Labels

Thursday, 12 July 2012

Kamarul Baharin Ahli Dewan Rakyat yang uzur dan dilupai rakyat



Kamarul Baharin Ahli Dewan Rakyat P132 Telok Kemang, orang tua yang sudah mula dilupakan oleh rakyat di Port Dickson kerana kesilapan memilih ahli Parlimen yang sudah tua dan tidak bertenaga ini. Rakyat tertipu dengan janji janji manis pembangkang pada PRU 12 yang lalu dan memberikan peluang kepada seorang tua yang bercita cita tinggi untuk menjadi ahli Parlimen.

Kini rakyat di Port Dickson seolah olah dihukum apabila wakil rakyat ini tidak langsung berfungsi bagi menangani masalah rakyat. Pejabat Parlimen beliau wujud bagaikan hanya untuk memenuhi syarat dan banyak aduan aduan rakyat disimpan di dalam laci dan mengadu di pejabat Parlimen ini adalah sama seperti mengadu kepada dinding.

Persatuan Nelayan, Persatuan Penduduk dan lain lain akhirnya terpaksa  membuat aduan terus kepada Pejabat Menteri Besar dan kepada kerajaan BN untuk mendapat bantuan. Kerajaan Barisan Nasional lebih banyak turun padang untuk melihat sendiri masalah rakyat dan Ahli Parlimen PR hanya sibuk berceramah setiap malam dengan menabur janji janji palsu dan juga menabur fitnah yang telah membuat rakyat menjadi bosan.

Kamarul Baharin baru baru ini bersama Rashid Latif DUN Ampangan ada berkata bahawa PR akan merampas N Sembilan pada PRU13 yang akan datang hanya lah sekadar untuk menonjolkan diri kerana Rashid adalah diantara  mereka dalam senarai Anwar Ibrahim untuk disingkirkan pada PRU 13 nanti kerana tidak perform dan pernah mahu menjual parti kerana wang.(kita cerita pasal Rashid  di tulisan yang lain).

Kamarul Baharin juga mempunyai masalah yang banyak mengendalikan PKR Negeri Sembilan dan beliau dikatakan tidak menyenaraikan nama Chegu Bard kerana tidak begitu suka dengan perangai Chegu Bard yang banyak menghentam kepimpinan Kamarul dalam memimpin PKR Negeri Sembilan. Krisis  antara Kamarul dengan Chegu Bard berlanjutan kerana Kamarul merasakan bahawa Chegu Bard mencuri "lime light" dan beliau diketepikan dan dilupakan oleh rakyat kerana fakta usia dan juga tidak bijak bercakap diatas pentas. Performance  beliau yang buruk juga membuat  beliau kian dilupai. baca sini tentang Kamarul tidak senaraikan nama Chegu Bard dalam PRU13 : klik sini

Kamarul juga di tolak oleh ahli PKR apabila kalah dalam pemilihan cabang PKR :

Kamarul Baharin Abbas menyifatkan kekalahannya dalam pemilihan PKR cabang Teluk Kemang hari ini sebagai isyarat kepada pengundi bahawa ahli parti itu menolak kewibawaannya sebagai wakil rakyat mereka di parlimen berkenaan.

Beliau tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Teluk Kemang, kepada ADUN Port Dickson, M Ravi.

Ravi merupakan pemangku jawatan berkenaan. Beliau mendapat 279 undi manakala Kamarul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memperolehi 135 undi.

Berikut adalah kenyataan penuh Kamarul Baharin dalam facebooknya:

"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin."


Lihat lah , ini lah saja orang yang hadir pada ceramah beliau setiap malam.

