Labels

Friday, 9 November 2012

Giliran Tun Mahathir 'FIRE' Nurul Izzah!!!


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan kebebasan agama di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu kerana terpengaruh dengan pemikiran barat.




"Kita Muslim. Kita tidak boleh menukar agama.

"Lain-lain, mereka lebih, apa yang anda panggil … kepercayaan mereka mungkin membenarkan mereka (untuk menukar agama). Kita tidak seharusnya terlalu dipengaruhi oleh pemikiran barat." katanya dalam sidang akbar selepas menerima Anugerah Penaung Pertubuhan Perancangan Malaysia sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, semalam.

Mengulas lanjut kata Dr. Mahathir, umat Islam di negara ini tidak boleh terbawa-bawa pemikiran barat, bebas melakukan apa sahaja, termasuk mengeluarkan filem menghina agama Islam dan berkahwin dengan sesama jenis.

"Saya tertarik apabila tiga pemimpin agama di Amerika Syarikat menyatakan taufan Sandy yang melanda pantai timur negara itu disebabkan balasan Tuhan terhadap kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Jelas mereka juga tidak setuju dengan amalan berkenaan dan kalau kita biarkan perkara ini berlaku, institusi keluarga akan hancur," tambah beliau.

Nurul Izzah dalam satu wacana berjudul : Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?," anjuran sebuah pergerakan Kristian di Subang Jaya 3 November lalu berkata orang Melayu tidak harus terkecuali daripada kebebasan agama dan hak itu bukan istimewa untuk bukan Melayu sahaja.

Dalam masa sama, Nurul Izzah juga turut mempertikaikan undang-undang berkaitan dengan halangan terhadap Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut di tempat peribadi.

Jika undang-undang itu dilaksanakan juga di tempat peribadi, katanya, ia dianggap sebagai tidak menghormati hak privasi seseorang individu.

Nurul Izzah melalui profil peribadi yang disiarkan di nurulizzah.com adalah pemilik ijazah sarjana muda di dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional, dan kemudiannya menyambung pengajian di peringkat sarjana di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington, D.C. di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa.

"Menerusi aktiviti antarabangsa yang beliau ceburi, beliau berkesempatan menghadiri konvensyen yang memperjuangkan hak-hak asasi manusia, termasuklah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Beliau juga, bersama teman-teman dari badan-badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan ALTSEAN BURMA sempat mengadakan rapat umum bersama pelajar-pelajar Malaysia dan luar Negara di universiti-universiti seluruh dunia untuk mengetengahkan isu ketempangan demokrasi di Malaysia.

"Beliau juga telah menyumbang dalam penulisan Global Health Watch 2 (2008), sebuah penerbitan laporan alternatif kesihatan sedunia, dan bergiat aktif dalam kumpulan Women Leaders Intercultural Forum (WLIF) kelolaan bekas Presiden Ireland, Mary Robinson dari tahun 2005-2007,"lapor nurulizzah.com.

Sumber : BN4WangsaMaju

Nurul Izzah perlu bertaubat dan bersyukur dengan apa yang dia ada.. Melaut kenapa??

Tuesday, 6 November 2012

Pilih agama: Azmin, Khalid Samad bela Izzah

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali hari ini membela kenyataan yang dibuat oleh Naib Pengerusi parti itu, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataanya bahawa "orang Melayu juga diberi kebebasan memilih agama, selain agama Islam.


Post Pic

 
Sebaliknya Ahli Parlimen Gombak itu menyalahkan media kerana memutar-belitkan kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
 
“Itu (akhbar) Utusan Malaysia..Nurul Izzah tidak menyatakan demikian. Beliau telahpun buat penjelasan yang cukup jelas bahawa sebagai seorang muslim, kita terikat dengan undang-undang syariah, itu jelas.
 
“Apa yang dinyatakan oleh Nurul Izzah ialah bagi orang yang bukan Islam..kerana di dalam Islam, kita tidak boleh memaksa orang bukan Islam untuk menerima Islam. Kita tak boleh paksa. Tetapi bagi seseorang Muslim, kita wajib terikat dengan undang-undang syariah,” tegas beliau.
 
Izzah kelmarin, ketika menjadi panel sebuah forum di Subang, anjuran pergerakan Kristian memberitahu, orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka, sekaligus membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam.
 
