Labels

Tuesday, 5 June 2012

Kempen Tak Nak Taufek dijalankan dari mulut ke mulut - Harap tolong sambung .......

PRU13 kian melamar , pengundi DUN Paroi kian resah menunggu ketibaan PRU13 kerana mahu melepaskan perasaan  marah dendam yang terbuku di dalam hati mereka kerana tersilap pilih dan termakan dengan janji janji dan hasutan dari pihak pembangkang.

Nyata hari ini DUN Paroi hanya memiliki seorang Wakil Rakyat yang sibuk berceramah menabur fitnah setiap malam untuk menutup kelemahan kerana gagal berkhidmat untuk rakyat di DUN Paroi. Ada juga yang merasa malu kerana mengetahui isu penipuan yang berlaku yang melibatkan sdr Taufek dengan rakyat yang mahu menunaikan umrah : lihat ini.

Pembangunan yang berlaku di  Paroi adalah usaha dan ikhsan dari kerajaan BN Negeri yang tidak mahu menanak tirikan pengundi  DUN Paroi, Kerajaan  Negeri tidak memilih bulu dan tetap meneruskan pembangunan yang pernah dirancang sebelum ini dan terus memberikan pembangunan di kawasan DUN Paroi.

Sewaktu program program penyerahan  bantuan rakyat 1 Malaysia (BRIM) baru baru ini , ramai yang telah menyatakan hasrat kecewa mereka terhadap Taufek dan ramai yang tidak sabar untuk memastikan BN akan kembali menguasai DUN Paroi. "Kami tersilap memilih pada PRU12 yang lalu kata mereka", Kini kempen Tak Nak Taufek sedang giat dijalankan  dari mulut ke mulut.

AMPANGAN BERUBAH WAJAH - Janji MB dilaksanakan.

Ampangan mula berubah  wajah dan bertambah ceria apabila kerajaan BN melunaskan janji Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan apabila kita sendiri yang  akan menjadi saksi apabila melalui kawasan-kawasan di Ampangan.

Pasar Ampangan adalah merupakan salah satu dari tempat yang telah berubah wajah dan ianya kelihatan begitu ceria dan bersih apabila kerja kerja mengecat bangunan itu  telah disempurnakan oleh kerajaan BN .

Pasti penduduk dan orang awam amat selesa dengan perubahan itu.. Bangunan turut dicat dengan warna yang kelihatan begitu sesuai dengan pasar berkenaan. Jalan pula diturap dan parking lot kereta juga teratur dan tersusun..

Terima Kasih kepada DSU Haji Mohamad Hasan kerana telah kotakan janji kepada rakyat..

Korang masih tak percaya?? boleh tengok gambar kat bawah ini :


Bangunan yang telah dicat dan jalan juga diturap 

Signboard 'PASAR AMPANGAN' yang baru dipasang 

Tempat parking kereta tersusun dan atap pelindung dibuat bagi
memudahkan pejalan kaki yang menyeberangi jalan

Tandas turut diselenggara bagi kemudahan orang awam

Monday, 4 June 2012

ANUAR TAK NAFI AZMIN KENA BPR DAN RASUAH


Anwar tidak menafikan bahawa Azmin tidak melalui proses BPR sekarang SPRM dan dia juga tidak nafikan Azmin tidak terlibat dalam rasuah, dalam ucapan beliau di Sikamat baru baru ini menempelak kembali ucapan  pemimpin PKR negeri yang menafikan bahawa Azmin tidak rasuah dan tidak melalui proses BPR (SPRM) Nampak sangat pemimpin  PKR Negeri Sembilan tidak buat home work.

Anwar kata, jika dia jadi PM setelah memerintah Malaysia selepas PRU13 ini mereka tidak akan mengungkit dan membangkitkan semua isu lama, kita hanya akan bercerita pasal pembangunan. Kita tak akan ungkit kes rogol di Melaka, kes Altantuya. kes di Port Dikson. kita bukan macam BN yang mengungkit isu lama. Anwar tidak berani menafikan tulisan tulisan bloggers tentang  rasuah Azmin.

