Labels

Monday, 17 December 2012

PRU13N9 sokong tindakan arahan keluar dewan oleh Speaker DUN ke atas ADUN Temiang



ADUN Temiang di arah keluar dari Dewan Persidangan ketika membahaskan usul Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri yang Ke-12, hari kedua selepas mula bersidang hari Jumaat lalu.

Ketika wakil rakyat-wakil rakyat diberi peluang membahaskan usul persidangan, telah berlaku pertikaman lidah antara Speaker Dewan dan ADUN Temiang yang telah menghambur kata-kata kesat ke atas Kerajaan BN dengan mengatakan BN jahat dan kotor serta membela kroni sahaja. Ternyata kenyataan ini ibarat rungutan kanak-kanak Tabika yang tidak dapat apa yang dikehendaki. 

ADUN Temiang-DAP tersebut di minta keluar dari Persidangan kerana tidak mahu menarik balik fitnah yang dilemparkan oleh dirinya sendiri. Mengata dulang paku serpih.. mengata orang dia yang lebih.

Apa kebaikan DAP dan jasa kepada masyarakat tempat mereka menang?? Adakah mereka telah benar-benar membela masyarakat di tempat mereka?? Di mana mereka ketika masyarakat memerlukan bantuan mereka setelah kemenangan mereka dibantu oleh masyarakat ini di PRU12 lalu.

Mudah sahaja menuduh BN jahat dan kotor.. tetapi apa yang lebih kotor lagi ialah fitnah-fitnah yang dihambur oleh mereka sendiri.

Persoalannya, salah ker Kerajaan BN sedang mempertahankan maruah yang selama ini dicela oleh parti-parti pembangkang??

Adakah tidak terfikir di hati mereka soalan yang dihantar tersebut mengikut kriteria-kriteria yang sebenar-benarnya?? Persoalannya lagi, adakah benar ADUN-ADUN dari pembangkang ini telah menjalankan tanggungjawab dengan benar dan saksama dan hakikatnya adakah benar pembangkang sedaya upaya membela rakyat?? Setiap Persidangan di mana sempat kami ambil tahu, pembangkang tidak pernah berusaha untuk membantu rakyat, melainkan rakyat di minta bertemu dengan Kerajaan Barisan Nasional, sedangkan sebagai wakil rakyat yang menang, mereka sepatutnya membantu rakyat yang telah mengundi mereka. 

Semua ni apa?? Bila pilihanraya ditipu rakyat agar mengundi mereka kerana mempunyai polisi yang lebih baik dari Kerajaan Barisan Nasional. Apa ni?? Sudah memperdayakan rakyat.. nak tipu rakyat lagi ker??

Pembangkang pandai mengaburi rakyat dan mereka fitnah mengatakan Kerajaan BN jahat dan kotor.. tetapi taktik merekalah yang lebih kotor lagi. Tidak percaya??? Pembangkang nih dalam dewan kalau berhujah, pijak buaya pun buaya tak takut.. tetapi bila di luar dewan.. mengfitnah memang makanan ruji mereka. ibarat bercakap air liur menyembur-nyembur.. jadi awan.. pastu hujan kat muka mereka sendiri.

ADUN Port Dickson-DAP sendiri mengaku dirinya sebagai ADUN longkang.. kerana tidak ada isu lagi nak dibawa.. segala-galanya sudah diurus Kerajaan Negeri yang di pimpin oleh BN dengan tidak mengambil kira sama ada kawasan tersebut dimenangi oleh pembangkang ataupun Kerajaan BN. Asalkan ianya melibatkan isu kemasyarakatan dan rakyat sendiri.

Yang diPertua Dewan bertindak wajar di dalam isu ini, kerana ADUN Temiang yang sangat biadap itu perlu diajar adab dan peradaban. Memang benar Dewan Undangan Negeri merupakan tempat untuk membicarakan isu dan penyelesaian rakyat.

Usahkan Yang diPertua Dewan marah, kami penyokong Barisan Nasional sendiri sudah tentu marah dengan bahasa dan tindakan yang amat melampau. Jangan kata kami ni parti yang jahat dan kotor apa lagi dikatakan mementingkan kroni??

Suluh muka tu kat cermin nak menudingkan jari kepada kami!!! Fitnah itu satu kesalahan.. dah lah salah.. tak betul pulak tu.. memang patutlah soalan-soalan yang dibentangkan itu ditolak. Untuk apa Kerajaan BN nak menjawab soalan yang sudah lama diselesaikan dan rakyat mengakui penyelesaian tersebut.

