Labels

Tuesday, 20 November 2012

[GEMPAR] ‘Kami nak buka agrotourism’


Penilaian yang dibuat

Pembalakan Pedu bernilai tinggi


WAJIB TENGOK!!!

Pembalakan Gunung Inas, Baling
Alor Setar: Selepas ladang rakyat di Gunung Inas, kini projek agrotourism pula dijadikan sebagai alasan oleh kerajaan PAS Kedah untuk menggondol khazanah hutan negeri ini.
Lokasi terbaru yang menjadi sasaran itu ialah lebih 400 hektar tanah hutan di sekitar Tasik Pedu di Padang Terap, dekat sini, yang selama ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan utama negeri.
Malah, sebahagian kawasan terbabit terutama di lokasi tinggi sekitar Tasik Pedu sudah diratakan, sedangkan tiada sebarang laporan berhubung kajian penilaian kesan alam sekitar (EIA) disahkan diterima untuk tapak berkenaan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, ketika diminta mengulas mengakui kewujudan aktiviti perhutanan di sekitar kawasan Tasik Pedu, yang dibangunkan untuk tujuan agrotourism di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Bagaimanapun, beliau menafikan aktiviti pembalakan terbabit dijalankan khusus untuk mengenyangkan mana-mana tauke balak, sebaliknya menjadikan projek agrotourism yang dijangka berpotensi menjadi tarikan pelancongan baru Kedah, sebagai alasan utama.
Sekarang kita dah start (mula) tolak (tebang)…Kita kena tolak (tebang) habis sebab nak buat ladang lebih 400 hektar. Bahagian atas kita sudah tebang, cuma sekarang ni kita ada sedikit masalah teknikal.
BONGKAR!! Lagi sumber di sini. Klik..
Bukan kita buat untuk tauke balak, tetapi sebab terpaksa kena tebang, then (kemudian) terserah siapa nak ambil balak tu…Yang penting, duit tu (hasil jual balak) kita gunakan untuk membangun (projek agrotourism), katanya ketika ditemui selepas menghadiri prosiding berhubung kes Madrasah Salihiah di Mahkamah Tinggi Alor Setar, di sini, semalam.
Semalam, BH melaporkan keadaan tiga lokasi iaitu di Tasik Pedu, Gunung Inas dan Jeniang semakin terancam akibat aktiviti pembalakan. Ini diakui sendiri Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, susulan tinjauan udara dilakukan hampir dua jam setengah di ketiga-tiga lokasi terbabit, pagi kelmarin.
BONGKAR LAGI!!! Sila klik ini
Azizan ketika ditanya mengenai masalah teknikal dimaksudkan, berkata ia berkaitan tafsiran tanah tinggi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan yang secara tidak langsung turut dikaitkan sebagai punca EIA untuk kerja pembalakan di Tasik Pedu itu tidak disediakan.
Tafsiran tanah tinggi mengikut Alam Sekitar (JAS) kata 250 meter ke atas, manakala Jabatan Perhutanan pula kata 750 meter. Saya harap isu teknikal ni dapat mereka selesai cepat.
Kalau keputusan itu memerlukan kami buat EIA, kami akan buat…Sekarang ni, kita jalan (projek) dan tolak (tebang) jugak, sebab nak tunggu pula (kelulusan), mesti pokok tu dah jadi umur 40 tahun pulaklah, katanya.

Sumber : n9kini.com 

1 comment:

  1. ketika mula pegang tampuk tertinggi mb kedah selepas pru12 bukankah ostad jijan dah sound nak duit drp krjaan persekutuan, kalau tak dia nak tebang balak, HAHHH LONI DIA DAH BUKTIKAN DIA BUAT BETUL2, APA NAK KECOH2 RAKYAT KEDAH????? padan muka ko, marahkan nyamuk, kelambu ko bakar........BAKAR.......BAKAR..........BAKAR..........HAHAHAHAHHAH

    ReplyDelete