Tahniah Dato' Jalal
KUALA LUMPUR, 30 Nov – Dakyah pembangkang bahawa Negeri Sembilan
bakal ditawan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)
dibidas perwakilan negeri itu yang tegas menyatakan ia akan terus
dipayungi UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Ketua UMNO Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata UMNO
Negeri Sembilan mempunyai ramai tokoh dan pemimpin yang bersedia
berjuang untuk membawa kemenangan besar kepada kerajaan sedia ada.
Beliau menamakan beberapa ‘orang kuat’ seperti Menteri Besar yang
juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mohamad Hassan
yang akan memacu jentera parti negeri menghadapi pilihan raya.
“Tunggu dan lihat, bila semua pemimpin dan nama besar ini bergerak,
sudah pasti Negeri Sembilan akan kita kuasai dengan majoriti besar pada
PRU-13,” katanya lantang ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden
pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini.
Jalaluddin turut yakin anak muda di negeri itu sentiasa bersama UMNO
dan BN walaupun sering dihasut pembangkang yang menuntut perubahan
berbekalkan contoh-contoh yang tidak boleh dipakai di Malaysia seperti
kebangkitan rakyat di Mesir.
Seperti pembahas-pembahas terdahulu, Jalaluddin tidak ketinggalan
‘membelasah’ pembangkang terutama Pas yang sebangsa dan seagama tetapi
enggan bersatu dengan UMNO demi kepentingan ummah.
“Pas kata UMNO murtad kerana zalim kepada rakyat. Zalim ke buat
pembangunan, bagi pekerjaan dan bantuan kepada rakyat? PAS pula sekadar
bercakap dan berceramah. Kalau Umno macam Israel yang bunuh, rogol dan
samun lebih 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza, bolehlah dikata zalim,”
katanya.
like3 dgn ape yg datuk jalaluddin bahaskn..
ReplyDelete