Adakah takat tunjuk longkang, tunjuk parit tersumbat atau menunjukkan satu surat yang tidak pasti kesahihannya.. itu pembangkang yang berkaliber membela rakyat.

Suluh muka kat cermin lah ADUN Temiang..

 [Petikan perbahasan ADUN Temiang] "....tetapi kini org ramai telah berpendapat bahawa Sidang Dewan merupakan sebuah alat pelindungan dan digunapakai oleh kerajaan BN yang jahat dan kotor bagi melindungi kroni-kroni BN sahaja. Semua pertanyaan-pertanyaan yang berkaitan dgn kroni-kroni BN ditolak, orang ramai berpendapat bahawa sidang dewan hanyalah alat hiasan sahaja.....

Yg Dipertua dewan mencelah....."YB (ADUN Teming-DAP) diharap tarik balik perkataan jahat dan kotor, kerana kita tidak menggunakan perkataan begini di dalam dewan. Harap dapat tarik balik."

Nasihat krew.. jangan fikir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri tidak ada perasaan. 

Tindakannya adalah wajar.. wajar kerana bahasa dan tuduhan melampau itu mencerminkan DAP sebenarnya yang melakukan perkara tersebut. Kita tak tau.. Tapi boleh lah kata mungkin dan keberangkalian tu berlaku..

ADUN Temiang guna helah mengelirukan rakyat.. sedangkan dia dah tau masyarakat di Temiang sendiri tolak dia di PRU13 nanti.. Itu pasal dia sudah mula melalak sana sini cari salah kerajaan.. Tak baik lah itu macam..


Wednesday, 12 December 2012

Fitnah: Felda hantar notis tuntutan kepada Presiden Anak, Harakah dan Suara Keadilan



Felda menghantar notis tuntutan kepada Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, akhbar Harakah dan Suara Keadilan berikutan didakwa membuat tuduhan yang Felda menjual minyak sawit mentah kepada Israel.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, tuduhan itu tidak benar sama sekali dan berunsur fitnah.

 "Malah, ia telah menjatuhkan imej Felda sebagai sebuah konglomerat antarabangsa," katanya dalam kenyataan Selasa.

Justeru, beliau berkata, Felda menerusi peguamnya telah mengambil tindakan awal untuk menyaman Mazlan, Harakh dan Suara Keadilan mengenai kenyataan-kenyataan itu, yang turut disiarkan di laman web sosial Facebook Mazlan.

"Notis tuntutan telah dihantar oleh pihak peguam kepada pihak-pihak yang terlibat pada 10 dan 11 Disember," katanya.

Isa berkata, Felda mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis, pengarang, ketua pengarang, penerbit dan pencetak akhbar "Harakah" yang didakwa selaku pihak-pihak bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah terhadap Felda.

Tindakan sama turut diambil terhadap PKR yang mengendalikan akhbar Suara Keadilan, katanya.

 Sehubungan itu, beliau berkata Felda memberi tempoh 14 hari kepada Mazlan dan kedua-dua akhbar itu untuk memohon maaf, menarik balik kenyataan itu dan menawarkan pampasan yang setimpal kepada Felda di atas tindakan mereka.

"Jika mereka gagal berbuat demikian, Felda akan mengarahkan pihak peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang telah diberikan sebelum ini," katanya. - 11/12/2012

Friday, 7 December 2012

“Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”

Inilah antara kertas kerja yang tertinggal di dalam bas yang dinaiki Ustaz Amin.

Ini kisah perjalanan Ustaz Amin ketika membawa rombongan umat Islam Malaysia di bumi Palestin. Sebagai umat Islam di Malaysia, sama-samalah kita ambil ikhtibar dan pedoman bagi mengukuhkan Islam ddi bumi Malaysia yang tercinta ini.

Dulu orang luar menganggap negara kita, sebuah negara yang naif. Kebanyakan mereka beranggapan bahawa orang Malaysia masih mengamalkan kehidupan normad dan berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Mereka turut menganggap kita duduk di atas pokok, di dalam hutan. Namun, telahan mereka terbukti salah.. selepas negara ini merdeka.. mereka turut tidak menduga bangunan mencakar langit di Kuala Lumpur dan kawasan berhampirannya. mereka turut tidak menduga bahawa orang Malaysia fasih berbahasa Inggeris kerana mereka beranggapan pendidikan negara ini mundur dan kuasa penjajahan pula memang tidak meninggalkan silibus pendidikan untuk membantu  anak-anak di negara ini.