Faktor tua yang banyak menganggu kerja  Kamarul, beliau adalah pesara yang patutnya bersara.

inilah saja orang yang hadir pada cermah beliau.
PRU13n9

Tuesday, 10 July 2012

20 Ribu Video Seks Anwar – Shamsidar Akan Diedar Di Permatang Pauh


INI berita yang baru penulis terima, 20 ribu keping VCD lucah membabitkan pasangan lelaki dan perempuan yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin telah sedia dicetak di Thailand dan akan diedar di Permatang Pauh menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang.
20 ribu bukan jumlah yang sikit, perbelanjaan menghasilkannya juga penulis percaya bukan murah.  Siapa atau apa yang mendalangi semua kerja terkutuk ini penulis tidak pasti.  Penulis ada suspeknya tapi penulis tidak ada bukti.  Sumber yang menyebutkan hal ini kepada penulis pun diketahui datang dari pihak nuetral yang hanya mementingkan wang masuk dari wang keluar.
Belum lagi proses menghasilkan video tersebut.
Sekarang fahamlah penulis kenapa nama Anwar diletak di 2 kerusi Parlimen (Nibong Tebal dan Permatang Pauh), kerana ada pihak yang merasakan Anwar mungkin tewas di kawasan yang selama ini dianggap kawasan selamat, mengambil kira pendekatan tidak bertamadun yang digunakan musuh.
Dengan jumlah pengundi seramai 58,459 mengikut maklumat dari daftar pemilih terbaru, 20,000 video yang dicetak ini mampu menjangkau hampir separuh dari pengundi disana.  Katakan plus minus yang percaya dan tidak, mungkin sekitar 50%.  Itupun sudah masalah besar untuk PKR dan Anwar.
Bagaimanapun, disebalik itu, terselit 2 persoalan besar yang timbul dari pendedahan ini.
Pertama, bagaimana video yang penulis percaya adalah video sama yang diserahkan Datuk S Nallakarupan kepada peguamnya untuk tujuan perbicaraan saman dengan Anwar, boleh terdedah kepada pihak ketiga?
Kedua, dimana kebenarannya bahawa taktik kotor sebegini tidak lagi mendapat sambutan di kalangan rakyat bila pendekatan sama masih digunakan oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menjatuhkan aib dan maruah Anwar?
Penulis tidak ada jawapan kepada persoalan yang pertama tapi penulis minta semua pihak terbabit bersedia dengan perancangan sesuai bagaimana untuk menghadapi pendekatan kotor pihak lawan yang dipandang sepi sebilangan dari kita selama ini, seperti dijelaskan dalam persoalan kedua.
Orang Melayu, senang cakap orang Malaysialah, memang suka dengan perkara-perkara lucah atau semi lucah seumpama ini.  Undang-undang negara kita yang melarang penayangan cerita-cerita ‘dewasa’, tidak seperti di barat, menjadikan permintaan untuk video seumpama ini tidak putus-putus.
Apatah lagi bila penayangan itu dihalalkan kerajaan atas nama ‘mendedahkan perilaku moral pemimpin pembangkang’.
Antara punca kenapa akhbar-akhbar tabloid seperti Metro dan Kosmo mendapat permintaan tinggi ialah kerana kegemaran menyiarkan berita ‘berunsurkan lucah’ ini di muka depan untuk menarik pembaca membeli.
Jadi anggapan sesetengah pihak bahawa video perlakuan seks membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat ini tidak akan mendapat sambutan, orang sudah muak dan sebagainya, tidak boleh lagi dipakai.
Kalau orang sudah muak, takkan mereka berani mencetak video lucah ini sehingga 20 ribu keping?
Percayalah, penggunaan video seumpama ini memang dan akan sentiasa mendapat sambutan kerana nilai sensasi disebaliknya dan seperti yang disebutkan di atas, ‘dihalalkan’ penayangannya oleh kerajaan kerana membabitkan pemimpin pembangkang.
Yang penting cara bagaimana untuk mengatasi pendekatan ini supaya kelebihan akan sentiasa memihak kepada kita.  Mungkin kita juga perlu mencipta video sama membabitkan pemimpin BN pula?
Penulis percaya ini boleh dilakukan, memandangkan teknologi sekarang membolehkan apa yang dulunya dianggap mustahil, dibuat.  Lagipun ramai di antara kita percaya video seks yang membabitkan Anwar sebelum ini adalah direka menggunakan teknologi canggih oleh trio Datuk T.
Soal etika perlu diketepikan sementara kerana sekarang ini fokusnya untuk menang pilihanraya.  Kalau nak kira bukti lengkap, kita tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya pun tidak ada bukti lengkap tapi lihatlah kebenarannya, rakyat masih percaya.

