Labels

Wednesday, 2 May 2012

PANAS SILA BACA: NAK SELAMATKAN SAMSIDAR,AZMIN DEDAHKAN GAMBAR LUCAH SENDIRI.

                                    


Jangan lah terpedaya , gambar gambar lucah Azmin Ali yang tersebar luas hari ini. Memang dia pelakon dalam gambar berkenaan tetapi ianya hanyalah lakonan yang sengaja dilakonkan untuk disiarkan  bagi mematikan seolah olah cerita terhadap isterinya adalah fitnah seperti fitnah terhadap dirinya sekarang.Azmin bermain "reverse" saikologi.
Azmin kantoi apabila dengan tiba tiba saja dia berkata dalam akhbar sinar . "Saya amat kesal.tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya." JELAS DIA MAHU SELAMATKAN BINI NYA.

Inilah sebenarnya yang mahu Azmin cakapkan selama ini semenjak dia membisu. Hanya hari ini dia berani bercakap tentang isterinaya setelah kononya dia difitnah sedangkan dia yang buat gambar ini dan dia yang sebarkan gambar ini. Dia yang upah orang sebarkan gambar ini. Taktik ini  adalah untuk memburukkan  lagi orang yang menyebarkan  fitnah dan kononnya keluarganya difitnah. 

Dengan tersiarnya taktik bodoh ini, sah lah sememangnya inilah jawapan Azmin tentang isu Shamsidar dan boss nya Anwar. Aku terpaksa melakonkan satu fitnah lagi untuk menyelamatkan keaiban keluarga ku. Tidak dinafikan memang itu gambar Azmin dan ianya juga mahu dilihat sebagai Azmin agar blogger BN melatah dan menyebarkan fitnah ini. Tapi tak semua yang bodoh dan terpedaya dengan taktik Azmin. Azmin Kantoi .....
Jangan percaya gambar ini untuk memusnahkan kepercayaan rakyat terhadap cerita sebenar hubungan Shamsidar dengan Anwar,

Mereka tayang video BERSIH 2.0 kenapa tak tayangkan video ganas BERSIH 3.0 ???


TERDESAK itulah ungkapan yang boleh kita katakan kepada Pakatan Rakyat pada ceramah di Jiboi malam tadi. Selain menipu tahap gaban tentang apa yang berlaku pada himpunan BERSIH yang gagal,  mereka terpaksa juga menayangkan Video BERSIH 2.0 . Mereka tidak berani menayangkan Video 3.0 terutamanya gambar kereta polis yang mereka terbalikkan dan anggota polis  dan wartawan yang mahu mereka bunuh, Kenapa tak tayangkan video keganasan tersebut. Kami cabar mereka tayang video BERSIH 3.0 yang  memberi impax yang begitu buruk kepada mereka.

Ada juga yang berserban dan berjubah tetapi menabur fitnah seolah olah tidak takut tuhan. Apakah mereka ini ada bukti yang sahih. Ada saksi dan apakah saksi menuduh Najib membunuh tanpa bukti, Menuduh Najib  di tangkap bersama Ziana Zain . Tanpa bukti, apakah mereka ada bukti mengikut lunas lunas Islam , Kalau tidak samalah macam makan bangkai sahabat.

Anak Raja musang berjanggut bercakap tak pakai akal tapi pakai bontot


Jiboi 1 May : Entahlah , kelakar pun ia juga.macam tak masuk akal sebab ada seorang anak raja yang digelar "musang berjanggut" oleh orang UMNO yang berucap berapi api dipentas pakatan rakyat. Aku pun  macam tak percaya dia ini anak raja sebab perangai bukan macam anak raja. Mana ada anak raja mencarut maki hamun , panggil UMNO haram jadah, anak haram.

Aku kadang kadang tak faham juga  dan macam tak percaya , cetek betul taraf pemikiran anak raja ini. Dia bercakap tanpa membuat "home work". Ada ke lojik di zaman moden ini dia kata anak anak kita akan duduk kat bukit dan atas rakit.Mana ada bukit lagi wahai musang berjanggut. mana ada rakit lagi wahai musang berjanggut. Biarlah lojik sikit bila bercakap. 

Yang "best"nya anak raja ini lah yang mahukan 50 ribu hadir pada malam ini. Dia ingat hebat sangat Pakatan Rakyat ini. Anak raja inilah juga pada malam tadi menyeru agar Hishamuddin letak jawatan. " Hishamuddin letak jawatan "  jeritnya di depan beberapa ratus yang hadir pada malam tadi. Macam lah dia boleh bangkitkan gelombang rakyat.

Anak Raja ini panggil polis anjing, orang UMNO anjing, dan dia kata masa muda dia ada bela dua ekor anjing, "Oberman" dan "German Sheppard". Dia ini orang Melayu ke bela anjing,  padanlah dia tahu macam mana perangai anjing sebab hanya anjing aja yang kenal perangai anjing.Orang Islam ke dia ni , bela anjing??

Dalam ucapan anak raja ini dia selalu kata , "kami sudah buat itu, kami sudah bincang ini, kami akan pastikan pemimpin ini tidak rasuah, seolah olah dialah yang berkuasa dalam pakatan rakyat. Sedangkan baru setahun jagung dalam politik. Tak payah lah musang berjanggut, Musang berjanggut ini juga berangan angan nak menang 36 kerusi . 36-0 katanya, dia ni tak relevan langsung cakap pakai buntut bukan akal. Jangan lah malukan  institusi di raja wahai musang berjanggut, Kami tak langsung menghormati anak raja ini lagi.


Program Jelajah Jom Ubah SAMM gagal dan PR pula akan diubah

Walaupun PR mensasarkan  50 Ribu orang , angka yang tidak relevan akan hadir di penutup Program jelajah jom ubah , tidak sampai  seribu yang hadir pada malam tadi dan ini satu jangkaan yang amat mengecewakan, 

Chegu Bard mengumumkan bahawa Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah akan hadir pada penutup program yang di anjurkan oleh SAMM ini seperti yang dijangkakan Anwar Ibrahim tidak akan hadir program yang dianjurkan oleh  Chegu Bard. 


ADUN Paroi dan ADUN Ampangan tidak kelihatan dan  ramai yang mengetahui ADUN Paroi dan Chegu Bard sememangnya berlaga angin dan tidak boleh duduk dalam satu program. Program ini sebenarnya adalah satu program yang gagal. Walaupun sekeliling kampung Van mencanangkan perhimpunan  yang dikatakan besar besaran tetapi gagal mendapatkan tetamu dan kebanyakan tetamu yang hadir bukan lah dari Ampangan mahu pun Negeri Sembilan.

Hasrat Anak Raja untuk mencapai angka 50 ribu hanya satu angan angan Met Jenin yang tidak relevan. Jelas di sini rakyat sudah mula bosan dengan Pakatan Rakyat dan Insyaallah DUN Ampangan akan dapat ditawan kembali pada PRU 13 ini. - laporan semutapi52