Bumi Malaysia bumi yang bertuah. Krew PRU13 menyeru semua agar bersatu padu dan mengelakkan perpecahan saudara seagama di negara ini. Kita sedang berada di hujung tanduk apabila ada usaha Kristian nari negara luar mahu merosakkan aqidah umat Islam di Malaysia. Bunga-bunga itu sudah ada dan disemai oleh mereka.

Sedang ada pihak yang mendoakan kejatuhan kerajaan Islam, ada juga pihak dalam negara ini menambah untuk memberikan hak kebebasan agama kepada umat Islam di negara ini. Ianya seperti sebuah cerita, jika dilakonkan dan diceritakan setiap hari.. tidak mustahil perkara ini akan berlaku.

Tolonglah prihatin dan kemaskini kepribadian diri kerana Kristian dari masa ke semasa diserapkan di bumi bertuah ini. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah..

Ini petikan dari Web Ustaz Amin, Klik untuk selanjutnya

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…

Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia

“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”

Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba  Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai  ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka. 

Adakah ini tidak cukup lagi??
Masih pelik memikirkan doa dari jemaah PAS pada satu ketika dan binggung memikirkan kenyataan Nurul Izzah ketika menjawab soalan dari seorang berbangsa Kristian mengenai hak beragama bagi umat Islam.

Wednesday, 5 December 2012

SAKSIKAN TEMURAMAH BERSAMA MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

Perhimpuan Agung UMNO 2012 telah melabuhkan tirainya pada 01 Disember 2012.

Video dibawah merupakan sedutan temuramah Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Majlis Kerja Tertinggi UMNO oleh RTM1.

Durasi lima minit ini cukup padat, cukup jitu, cukup jelas pandangan dan pendapat pemimpin utama Negeri Sembilan ini bahawa keutamaan parti sekarang ialah agar semua ahlinya bersatu padu dan meningkatkan perpaduan yang sedia ada dan mengemaskinikan jentera dalam masa yang sama perlu mengelakkan perasaan ingin sabotaj parti.

Saksikan http://politiknegerisembilan.blogspot.com/2012/12/saksikan-temuramah-bersama-menteri.html

Monday, 3 December 2012

Peneroka Gatco sokong kerajaan

JEMPOL - Lebih 200 peneroka dari Kampung Serampang Indah (Gatco) dekat sini hari ini membuat perhimpunan aman bagi menyokong usaha kerajaan bersama syarikat Tamarai Holding menyelesaikan kemelut pemberian tanah di kampung tersebut sejak lebih 20 tahun lalu.

 

SEBAHAGIAN peneroka Gatco mengadakan perhimpunan aman sebagai tanda menyokong usaha kerajaan dan Tamarai Holding selepas membuat laporan di IPD Jempol, Negeri Sembilan, kelmarin.


Bantahan itu diadakan selepas sebahagian peneroka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Jempol bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pihak yang cuba menghalang kerja penolakan kayu getah di ladang tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad menjelaskan, pihaknya turut sama menyokong peneroka yang mahu kemelut di Gatco diselesaikan dengan segera.

''Di perkampungan itu, terdapat 380 peneroka dan 280 orang daripada mereka menyokong usaha kerajaan bersama Tamarai Holding dalam isu pemberian tanah kepada mereka.

''Syarikat tersebut menawarkan tanah kebun 1.5 hektar kepada peneroka asal dan waris manakala pihak yang membeli daripada peneroka akan mendapat 0.8 hektar. Namun ada peneroka yang tidak bersetuju dan cuba menghalang syarikat berkenaan,'' katanya di IPD Jempol di sini kelmarin.

Beliau berkata, peneroka seharusnya tidak mencampurkan elemen politik dalam penyelesaian isu ladang itu memandangkan apa yang diberikan adalah satu pulangan yang cukup baik.

Jelas Zainal, mereka perlu sedar bahawa syarikat lama telah muflis dan mereka tidak akan dapat tanah seluas lebih 3.2 hektar seperti dahulu.

''Atas keprihatinan kerajaan, satu jalan penyelesaian telah dicari iaitu mengadakan perbincangan dengan syarikat tersebut.

''Kini syarikat baharu bersetuju memberikan tanah tersebut secara percuma kepada peneroka. Jadi mereka seharusnya menerima tawaran tersebut daripada tidak memperoleh apa-apa," katanya.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah, Supritendan Hamzah Alias menjelaskan, pihaknya ada menerima laporan tersebut selain Balai Polis Air Hitam dekat sini.

Sumber : Utusan Malaysia