya sendiri. Mengata dulang paku serpih.. mengata orang dia yang lebih.
Apa kebaikan DAP dan jasa kepada masyarakat tempat mereka menang?? Adakah mereka telah benar-benar membela masyarakat di tempat mereka?? Di mana mereka ketika masyarakat memerlukan bantuan mereka setelah kemenangan mereka dibantu oleh masyarakat ini di PRU12 lalu.
Mudah sahaja menuduh BN jahat dan kotor.. tetapi apa yang lebih kotor lagi ialah fitnah-fitnah yang dihambur oleh mereka sendiri.
Persoalannya, salah ker Kerajaan BN sedang mempertahankan maruah yang selama ini dicela oleh parti-parti pembangkang??
Adakah tidak terfikir di hati mereka soalan yang dihantar tersebut mengikut kriteria-kriteria yang sebenar-benarnya?? Persoalannya lagi, adakah benar ADUN-ADUN dari pembangkang ini telah menjalankan tanggungjawab dengan benar dan saksama dan hakikatnya adakah benar pembangkang sedaya upaya membela rakyat?? Setiap Persidangan di mana sempat kami ambil tahu, pembangkang tidak pernah berusaha untuk membantu rakyat, melainkan rakyat di minta bertemu dengan Kerajaan Barisan Nasional, sedangkan sebagai wakil rakyat yang menang, mereka sepatutnya membantu rakyat yang telah mengundi mereka.
Semua ni apa?? Bila pilihanraya ditipu rakyat agar mengundi mereka kerana mempunyai polisi yang lebih baik dari Kerajaan Barisan Nasional. Apa ni?? Sudah memperdayakan rakyat.. nak tipu rakyat lagi ker??
Pembangkang pandai mengaburi rakyat dan mereka fitnah mengatakan Kerajaan BN jahat dan kotor.. tetapi taktik merekalah yang lebih kotor lagi. Tidak percaya??? Pembangkang nih dalam dewan kalau berhujah, pijak buaya pun buaya tak takut.. tetapi bila di luar dewan.. mengfitnah memang makanan ruji mereka. ibarat bercakap air liur menyembur-nyembur.. jadi awan.. pastu hujan kat muka mereka sendiri.
ADUN Port Dickson-DAP sendiri mengaku dirinya sebagai ADUN longkang.. kerana tidak ada isu lagi nak dibawa.. segala-galanya sudah diurus Kerajaan Negeri yang di pimpin oleh BN dengan tidak mengambil kira sama ada kawasan tersebut dimenangi oleh pembangkang ataupun Kerajaan BN. Asalkan ianya melibatkan isu kemasyarakatan dan rakyat sendiri.
Yang diPertua Dewan bertindak wajar di dalam isu ini, kerana ADUN Temiang yang sangat biadap itu perlu diajar adab dan peradaban. Memang benar Dewan Undangan Negeri merupakan tempat untuk membicarakan isu dan penyelesaian rakyat.
Usahkan Yang diPertua Dewan marah, kami penyokong Barisan Nasional sendiri sudah tentu marah dengan bahasa dan tindakan yang amat melampau. Jangan kata kami ni parti yang jahat dan kotor apa lagi dikatakan mementingkan kroni??
Suluh muka tu kat cermin nak menudingkan jari kepada kami!!! Fitnah itu satu kesalahan.. dah lah salah.. tak betul pulak tu.. memang patutlah soalan-soalan yang dibentangkan itu ditolak. Untuk apa Kerajaan BN nak menjawab soalan yang sudah lama diselesaikan dan rakyat mengakui penyelesaian tersebut.
Adakah takat tunjuk longkang, tunjuk parit tersumbat atau menunjukkan satu surat yang tidak pasti kesahihannya.. itu pembangkang yang berkaliber membela rakyat.
Suluh muka kat cermin lah ADUN Temiang..
[Petikan perbahasan ADUN Temiang] "....tetapi kini org ramai telah berpendapat
bahawa Sidang Dewan merupakan sebuah alat pelindungan dan digunapakai oleh
kerajaan BN yang jahat dan kotor bagi melindungi kroni-kroni BN sahaja. Semua
pertanyaan-pertanyaan yang berkaitan dgn kroni-kroni BN ditolak, orang ramai berpendapat bahawa
sidang dewan hanyalah alat hiasan sahaja.....
Yg Dipertua dewan mencelah....."YB (ADUN Teming-DAP) diharap
tarik balik perkataan jahat dan kotor, kerana kita tidak menggunakan perkataan
begini di dalam dewan. Harap dapat tarik balik."
Nasihat krew.. jangan fikir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri tidak ada perasaan.
Tindakannya adalah wajar.. wajar kerana bahasa dan tuduhan melampau itu mencerminkan DAP sebenarnya yang melakukan perkara tersebut. Kita tak tau.. Tapi boleh lah kata mungkin dan keberangkalian tu berlaku..
ADUN Temiang guna helah mengelirukan rakyat.. sedangkan dia dah tau masyarakat di Temiang sendiri tolak dia di PRU13 nanti.. Itu pasal dia sudah mula melalak sana sini cari salah kerajaan.. Tak baik lah itu macam..
No comments:
Post a Comment