KATANYA "Masa itu bila wartawan tanya najib bagaimana perasaan sebagai ketua pembangkang, katanya Najib akan jawab ha .,...nanti dulu saya balik tanya Rosmah. " Ini adalah penghinaan Anwar terhadap Najib, tapi Anwar mungkin lupa bila orang tanya dia pasal jam Omega dan kes amoi, dia jawab "Jangan bagi tahu Azizah..."


Saturday, 2 June 2012

Pesakit Mental - Perdana Menteri Pakatan Rakyat


Bila di sebut sahaja Anwar turun di Sikamat, soalan pertama yang  ditanya oleh beberapa kawan-kawan saya adalah, "ada lagi ke orang yang datang tenguk Anwar ?". Saya hanya mampu tersenyum kerana saya baru saja pulang dari menyaksikan Anwar berceramah di Sikamat.

Betul lah, tidak ramai yang hadir. Sambutan kepada Anwar tidak seperti dahulu. Cakap cakapnya yang banyak  membangga diri dan mengutuk Najib dan pemimpin UMNO yang lain akan sentiasa meniti bibirnya. Inilah Anwar Ibrahim , tak menipu , sakit perut.

Setakat Qardawi tak perlu lah kita hairan, Hari-hari telipon Anwar , macam lah Qardawi ini tidak ada kerja lain, Qardawi ini di ilhamkan seperti seorang ulamak yang taksub dan memuja Anwar, Ayat Quran pula tak payah cakap , macam goreng berteh keluar dari mulut Anwar seolah olah dia juga layak di panggil ulamak.

Anwar bodohkan orang yang dengar ceramahnya malam tadi dengan tipu dan muslihat dan terus berada di alam fantasi yang kononnya dia sedang duduk di kerusi Najib dan kataya Najib kini adalah Ketua Pembangkang. Sian sakit mental orang tua ini. Eloklah kita jangan bagi PR menang sebab bakal Perdana Menteri jika PR menang adalah pesakit mental.




Friday, 1 June 2012

Ku Ziz disogok RM50,000? Benarkah Guan Eng, Aspan, SPRM



Oleh Zaini Hassan: -

KELMARIN Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim buat hal lagi. DAP terus pening kepala. Kali ini beliau menekankan lagi soal dia cuba disogok.

‘‘Biadab sungguh dia (Lim Guan Eng) mengarahkan seorang ‘budak’ untuk menyampaikan mesej apatah lagi merasuah saya RM50,000 kononnya saguhati untuk terus kekal di bawah pimpinan DAP,’’ kata Tunku Aziz dengan nada cukup keras pada sidang akhbar di rumahnya.

Sogok? Sogok itu macam rasuahkan? DAP mahu rasuah? Benarkah? Jika tidak benar DAP kena buat report polis. Dakwaan itu cukup serius.

Jika itu fitnah, DAP kena saman Tunku Aziz. Jika saya menulis dakwaan ini, mungkin saya pun akan kena saman, kerana saya turut memfitnah.

Saya masih tidak percayalah DAP buat kerja macam itu. Nak sogok seorang Melayu untuk kekal dalam partinya? Apa hebatnya sangat Melayu dalam DAP? Atau orang Melayu sudah cukup penting bagi DAP di masa-masa dekat pilihan raya ini.

Benarkah Lim Guan Eng mengarahkan ‘budak’ hingusan itu menyogok Tunku Aziz? Marah betul kerabat diraja Kedah itu.

Tunku Aziz dikenali sebagai seorang yang berintegriti tinggi pun mahu disogok? Beliau ialah pengasas Transparency International-Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah Transparency International, sebuah pertubuhan antikorupsi sedunia. Budak yang dihantar untuk ‘menyogoknya’ pula ialah setiausaha politik Guan Eng, iaitu budak separuh Melayu. Namanya ialah Zairil anak bekas pemimpin UMNO, Allahyarham Khir Johari.