“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” kata anak perempuan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
 
Izzah kemudiannya cuba menjernihkan keadaan dengan mengatakan, kenyataannya itu dibuat berdasarkan Al- Quran, ayat 256, Surah Al-Baqarah yang menyatakan "tiada paksaan dalam Islam". 
 
Namun begitu kenyataannya itu tidak merujuk kepada keseluruhan pengertian ayat tersebut iaitu:
 
“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui,” Surah Al-Baqarah, ayat 256.
 
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kenyataan yang dibuat Izzah adalah satu dasar umum yang diterima, seperti yang ditekankan dalam Islam iaitu kita tidak boleh untuk memaksa seseorang untuk berpegang kepada sesuatu kepercayaan.
 
“Kenyataannya bahawa prinsip kebebasan beragama itu dan bahawa agama itu adalah satu perkara yang berasaskan kepada pilihan, itu adalah satu dasar umum yang diterima..dan itulah yang Islam ajar bahawa kita tak boleh paksa orang percaya.
 
“Mesej yang nak disampaikan oleh Izzah ialah orang Islam ini jangan anggap kita ini Islam kerana kita ini orang melayu..jangan anggap kita ini Islam baka. Agama mesti atas dasar keyakinan dan kepercayaan dan apa yang harus kita lakukan ialah menentukan orang Islam menjadi orang Islam atas pilihan, bukan atas dasar keturunan atau paksaan.
 
“Yang penting, orang nak jadi Islam mesti atas dasar kepercayaan. Orang Islam oleh kerana dia Melayu, Allah tak terima..orang Islam oleh kerana dia dipaksa Allah tak terima..Nak Islam atas dasar pilihan sendiri..bebas memilih untuk bersama dengan Islam,” katanya ketika ditemui wartawan di Parlimen hari ini.
 
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Nik Muhammad Zawawi Salleh sebelum ini menggesa pemimpin politik dan individu lain agar tidak mengulas mengenai hal-hal agama Islam sekiranya tidak ada “kepakaran” atau pengetahuan mendalam mengenainya.
 
Beliau menegaskan kenyataan yang salah mengenai Islam boleh menjejaskan akidah dan martabat agama yang dianuti majoriti besar masyarakat negara ini.

Sunday, 4 November 2012

Panas! Himpunan Haram Pakatan Rakyat!


PRU13N9 semalam terkandas di dalam hujan dari Tampin nak menuju ke Seremban Jaya. Nak tengok dengan mata, kepala hidung sendiri hebatnya Pakatan Rakyat di sini. Rupanya gah pada cerita saja. 


Mungkin itu lah namanya, kuasa Allah Taala.. PRU13N9 dah tak panggil ini tsunami lagi dah.. Mungkin taufan Sandy melanda Pakatan Rakyat.. Apa pun, di bawah setelah PRU13N9 berbual dan bersembang di kalangan rakan, dan hasil carian, kita dapatinya di sini. Sila bacalah..

MyMassa ada mendapat email dari viewers yang memaklumkan terdapat perhimpunan yang tidak sah, yang mana ramai pencacai-pencacai PAS ditipu untuk berkumpul meramaikan demonstrasi haram puak Pakar Kelentong Rakyat. MyMassa lihat dari gambar dan info yang dimaklumkan ramai yang datang dari luar, bukan rakyat Negeri Sembilan, sebab berduyun-duyun Bas persiaran yang datang entah dari mana. Melalui gambar yang dikirimkan viewers rata-rata yang pergi sume pencacai PAS yang totok-totok belaka, tak terlihat langsung kelibat rakyat Cina ka India ka. Ini bukannya perhimpunan Rakyat, ini sudah perhimpunan PAS pencacai Pakatan Rakyat. Cakap banyak pon tak guna mari kita lihat gambar yang dikirimkan oleh penduduk-penduduk setempat yang tak puas hati dengan kesesakan serta huru-hara yang dibuat oleh pencacai-pencacai PAS ni.

