Masalah jalan di Felda Serting Hilir Kompleks diselesai
Seorang penduduk Felda Serting Hilir Kompleks dekat
sini gembira apabila masalah jalan masuk ke rumahnya yang dihadapi sejak
lapan tahun lalu selesai baru-baru ini.
Laluan sejauh 150 meter dari jalan utama yang dahulunya adalah tanah merah telah diganti dengan jalan batu jenis kasaran.
Mohamed Yahya, 68, berkata, sebelum ini dia terpaksa mengharungi
lumpur ketika hujan dan debu ketika panas untuk masuk ke kawasan
rumahnya.
Katanya, masalah sejak sekian lama itu selesai dalam masa dua minggu
apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Datuk Samsulkahar
Mohd. Deli menziarahinya baru-baru ini.
"Datuk Samsulkahar amat terkejut apabila melihat keadaan di sini.
Jadi beliau segera membawa masalah itu kepada Pejabat Daerah Jempol yang
mengambil tindakan dalam tempoh dua minggu.
"Saya amat bersyukur dan lega kerana dapat menjalani kehidupan dengan
lebih selesa," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Zon Dua Felda Serting Hilir 1, Mohamad
Sulaiman yang mewakili Samsulkahar memberitahu, laluan tanah merah itu
telah diletakkan batu kasaran.
"Laluan yang dibaiki adalah sepanjang 150 meter iaitu dari laluan utama ke rumah Mohamed. Ia melibatkan kos sebanyak RM4,500.
"Selepas ini kita akan cari tempat-tempat lain yang menghadapi
masalah jalan seperti ini. Kita mahu mereka menjalani kehidupan dengan
selesa," jelasnya.
Sumber : Utusan Malaysia (Wilayah Selatan)
Nota,
Apa lagi pakatan pembangkang nak cakap kerajaan negeri tidak membela rakyat?? Berpuluh kali wakil rakyat mengatakan agar memberitahu apa sahaja masalah yang melanda. Bantuan kilat akan segera tiba.
Tidak timbul soal wakil rakyat Barisan Nasional meminggirkan rakyat. Gejala yang di bawa oleh pakatan pembangkang melaga-lagakan dan mengelirukan pandangan rakyat kepada kerajaan negeri ternyata satu sifat yang menganiaya rakyat.
Terima kasih ADUN Serting yang menyegerakan tindakan membantu rakyat. Semoga dengan khidmat dan bantuan tersebut memberi pulangan berganda pada pilihanraya umum ke-13 yang hampir pasti tiba.
No comments:
Post a Comment