Sunday, 8 July 2012

SAH DAP bercita cita tinggi bertanding 90 kerusi PAS hanya penumpang


PENULIS sedikit terkejut bila menerima salinan mesyuarat yang membincangkan soal pembahagian kerusi oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang diadakan baru-baru ini.
Daripada dokumen tersebut, sudah sah bahawa DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen, PKR 66 kerusi manakala kerusi selebihnya akan ditandingi oleh PAS!!
Pada penulis, ini adalah satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukkan yang sangat selesa untuk melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan pemimpin partinya.
Dengan syarat, momentum kemenangan parti tersebut pada 2008 berlanjutan dan menjadi lebih baik dalam kempen kali ini.
Semasa pilihanraya umum 2008, DAP memperolehi 28 kerusi dari 47 kerusi yang ditandingi mereka atau bersamaan dengan 59.57% menang dibanding dengan yang kalah.
Mengikut perkiraan penulis, kalau peratusan sama dapat dikekalkan dalam pilihanraya umum akan datang, DAP akan memperolehi 54 kerusi dari keseluruhan 90 kerusi yang ditandingi mereka.
Dari segi logik, tidak dinafikan peruntukkan kerusi ini memang masuk akal kerana DAP diketahui mendapat hampir 100% sokongan dari kalangan orang cina dan separuh sokongan orang India.
Dengan undi orang Melayu berpecah kepada 2 atau 3 bahagian, parti tersebut dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi melayu dan separuh lagi bukan melayu.
Tapi dalam masa yang sama, penulis bimbang keadaan ini akan mencetus persepsi yang tidak baik di kalangan orang Melayu yang mungkin bimbang negara ini akan diperintah oleh bukan Melayu dikala mereka masih lagi membentuk majoriti di negara ini.
Keadaan ini dengan mudah akan digunakan oleh parti seperti UMNO untuk membangkitkan sentimen perkauman menebal, dimana diakhirnya nanti akan memberi kelebihan kepada mereka.
Orang Melayu tidak boleh sama sekali dibenarkan bersatu kerana ia hanya akan menguntungkan UMNO dan merugikan pembangkang.  Sejarah telah membuktikan itu.  Maka itu penting imej Anwar sebagai bakal Perdana Menteri dikekalkan pada setiap masa.
Itu baru bercakap tentang DAP.
Penulis juga sedikit hairan dengan jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada PKR.  Dari 97 kerusi yang ditandingi mereka pada 2008, jumlah itu merosot menjadi 66 kerusi sahaja pada pilihanraya kali ini.  Separuh dari calon yang dipertandingkan itupun terdiri dari bukan Melayu.
Yang anehnya, nama Anwar diletakkan sebagai calon di 2 kawasan parlimen di Pulau Pinang iaitu di Nibong Tebal dan Permatang Pauh sendiri.  Apa motif disebalik ini, penulis tidak dapat menafsirkannya buat masa sekarang sehingga maklumat lengkap diperolehi.
Penulis juga mendapati, ramai dari kalangan penyandang jawatan sekarang akan digugurkan, antaranya Azan Ismail (Indera Mahkota), Datuk Rashid Din (Merbuk) dan Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) – sekadar menyebut beberapa.
Persoalannya disini, apa sudah jadi dengan PKR?  Apakah mereka sudah hilang keyakinan untuk menang?  Amat sukar untuk mempertahankan kedudukkan Anwar sebagai Perdana Menteri jika partinya tidak dominan di dalam Parlimen.
Perlu diingat, persefahaman yang wujud dalam Pakatan Rakyat adalah dalam bentuk persefahaman dan persepakatan tidak rasmi sahaja dek kerana kegagalan Zaid Ibrahim mendaftarkan nama Pakatan Rakyat dengan pendaftar pertubuhan.
Penulis tidak mahu mengulas panjang tentang jumlah kerusi yang ditandingi PAS kerana apa yang diperuntukkan itu pada penulis memang padan dengan kemampuan parti tersebut.
Lagipun, memberi jumlah kerusi yang besar kepada PAS untuk ditandingi, hanya akan menimbulkan keresahan berpanjangan di kalangan orang cina mengenai perlaksanaan hukum hudud.
Dengan jumlah kerusi yang ditandingi pun hampir menyamai jumlah kerusi pada 2008, penulis tidak rasa PAS mampu memberi ancaman yang membawa ketakutan kepada pengundi bukan melayu.  Bertanding 66 kerusi, tidak semestinya menang semua.