Sekali lagi saya tak percayalah Guan Eng yang kononnya mengaku bersih buat kerja macam itu. Entah-entah banyak lagi yang dia buat, tapi kita tak nampak?

Nak dekat-dekat pilihan raya ini banyak pula perkara yang tidak disangka-sangka terkeluar. Kan Allah itu Maha Kaya.

Oleh itu, Saudara Guan Eng atau bapanya Kit Siang, janganlah takbur sangat. Kita tahu kamu semua bukannya bersih sangat, tapi mengaku seperti Saidina Umar Abdul Aziz.

Kita juga tahu kepala-kepala dalam Pakatan tu bukan bersih sangat. Ada antaranya ialah pencetus politik wang dalam UMNO dulu. Yang menjadi pelopornya pun ada.

Tapi apabila berada dalam Pakatan dia pandai berlakon. Sebelum orang tuduh dia, lebih baik dia tuduh UMNO dulu. Itu namanya reverse psychology atau psikologi songsang. Semuanya mahu disongsangkan. Saya tidak salahkan dia juga, kerana UMNO gagal bermain dengan psikologi macam itu. Siapa yang pandai, dialah yang menang.

Tapi semua kita tahu, Pakatan bukan bersih pun. DAP pun bukan bersih pun. PKR toksah cakaplah. Kebanyakan mereka dulu dalam UMNO. Di Selangor pun kita dengar bukan bersih pun. Macam-macam hal, hanya UMNO yang tak tau bongkarkan.

Saya tak cakap UMNO itu bersih, tapi Pakatan pun sama. Namun saya masih tak percaya DAP mahu sogok Tunku Aziz dengan RM50,000.

Saya berharap DAP buat satu laporan polis ke atas Tunku Aziz dan SPRM pula jangan buat tak nampak saja. SPRM pun kena buat kerjalah. Tunku Aziz dah buat sidang akhbar secara terbuka semua orang dengar.

Dulu SPRM pernah berkata, khabar angin pun mereka akan siasat. Saya memohon SPRM siasatlah dakwaan Tunku Aziz itu benarkah Guan Eng melalui budak Zairil itu cuba menyogok Tunku Aziz sebanyak RM50,000.

Saya tidak pasti apakah sogokan RM50,000 itu untuk setiap sebulan, setahun atau sekali gus sahaja. Detail itu SPRM kena tanya dengan Tunku Azizlah.

Baru-baru ini, Dr. Chandra Muzaffar, bekas Timbalan Presiden PKR juga pernah berkata, wang RM50,000 yang cuba disogok kepada Tunku Aziz itu ialah politik wang.

Katanya: ‘‘Saya fikir perkara itu harus dibawa ke pengetahuan SPRM. Ia adalah satu cubaan untuk membeli seseorang supaya kekal dalam parti.’’ (Baca Rocky’s Bru, Khamis 17 Mei)

Namun, sehingga kini dan sehingga kenyataan terkini Tunku Aziz kelmarin, SPRM masih belum angkat punggung.

Apa sekali pun saya masih kurang percayalah. DAPkan sebuah parti Demokratik yang mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan meluahkan perasaan, kebebasan media dan kebebasan segala-galanya. Tapi saya hairan jika bebas mengapa mahu diboikot media tertentu, termasuk Utusan yang lantang bersuara mengkritiknya?

Jika bebas, mengapa pula, apabila Tunku Aziz mengkritik penganjuran demonstrasi Bersih, dia pula dihukum?

Yang saya tahu PAP dan Lee Kuan Yew sahaja yang berperangai begitu. Di bawah sana pembangkang kena kunci mulut. Kalau tidak, kena saman sehingga bankrap.
Bagi Aspan Alias, Dato’ Sabri aka Sakmongkol serta beberapa Melayu yang masuk DAP pula, tahniah kepada kalian.

