Tiba tiba saja DIA MUNCUL MENGHANGATKAN NAMA KERABAT DI RAJA NEGERI SEMBILAN DI PENTAS POLITIK. Ramai mungkin tidak percaya kerana perangainya tidak melambangkan seorang yang berdarah raja maki dan hamun UMNO dan KERAJAAN lebih dari orang yang tidak bertamadun di pentas pentas ceramah politik.
Yang 
 ramai kesalkan apabila Tengku Harmy mengaitkan cerita dengan nama  
Almarhum Tuanku Jaafar yang telah mangkat di pentas pentas politik untuk 
mempopularkan cerita cerita ceramahnya.
Ampun
 Tuanku sembah patik harap di ampun, patik merapat sembah kepada DYMM 
Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan  dan bukannya kepada  YM Tengku 
Harmy bin Tengku Harnan. Patik terpaksa menulis demi mempertahankan 
kedaulatan DYMM Almarhum Tuanku Jaafar , Yang DiPertuan Besar patik dari
 dipersendakan di pentas pentas politik  berterusan oleh Tengku Harmy.
Adalah
 sunguh tidak baik  dan amat menyedihkan apabila Tengku Harmy menjaja 
nama Almarhum Tuanku Jaafar yang telah mangkat dengan menceritakan 
perihal perihal yang pernah berlaku yang tidak kita pasti sama ada ianya
 benar berlaku ataupun hanya mungkin rekaan Tuanku Harmy sahaja. 
Carilah
 modal lain jika mahu berpolitik sekalipun. Jangan lah diulangi ulangi 
bahawa Almarhum dipaksa oleh kerajaan sedang dalam hayat Alamarhum tidak
 pernah pun baginda meluahkan barang sepatah kata tentang perihal ini. 
Impaknya amat besar kepada nama baik Almarhum. Patik merayu agar Tengku 
hentikan mempergunakan nama Almarhum baginda.
Adalah
 lebih bersopan jika Tengku Harmy tidak mengheret nama Alamrhum Tuanku 
Jaafar dalam ceramah ceramah politik beliau kerana akan memberikan  satu
 implikasi yang tidak baik terhadap Almarhum. Adalah sesuatu yang sangsi
 bahawa Alamarhum pernah berkata dia pernah diugut oleh mana mana 
menteri ketika hayatnya. Ini adalah kata kata dari Tuanku yang kami 
sangsi kebenarannya kerana selama hayat baginda tidak pernah kami 
mendengar rungutan baginda mengenai isu ini.Jika ini benar sekali pun  
itu adalah hak baginda  dan tidak perlu Tuanku jaja dikhalayak ramai 
kerana Almarhum telahpun meninggalkan kita pulang ke rahmatullah dengan 
tenang,
Adalah
 lebih baik Tuanku menanggalkan serban yang sebakul dan jubah serta 
potong saja janggut itu bila rasa mahu  memaki hamun UMNO DAN KERAJAAN  
kerana ianya memberi impak yang besar kepada alim ulamak Islam 
berdasarkan pakaian Tuanku. Pakai saja seluar pendek dan T Shirt. Maki 
lah  beberapa lori yang Tuanku suka.
Biarlah
 Almarhum bersemadi dengan tenang dan kita sedekahkan Al fatihah kepada 
Roh Almarhum Tuanku Jaafar semoga ditempatkan bersama sama orang yang 
soleh.. Adalah sungguh tidak sopan jika nama beliau dikaitkan dengan isu
 isu politik dipentas pentas fitnah PAS hanya untuk mencari keuntungan 
peribadi dan juga pengaruh untuk mempopularkan Tuanku Harmy.
Apa
 sebenarnya yang Tuanku tidak berpuas hati sehingga menghina mencaci dan
 mencarut di depan rakyat jelata di pentas pentas ceramah .Mungkin 
Tuanku ingat semua rakyat suka bila mendengar carutan dan penghinaan 
Tuanku kepada UMNO dan Barisan Nasional. Tuanku perlu faham bukan semua 
orang sokong PR . Ramai yang sokong UMNO dan BN dan mereka ini adalah 
mereka yang tergores hati mereka dengan hinaan dan cercaan Tuanku.
ALHAMDULILLAH KERANA PIHAK ISTANA SUDAH MENGELUARKAN SURAT  KLIK SINI MENGHALANG TUANKU MENGGUNAKAN NAMA SEPUPU DYMM TUANKU MUHRIZ.

Tengku Harmy ni pun pada masa mudanya dikhabarkan bukanlah baik sangat....kaki judi juga..wawahuallam.tapi jangan lah aibkan beliau sepefrti mana yang dia aibkan saudara semuslim yang telah kembali ke rahmatullah...tuan, saya dah pautkan blog tuan, mohon kiranya dapat tuan pautkan blog saya..saya budak baru belajar..tk...pautkan http://mattaseppet.blogspot.com/
ReplyDelete