Labels

Sunday, 14 October 2012

Lagi masalah rakyat selesai di Serting..

Masalah jalan di Felda Serting Hilir Kompleks diselesai

Mohamad Sulaiman (tiga dari kanan) berbual-bual dengan Mohamed Yahya (tiga dari kiri) dan jiran-jiran Mohamed ketika melawat keadaan jalan yang telah dibaiki di hadapan rumah warga emas itu di Felda Serting Hilir Kompleks, baru-baru ini.

Seorang penduduk Felda Serting Hilir Kompleks dekat sini gembira apabila masalah jalan masuk ke rumahnya yang dihadapi sejak lapan tahun lalu selesai baru-baru ini.

Laluan sejauh 150 meter dari jalan utama yang dahulunya adalah tanah merah telah diganti dengan jalan batu jenis kasaran.

Mohamed Yahya, 68, berkata, sebelum ini dia terpaksa mengharungi lumpur ketika hujan dan debu ketika panas untuk masuk ke kawasan rumahnya.

Katanya, masalah sejak sekian lama itu selesai dalam masa dua minggu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Datuk Samsulkahar Mohd. Deli menziarahinya baru-baru ini.

"Datuk Samsulkahar amat terkejut apabila melihat keadaan di sini. Jadi beliau segera membawa masalah itu kepada Pejabat Daerah Jempol yang mengambil tindakan dalam tempoh dua minggu.

"Saya amat bersyukur dan lega kerana dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Zon Dua Felda Serting Hilir 1, Mohamad Sulaiman yang mewakili Samsulkahar memberitahu, laluan tanah merah itu telah diletakkan batu kasaran.

"Laluan yang dibaiki adalah sepanjang 150 meter iaitu dari laluan utama ke rumah Mohamed. Ia melibatkan kos sebanyak RM4,500.

"Selepas ini kita akan cari tempat-tempat lain yang menghadapi masalah jalan seperti ini. Kita mahu mereka menjalani kehidupan dengan selesa," jelasnya.

Sumber : Utusan Malaysia (Wilayah Selatan)

Nota,

Apa lagi pakatan pembangkang nak cakap kerajaan negeri tidak membela rakyat?? Berpuluh kali wakil rakyat mengatakan agar memberitahu apa sahaja masalah yang melanda. Bantuan kilat akan segera tiba.

Tidak timbul soal wakil rakyat Barisan Nasional meminggirkan rakyat. Gejala yang di bawa oleh pakatan pembangkang melaga-lagakan dan mengelirukan pandangan rakyat kepada kerajaan negeri ternyata satu sifat yang menganiaya rakyat.

Terima kasih ADUN Serting yang menyegerakan tindakan membantu rakyat. Semoga dengan khidmat dan bantuan tersebut memberi pulangan berganda pada pilihanraya umum ke-13 yang hampir pasti tiba.

 

Friday, 12 October 2012

Muhyiddin mahu BR1M terus kekal


Muhyiddin
  Muhyiddin mengunjungi gerai buah-buahan tempatan ketika melawat Pasar Bungai sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat.
 
MIRI - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) wajar diteruskan berikutan sambutan positif rakyat kerana ia mampu meningkatkan kuasa beli golongan berpendapatan rendah dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata secara peribadi beliau berpendapat pemberian BR1M patut dikekalkan namun perlu penambahbaikan bagi memastikan bantuan disalurkan sampai kepada golongan sasar.

"Terserah kepada Perdana Menteri, saya secara peribadi berpendapat memang baik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Tanjung Bungai, Bekenu di sini, hari ini.

Maklum balas hasil lawatan ke Limbang dan Miri, beliau mendapati majoriti rakyat menyambut baik BR1M 2.0 yang bakal dilaksanakan mulai tahun depan dan mahu ia dikekalkan kerana faedah besar kepada golongan berpendapatan rendah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian BR1M mampu memberi impak lebih positif berbanding skim rasionalisasi subsidi komoditi yang berkaitan dengan pengurangan harga petrol dan gula kerana bantuan tersebut terus kepada golongan yang disasarkan.

BR1M tahun ini menyaksikan kerajaan persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.2 juta isi rumah membabitkan peruntukan kira-kira RM2.2 bilion, manakala BR1M 2.0 membabitkan peruntukan RM3 bilion dengan tambahan penerima kira-kira 2.7 juta individu bujang.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BR1M 2.0 yang turut diperluas kepada orang bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan kurang RM2,000 yang melayakkan mereka menerima RM250.

Bagaimanapun pelajar institusi pengajian tinggi tidak layak menerima BR1M 2.0, sebaliknya mereka akan menerima Baucar Buku 1Malaysia juga bernilai RM250.

Terdahulu, Muhyiddin membayangkan kemungkinan BR1M dikekalkan sekiranya rakyat memberi kepercayaan semula kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mungkin BR1M boleh kekal," katanya sambil menambah kerajaan BN sentiasa prihatin dengan golongan berpendapatan rendah sehingga sanggup menyediakan pelbagai bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup. - Bernama

Tuesday, 9 October 2012

Orang Asli punya fikiran kelas A.. Pembangkang perlu tau itu!!!



Terdahulu pembongkaran wakil rakyat DAP yang datang dari Pahang khas untuk menabur fitnah dengan mengapi-apikan orang asli di Sungai Lui, Jempol tidak berhasil.

Orang asli tidak menerima fitnah dan pembohongan dari wakil rakyat dari luar negeri ini. Buktinya sila baca di sini

Ternyata pembangkang hanya pandai menimbulkan isu yang tidak ada dan diada-adakan kerana melihat rakyat negeri ini sentiasa mendapat manfaat yang baik dari Kerajaan Negeri.