Saturday, 7 July 2012

Tolong Kekalkan Chegu Bard dan Chegu Rashid ADUN Ampangan !

Gambar Hiasan , lidah Abby Abadi
Dua pemimpin PKR akan disingkirkan dari PKR  Negeri Sembilan secara terhormat , inilah berita yang tersebar luas menjelang PRU13 yang katanya dari sumber dalaman pejabat PKR Negeri Sembilan.

Kedua dua  pemimpin berkenaan adalah bekas  guru , seorang bertauliah dan seorang tidak tetapi hanyalah guru gelaran saja.  YB  Rashid  DUN Ampangan dan juga ketua cabang PKR Rembau Chegu Bard dikatakan akan disingkirkan oleh pejabat  PKR Negeri Sembilan.

Chegu Rashid di katakan  akan disingkir kerana imej judi yang sudah pun sinonim dengan dirinya serta prestasi kerja yang lemah dan boleh mengakibatkan Ampangan akan dirampas balik oleh UMNO .

Chegu Bard pula ada kaitan dengan pusat yang mahukan beliau disingkir dari PKR Negeri Sembilan kerana dia dikatakan tidak diterima oleh rakyat Negeri Sembilan kerana cara fitnah dan penipuan beliau kini tidak lagi dipercayai oleh rakyat Negeri Sembilan yang mengakibatkan PKR akan kecundang teruk pada PRU13 ini.

Jelas Anwar Ibrahim memandang serious akan isu kedua chegu yang merupakan liabiliti kepada PKR sekarang.Sebenarnya UMNO sememang mengharapkan kedua dua calon ini mengekalkan kawasan mereka menjadi calon pada PRU12 yang lalu.

Friday, 6 July 2012

Anwar Bakal Menghancurkan Selatan Thailand Pula?

Khabar dari Thailand menyatakan bahawa Anwar akan berceramah di Pattani pada 4 dan 7 Julai.  Kunjungan Anwar ke sana adalah untuk mencari pengundi yang memiliki dwi kerakyataan dengan bantuan beberapa orang politik pembangkang, orang-orang agama serta NGO-NGO Muslim di Selatan Thailand. 

Beliau kini sedang mendekati Dr. Ismail Lutfi iaitu puak Wahabbi di Thailand dan Tuan Guru Nik Dir Waba.

Anwar juga akan melabur di koperasi Islam di sana dan merancang untuk membentangkan kertas kerja ekonomi dalam program yang dianjur oleh Koperasi Ibnu Affan yang dimiliki oleh Wahabbi di sana.

Jika khabar yang diterima ini benar, maka kunjungan Anwar ke Thailand ini perlu dilihat dari sudut yang lebih luas dari sekadar politik kepartian di Malaysia.  Ini bukan sahaja soal berapa banyak undi yang mampu diraihnya bagi membantu Pakatan Rakyat di Kelantan ataupun Kedah.

Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah kecenderungan Anwar ke arah mencetuskan huru-hara dan keganasan.

Dengan keadaan di Selatan Thailand yang sedia bergolak di tambah dengan penduduk yang rata-ratanya miskin, bukan sukar untuk Anwar merekrut kumpulan yang sanggup melakukan keganasan dengan bayaran yang setimpal sekiranya difikirkannya perlu.

Dari segi jangka panjang pula, kita perlu melihat dari segi bahaya corak pemikiran yang bakal disebarkan Anwar di kalangan orang-orang Islam di sana. Sebelum keadaan menjadi parah, mereka wajar dimaklumkan bahawa apa yang disentuh oleh Anwar pasti akan hancur.

Sejurus Anwar melangkah kaki ke dalam UMNO, maka kehancuran peribadi orang-orang muda di dalam UMNO pun bermula apabila beliau memperkenalkan mereka kepada politik wang dan cantas-mencantas.

Kita bernasib baik kerana pemimpin tertinggi UMNO terdiri dari mereka-mereka yang amat bijaksana dan telah berjaya menyelamatkan parti dari terus hancur lebur dikerjakan Anwar.  Akhirnya, mereka yang peribadinya telah hancur, perlahan-lahan mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim dengan meninggalkan UMNO.

Apabila Anwar memegang jawatan Menteri Pendidikan, beliau membawa kecelaruan dalam pemikiran bangsa Melayu dengan menerapkan dasar-dasar ekstrem yang tidak membawa manfaat kepada bangsa.  Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau hampir membangkrapkan negara.

Tidak dapat dibayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri.
Kerana itu, kita merasa bimbang akan nasib dan masa depan saudara-saudara kita di Thailand apabila ‘disentuh’ oleh Anwar.

Apa yang pasti, Anwar akan membawa bersamanya kecelaruan pemikiran kepada komuniti Islam di sana.  Pada awalnya, beliau akan mengikut rentak kumpulan yang ditemuinya.

Jika Wahabbi, maka Wahabbilah Anwar.   Jika Syiah, maka Syiahlah Anwar.  Jika Buddha, maka mesra Buddhalah Anwar. Lakonan ini akan diteruskan sehingga semua kumpulan mempercayainya, menyanjungnya dan menobatkannya sebagai pemimpin dan penyelamat mereka.

Apabila ketaksuban mula menguasai penduduk di sana, Anwar akan secara perlahan-lahan memasukkan jarum liberalnya. Dan perlahan-lahan juga, Anwar akan membentuk satu kumpulan liberal di celah-celah kumpulan Islam di Thailand.

Dengan dana yang berterusan dari barat, kumpulan ini akan menyebarkan fahaman liberal di samping melemahkan lagi umat Islam di Selatan Thailand melalui perpecahan.  Malah wang yang dilaburkan di koperasi di sana juga kemungkinan besar merupakan dana yang disediakan oleh sahabat neo-connya di barat.

Cukuplah Anwar merosakkan Malaysia, jangan benarkan beliau merosakkan saudara seagama kita yang telah sedia menderita di Selatan Thailand.  Kerosakan sesebuah negara, mampu merebak kepada jiran-jirannya.  Dan inilah yang barat inginkan.

 Justeru, demi Islam dan persaudaraan, umat Islam di Thailand wajar diberi amaran segera mengenai bahaya kunjungan Anwar ke sana.

Mereka perlu tahu bahawa bahaya yang dibawa Anwar adalah lebih berat dari letupan bom dan tembakan yang mereka terpaksa lalui setiap hari.

Ini kerana Anwar membawa agenda musuh Islam melalui pemikiran dan emosi dan ia akan berakar umbi dan merebak sehingga akhirnya umat Islam akan memusnahkan sesama sendiri dan diri sendiri.