Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang
melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS
pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah.
Reaksi spontan Kit Siang terhadap kenyataan
Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman,
Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di
Parlimen 19 Julai lalu harus difahami dalam konteks sejarah penubuhan DAP dan
kaitan parti itu dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Bagi golongan muda yang tidak melalui peristiwa
berdarah 43 tahun lalu mungkin tidak begitu mengerti mengapa tokoh veteran DAP
itu amat marah terhadap dakwaan tersebut, tetapi generasi yang melihat dengan
mata kepala mereka sendiri tragedi paling dahsyat dalam sejarah negara itu sudah
tentu memahami sebab musabab reaksi cacing kepanasan beliau.
Sejarah awal penubuhan DAP mempunyai kaitan
rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action Party - PAP ) yang
di tubuhkan pada tahun 1954. Antara pelopor awal PAP ialah Lee Kuan Yew yang
bertindak sebagai setiausaha agung parti itu.
Sejurus Singapura berpisah daripada Persekutuan
Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti itu di negara ini dibatalkan
sebulan kemudian. Maka untuk meneruskan agenda PAP yang 100 peratusnya adalah
pro-Cina, Devan Nair, ahli parlimen Bangsar ketika itu berusaha menghidupkan
kembali parti itu dengan mendaftar sebuah parti baru dipanggil Parti Tindakan
Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan kerana mempunyai persamaan
dengan PAP dari segi nama.
Devan Nair lalu menukar nama tersebut kepada
Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP) yang diluluskan
secara rasmi pada 19 Mac 1966. DAP yang baru ditubuhkan itu dipelopori pula oleh
Kit Siang yang dikatakan mempunyai pertalian famili dengan Kuan Yew yang berasal
dari Batu Pahat, Johor.
Dari segi lambang parti, prinsip perjuangan
dan cara berpolitik, tidak ada bezanya antara DAP di Malaysia dan PAP di
Singapura. Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini generasi pemimpin baru DAP
seperti anak Kit Siang, Lim Guan Eng meneruskan tradisi berkiblat kepada PAP
terutamanya setelah parti itu memerintah Pulau Pinang.
Bukankah Guan Eng sendiri mengaku bahawa beliau
sering melakukan lawatan ke Singapura setiap dua minggu untuk bertemu mentor
besar DAP, Kuan Yew serta mendapatkan arahan-arahan spesifik berhubung gerakan
kerja politik parti itu di Malaysia? Apabila DAP dan Gerakan (ketika itu masih
menjadi pembangkang) menang besar di Selangor pada pilihan raya umum tahun 1969,
kedua-dua parti itu menjadi besar kepala.
DAP menggunakan kebebasan bersuara tanpa
batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa Melayu dengan kata-kata
kesat dan mengaibkan dalam perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur dengan
membawa sepanduk dan pembesar suara.
Baru sahaja 12 tahun kaum Cina diberi taraf
kerakyatan penuh melalui dasar 'jus soli' sebagai salah satu syarat utama
Inggeris untuk kemerdekaan, orang Cina sudah naik tocang.
Menurut Laporan rasmi Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, tindakan
DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka dengan menghambur
sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus kepada rusuhan kaum
yang menelan korban lebih 2,000 nyawa.
Sehari setelah melenting, Kit Siang bertukar
nada dengan mengatakan parti itu inginb bekerjasama dengan Barisan Nasional
untuk menghindari tragedi 13 Mei berulang. Tujuannya ialah untuk menutup dosa
besarnya sebagai pengerak utama 13 Mei dan membasuh tangannya yang berlumuran
darah rakyat tidak berdosa yang didalangi tidak lain tidak bukan oleh Kit Siang
sendiri.
Slogan yang dicanang oleh Kit Siang dan
pemimpin DAP Cina lain pada perhimpunan dan perarakan mereka yang menjurus
kepada peristiwa berdarah 13 Mei ialah "Malai si" yang bermakna "Mati Melayu".
Pada 11 Mei penyokong DAP berteriak: "Apa polis boleh buat, kita raja.
Buang sama polis Melayu." Di Jalan Bukit
Bintang pada hari yang sama, DAP melaung: "Mati Melayu, sakai pergi masuk
hutan." Di Jalan Changkat Dollah pula mereka mengapi-apikan bahawa: "KL sekarang
Cina punya."
Sehari kemudian pada 12 Mei di Jalan Ipoh dan
Jalan Tunku Abdul Rahman, penyokong DAP menjerit: "Melayu balik kampung, Melayu
sekarang tidak ada kuasa. Sekarang kita Cina sudah 'control'."
Malah sejarah mencatat kenyataan angkuh Kit
Siang sendiri di Jalan Khir, Kampung Baru, di hadapan orang Melayu ini denga
berkata: "Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita
sudah ada kuasa."
Keesokan harinya pada 12 Mei di hadapan Balai
Polis Jalan Pudu, penyokong Cina DAP terus melaungkan: "...semua Melayu kasi
habis, kasi halau semua polis." "Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri,
ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau."
Hari yang sama mereka juga mengutuk bangsa
Melayu di Jalan Canvel: "Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu." Di Jalan
Bukit Bintang, DAP pula berkata; "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi
halau semua Melayu."
Hakikatnya, DAP tidak akan bertukar menjadi
sebuah parti yang memperjuangkan hak-hak orang bangsa Melayu dan pribumi kerana
sikap rasis dan perkauman tebal sudah menjadi darah dagingnya.
kalau melayu tak sedar diri lagi..tak tau laa....
ReplyDelete