Labels

Friday 7 December 2012

“Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”

Inilah antara kertas kerja yang tertinggal di dalam bas yang dinaiki Ustaz Amin.

Ini kisah perjalanan Ustaz Amin ketika membawa rombongan umat Islam Malaysia di bumi Palestin. Sebagai umat Islam di Malaysia, sama-samalah kita ambil ikhtibar dan pedoman bagi mengukuhkan Islam ddi bumi Malaysia yang tercinta ini.

Dulu orang luar menganggap negara kita, sebuah negara yang naif. Kebanyakan mereka beranggapan bahawa orang Malaysia masih mengamalkan kehidupan normad dan berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Mereka turut menganggap kita duduk di atas pokok, di dalam hutan. Namun, telahan mereka terbukti salah.. selepas negara ini merdeka.. mereka turut tidak menduga bangunan mencakar langit di Kuala Lumpur dan kawasan berhampirannya. mereka turut tidak menduga bahawa orang Malaysia fasih berbahasa Inggeris kerana mereka beranggapan pendidikan negara ini mundur dan kuasa penjajahan pula memang tidak meninggalkan silibus pendidikan untuk membantu  anak-anak di negara ini.

Bumi Malaysia bumi yang bertuah. Krew PRU13 menyeru semua agar bersatu padu dan mengelakkan perpecahan saudara seagama di negara ini. Kita sedang berada di hujung tanduk apabila ada usaha Kristian nari negara luar mahu merosakkan aqidah umat Islam di Malaysia. Bunga-bunga itu sudah ada dan disemai oleh mereka.

Sedang ada pihak yang mendoakan kejatuhan kerajaan Islam, ada juga pihak dalam negara ini menambah untuk memberikan hak kebebasan agama kepada umat Islam di negara ini. Ianya seperti sebuah cerita, jika dilakonkan dan diceritakan setiap hari.. tidak mustahil perkara ini akan berlaku.

Tolonglah prihatin dan kemaskini kepribadian diri kerana Kristian dari masa ke semasa diserapkan di bumi bertuah ini. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah..

Ini petikan dari Web Ustaz Amin, Klik untuk selanjutnya

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…

Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia

“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”

Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba  Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai  ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka. 

Adakah ini tidak cukup lagi??
Masih pelik memikirkan doa dari jemaah PAS pada satu ketika dan binggung memikirkan kenyataan Nurul Izzah ketika menjawab soalan dari seorang berbangsa Kristian mengenai hak beragama bagi umat Islam.

5 comments:

  1. Hai ustaz, takut sangatkah dengan 'decree' yang ustaz dedah dan tafsirkan tu?. Yang pasti, decree tu tak ada berbau kekerasan, penindasan dan paksaan dan tak da 'jihad'. Setiap amalan agama akan memiliki visi, keinginan atau 'decree (doa) yang sama.Tak kira kristian, hindu, buddhist dan apatah lagi islam?? Tak puas kah di malaysia ni bukan hanya decree tapi dah ada perlambagaan, islam agama rasmi? kadang-kadang di sekolah kebangsaan dan IPT (yang majoritinya samada tenaga pengajar atau pelajar islam) contohnya, agama lain ditekan secara 'halus'. Penganut agama lain di tindas, berbagai-bagai pogram 'pengislaman' di usahakan termasuk ke ceruk-ceruk pendalaman. Yang ustaz ni, baru bayang-bayang aje dan melenting!. Bayangkan perasaan bangsa lain di Malaysia ni yang dah lama mengharungi decree-decree!!Jangan hanya pentingkan perasaan diri sendiri saja ustaz, kerana orang lain berhak memilih agamanya dan mereka juga adalah rakyat Malaysia!!!