Akhirnya, pembohongan pembangkang makan diri apabila Kerajaan Negeri cepat mendapat tahu agenda dan misi busuk hati mereka.

Di dalam Sidang Dewan Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ke-12, pembongkaran dan pengkhianatan pembangkang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar.

Malah, ADUN Kawasan Sungai Lui, Dato' Zainal Abidin, turut menyelar perbuatan tersebut yang terletak di bawah kawasannya.

Wartawan n9kini.net melaporkan di sini, “Pembangkang hanya mahu jadi juara rakyat dengan rekaan isu dan fitnah. Ternyata mereka mahu mengambil kesempatan dan kenyataannya sama sekali asas yang tidak benar.” Ujar Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Thursday, 4 October 2012

Greece MUFLIS angkara IMF.. ingat tuuuu..

Walaweiiii!! Tak sudah lagi ni nak bercakap pasal belanjawan Anwar Ibrahim nih.. berkoyan-koyan gamaknya..


 
REKOD CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan...
 
Ada hati la pulak nak ajar DSNajib buat bajet...alaaahhhaaaaiiii!! Masa mangkuk ni Menteri Kewangan, 97/98 zaman PALING SENGSARA hingga kadar faedah dinaikkan 12%-14% ! Perrggghhhh!!
 
Dan pada masa tu jugaklah wakil IMF datang berjumpa Tun M menawarkan pinjaman! Anwar dipahamkan adalah PROKSI IMF memujuk Tun M supaya menerima syarat2 IMF. 

NAMUN wakil IMF dihalau dari pejabat Tun M apabila beliau TIDAK BERSETUJU dgn syarat2 yg dikenakan terutama apabila wakil IMF berkata 'LET IT BE BLOOD ON STREETS' kerana kerajaan MESTI MENAIKKAN KADAR FAEDAH demi membayar balik pinjaman! Sedangkan dgn kenaikkan 12%-14% pun kita dah nak terbalik!
 
Jgn kita lupa bahawa negara Greece MUFLIS angkara IMF nihhh!
 
Terima Kasih Tun M! Kalo ikutkan kepala hotak mangkuk ANWAR IBRAHIM nihhhh, abis kita semua pakat angkat bundut kain naik tongkang lari merata negara jiran semata2 mencari sesuap nasi!!

Tuesday, 2 October 2012

Belanjawan Pembangkang Tidak Meyakinkan, Tiada Kerangka Jelas : Pakar Ekonomi


KUALA LUMPUR, 2 Okt –  Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas lebih meyakinkan berbanding belanjawan yang dikemukakan pakatan pembangkang, kata seorang profesor ekonomi pada Isnin.

Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, belanjawan pakatan pembangkang yang hanya memberi fokus kepada aspek “memberi, memberi, memberi” tidak mempunyai kerangka yang jelas berbanding Belanjawan 2013 kerajaan.

“Apabila pakar ekonomi mempersoalkan belanjawan pembangkang secara terperinci, mereka gagal memberikan jawapan yang meyakinkan dan jelas, dari aspek ekonomi.

“Sebaliknya, pembangkang akan mendakwa pakar ekonomi bertanyakan soalan yang berbaur politik,” katanya pada sesi perbincangan “Belanjawan 2013 dan Transformasi Ekonomi Negara” pada Wacana Majlis Profesor Negara (MPN) Pasca Belanjawan 2013: Mentransformasi Negara anjuran MPN di sini, Isnin.

Noor Azlan berkata demikian ketika diminta membuat perbandingan di antara Belanjawan 2013 dan belanjawan pakatan pembangkang oleh salah seorang peserta perbincangan itu.

Beliau yang merupakan salah seorang anggota panel perbincangan itu berkata, pelbagai pemberian yang dijanjikan oleh parti pembangkang dalam belanjawan itu dilihat hanya bertujuan memancing undi.

Noor Azlan berkata, Belanjawan 2013 yang dibentangkan pada Jumaat lepas adalah begitu menyeluruh dan mengandungi pelan dan strategi yang jelas terutama dalam membantu semua golongan masyarakat dan pelbagai sektor.

Beliau juga turut mempersoal hasrat pakatan pembangkang untuk menurunkan harga kenderaan kerana ini akan hanya menambahkan bilangan kenderaan di jalan raya dan sekali gus menambah kesesakan.

“Lebih baik tingkatkan sistem pengangkutan daripada mengurangkan harga kenderaan. Nanti lebih banyak kenderaan daripada jalan raya,” jelasnya.

Noor Azlan berkata, ini dapat dilihat di negara-negara maju di mana rakyatnya tidak perlu memiliki kenderaan kerana sistem pengangkutan negara berkenaan begitu efisien.

Beliau berkata, adalah lebih baik Malaysia mencontohi sistem pengangkutan awam negara maju daripada menurunkan harga kenderaan.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, Belanjawan 2013 menunjukkan komitmen Perdana Menteri untuk merealisasikan aspirasi negara seperti yang dijanjikannya sebelum ini.

Belanjawan 2013 membantu memberikan golongan tua dan muda di negara inimenikmati hidup yang lebih sejahtera, katanya.

Ia juga mampu memberi kesan positif terhadap pandangan rakyat kepada kerajaan, katanya dalam perbincangan kedua bertajuk “Mentransformasikan SosioPolitik Negara”.

“Malah sebelum Belanjawan 2013 dibentangkan, transformasi yang dilakukan kerajaan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) sudah menunjukkan hasil positif,” katanya.