Sepatutnya ramai lagi Melayu masuk DAP supaya dapat mengurangkan sedikit pegangan kaum Cina cauvinis dalam parti itu. Kalau boleh kurangkan sikit perangai ultra kiasu dalam parti itu.
Pada pilihan raya nanti, pastinya kalian semua menang ya. Pastikan kalian bertanding di kawasan yang majoriti penyokong DAP, gerenti akan menang.

Jika selepas menjadi Wakil Rakyat kelak, bertanding pula jawatan Setiausaha Agung menentang Guan Eng dan pastikan juga menang.

Jika Aspan atau Sabri atau orang kuat DAP Seremban, Lt. Kol (B) Rosli atau sesiapa sahaja calon Melayu yang menang sebagai Setiausaha Agung DAP dan dapat menyingkirkan rejim nepotisme empayar Lim itu, saya sendiri pun akan isi borang masuk DAP…
Memang betul, fikir-fikirkanlah…

Teh tarik di KLIA RM9.10!

BALIK dari luar negara baru-baru ini, sementara menunggu kenderaan saya singgah di sebuah gerai minuman di tingkat ketibaan, dekat pintu keluar ke teksi.

Kerana lama tak minum teh tarik saya pun pesanlah. Gelasnya pun taklah besar, besar sikitlah dari kedai mamak.

Gerai itu menjual bermacam-macam jenis makanan, termasuk laksa. Sebagai orang utara, saya pun pesan juga laksa. Makan dan minumlah dengan berseleranya.

Apabila nak bayar, saya terkejut, yang kenyang jadi lapar. Harga teh tarik RM9.10 sen. Harganya macam di hotel. Tapi suasana di situ bukan macam di hotel. Pemandangannya menyesakkan. Orang tolak troli beg ke sana, ke mari. Nasib baik ramai pramugari manis, sejuklah sikit hati.

Semasa dalam kenderaan mahu pulang, saya mencongak-congak dalam fikiran. Di kedai mamak di Shah Alam hanya RM1.50 segelas – sedikit kelat teh, susu dan air panas. Itu pun minta yang kurang manis. Berapa banyak untung gerai KLIA itu buat?

Apakah sewanya terlalu tinggi sehingga segelas teh tarik berharga hampir RM10. Atau Malaysia kini diambang inflasi yang terlalu tinggi, sehingga wang RM sudah susut nilai terlalu besar? Jika sewanya tinggi, takkan orang macam saya kena tanggung?

Saya terkenang makcik dan pakcik yang menghantar saudara-mara kampung untuk naik Umrah atau Haji dan singgah pula ke gerai itu untuk hilangkan dahaga.

Saya rasa perlu diwujudkan Gerai Makanan 1Malaysia di tingkat itu. Kalau tidak kasihan makcik-makcik itu.

Jika harganya RM5 pun boleh lagi terima, bukannya berganda-ganda hampir RM10! Tapi hairan, restoran makanan segera di situ, boleh pula jual harga biasa?

Saya masukkan resit belian itu ke dalam facebook saya, macam-macam komen yang saya terima.
Antaranya:
  • Betullah tu kalau saya pun charge macam tu, siapa yang ajar macam tu, document tender untuk sebuah kiosk KLIA baru-baru ini berharga RM1,000, kalau kalah tender wang tak dipulangkan, jadi kalau harga dokumen sampai macam itu, fikirkanlah…
  • Bro…harga international, kira ok ler bukan selalu…
  • Hahaha…gula+susu+teh+air panas=RM9.10…sewa tapak kat KLIA tu maybe cecah RM100k sebulan kot…
  • Minta Zaini buat artikel pasal ni?Memang betul, fikir-fikirkanlah…- UTUSAN MALAYSIA