    ReplyDelete
  2. Hai ustaz, kenapa takut dengan decree?? Apa salahnya? Negara ni bebas untuk mengamalkan agama masing-masing kecuali melayu yang dikongkong dan diikat untuk kepentingan politik sedangkan Allah tidak bersifat pemaksa dan tidak pula mengamalkan double standard. Orang lain boleh melayu tak boleh?? Buat apa nak takut dengan fair competition dan open tender?? Tuulah sebabnya banyak rasuah sebab tak da transparency. Setiap agama sudah pasti ada decree (hasrat) tak kira kristian, hindu buddhist dan apatah lagi islam?. Buat apa nak takut asalkan amalannya tidak berbentuk kekerasan, memaksa dan penindasan. Kalau kita benar-benar yakin agama kita suci dan tak ada tolak bandingnya nak takut apa? Berani kerana benar dan takut kerana salah?? Tak cukupkah 'islam agama rasmi negara' biarpun ada bangsa lain di sekeliling kita yang merasa tertekan dan tertindas dan di eksploitasi dengan pogram pengislaman sehingga ke ceruk-ceruk pendalaman?? Dan lebih dari decree yang dilakukan kenapa pulak sensitif sangat dengan decree agama lain. Bukankah mereka juga rakyat Malaysia?. Jangan berfikiran sempitlah ustaz. Dah banyak orang melayu murtad bukan kerana dipaksa tapi rela! Sedangkan kita asyik kafir mengkafir, mendoa meruntuhkan sesama saudara dan tak puas bergaduh pulak sesama sendiri..Apa bendanya yang kita nak pertahankan sangat amalan sebegini dan nak paksa bangsa sendiri makan dengan tangan terikat???

    ReplyDelete
  3. Decree adalah hasrat murni menurut sesuatu agama tersebut dan setiap agama samada hindu, kristian, buddha apatah lagi islam ada decree nya masing-masing. Yang pasti semuanya tidak melibatkan kekerasan, penindasan dan paksaan. Kalau di Malaysia bukan hanya setakat decree tapi dah ada 'islam sebagai agama rasmi negara' dan bermacam-macam pogram pengislaman sehingga ke ceruk-ceruk pendalaman telahpun dan terus dilaksanakan. Jadi tak perlulah kita sensitif sangat dengan decree agama lain sebab kita bebas mengamalkan agama masing-masing dan lagipun kita adalah juga rakyat malaysia dan bukan orang asing walaupun dianggap kafir dan bukan saudara. Yang penting kita sama-sama jaga tepi kain masing-masing dan tunjukkan kebaikkan dan kesucian amalan kita dan jauhkan dari kafir mengkafir sesama sendiri, doa meruntuhkan sesama saudara dan bergaduh sesama saudara..

    ReplyDelete
  4. Yang mana kenyataan dan yang mana bayang-bayang??
    Agenda Kristen untuk Malaysia ke atau
    Agenda Islam untuk Malaysia??

    ReplyDelete
  5. Hai ustaz, dah bekali-kali saya nak masuk komen kat blog ni nak bincang supaya ustaz jangan berfikiran sempit dan sensitif sangat dengan agenda agama lain. Tapi tak juga nak paparkan. Kalau takut sangat nak berbincang dan menerima cadangan serta teguran jangan lak terhegeh-hegeh nak buat muka hero agama kat sini. Seperti yang saya katakan setiap agama ada decree atau hasratnya masing-masing apatah lagi islam. Di malaysia bukan sekadar decree tapi dah termaktub dalam Perlembagaan Islam agama rasmi, dah tu agenda dan pogram pogram pengislaman berjalan ke ceruk-ceruk pendalaman. apa lagi yang tak puas dan sensitif sangat dengan agenda agama lain hingga adanya teori konspirasi.?? Yang pelik melayu mesti islam bangsa lain boleh memilih melayu lak tak boleh?? (haram) tapi disebaliknya islam bebas buat decree tapi agama lain tak boleh pulak??ihh..ihh..ihh!!Zalim!..Zalimnya!..agamaku yang "maha pengasih lagi maha penyayang"??

    ReplyDelete