HIMPUNAN HARAM PENIPU RAKYAT


 Persediaan Himpunan Haram
 Banner dan bendera digantung sesuka hati tanpa kebenaran
Stage dan Sound System yang dipasang secara haram tanpa kebenaran

Ni gambar yang MyMassa terima dari JejariKami semalam, hari ni pulak tak cukup dengan pelanggaran undang-undang tuh. Puak Fuckatan Rakyat ni, telah berhimpun secara haram di parkir Stadium Paroi dan melakukan konvoi tanpa kebenaran pihak berkuasa ke Dataran Resah Jaya. Dengar cerita konvoinya tak dapat sambutan langsung. 
 Kereta Ahli Parlimen penuh bendera. Melanggar peraturan jalan raya
 Orang Tua Nyanyuk Kadiaq 

 Pencacai PAS memenuhi perkarangan kawasan



 Konvoi 30 biji motor..... sedih-sedih
 Orang Melayu cacai PAS bergambar
 Nah hujan tiba-tiba kuasa Tuhan 
 Pencacai Pakatan Update Status Facebook


Bendera haram digantung sepanjang jalan
Hujan lebat Alhamdulillah

Banyak lagi gambar yang belum MyMassa updatekan kepada para viewers harap bersabar, kerana hujan lebat nak melanda, pengirim gambar nak balik rumah angkat baju :) harapnya pencacai PAS pon baliklah jgn dok makan free, huha huha tak tentu pasal, pergilah solat dan sembahyang dulu

Friday, 2 November 2012

TAUFEK TAK ADA MODAL


Mohd Taufek Abd Ghani tidak perlu mendesak MB Negeri Sembilan untuk ambil tindakan terhadap syarikat Nasional Feedlot Corperation Sdn. Bhd. berikutan kenyataan Menteri Besar akan mengambil tindakan jika sekiranya hutang yang tertunggak tidak dijelaskan.

Jelas dan nyata MB telah menyatakan bahawa beliau akan mengambil tindakan. Apakah Taufek tidak faham Bahasa Malaysia dengan mudah dan perlu mencabar MB membuat apa yang dia mahu lakukan sehingga terpaksa membuat sidang akhbar.

Eloklah Taufek cari isu-isu kebajikan rakyat di Paroi dari merapu tidak tentu arah.

Taufek dikatakan semakin ditolak oleh rakyat di DUN Paroi kerana sentiasa berceramah.
 

NGO: ‘Kami bantah 100 peratus Himpunan Kebangkitan Rakyat esok’

SEREMBAN – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini bersepakat menghalang penganjuran Program Himpunan Kebangkitan Rakyat di negeri ini jika pihak penganjur tetap berdegil mengadakannya esok.
 
NGO: ‘Kami bantah 100 peratus Himpunan Kebangkitan Rakyat esok’
Sebahagian pemimpin 15 NGO mengadakan bantahan memprotes Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung, esok.


Semalam, kira-kira 50 orang terdiri daripada 15 NGO berkumpul di hadapan tapak program itu bakal berlangsung di Taman Seremban Jaya sebagai tanda protes selain turut mendesak pihak polis mengambil tindakan. 

Pemangku Setiausaha Agung Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad berkata, sekalipun Akta Perhimpunan Aman2012 menyebut sebarang perhimpunan tidak memerlukan permit, namun ia dikhuatiri akan menimbulkan kejadian tidak diingini.

“Kami marah dan geram terhadap penganjuran program itu dan mahu pihak penganjur membatalkannya dengan memilih negeri lain yang berada di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).

“Jangan menyibuk dan kacau Negeri Sembilan, pergilah negeri sendiri. Kami NGO telah sepakat jika ia terus diadakan, kami akan menghalang dan membantah 100 peratus,” katanya.

Menurutnya, tiada apa yang perlu dibangkitkan oleh PR dengan menganjurkan program itu kerana negara ini berada dalam keadaan aman.

Sementara itu Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, tujuan bantahan itu dibuat kerana mereka yakin program itu akan menimbulkan huru-hara.

Katanya, keamanan yang dimiliki negara tidak sepatutnya dimusnahkan dengan menjadikannya sebagai bahan politik.

“Penganjuran program ini adalah untuk bahan politik mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya.

Razali berkata, polis diharap dapat bertindak segera dengan mengharamkan program itu diadakan kerana dikhuatiri insiden perhimpunan Bersih akan berlaku di Negeri Sembilan.

“Jadi, kami barisan NGO telah membuat laporan polis pagi tadi (semalam) sebagai tanda bantahan.

“Jika polis tidak bertindak, jangan salahlah NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah,” katanya.

Antara NGO yang hadir, GMPN, Pekida, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Rantau, Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Negeri Sembilan, Pertubuhan Belia, Putera dan Al-Ehsan.