Friday, 19 October 2012

[CERITA BETUL] Bukan projek terbengkalai - MBN9

 Indahnya Pantai Telok Kemang Port Dickson

TELOK KEMANG  - Kerajaan negeri hari ini menjelaskan projek penambakan dan mengindahkan pantai di Batu 8 dekat sini, bukannya terbengkalai tetapi satu projek yang tergendala disebabkan kekurangan pasir untuk tujuan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagi mengatasi masalah berkenaan, kontraktor yang dilantik telah bersetuju untuk mendapatkan bekalan pasir dari luar negeri supaya projek diteruskan dalam waktu terdekat.

"Pantai kita semakin terhakis dan aliran ombak sentiasa berubah menyebabkan pantai menjadi pendek.

"Kerajaan telah memulakan projek penambahbaikan di kawasan pantai dan berjaya dalam fasa pertamanya, beberapa tahun lepas di pantai Batu 4, Port Dickson," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban.

Kata Mohamad, pihak kontraktor telah mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri Melaka untuk mengambil pasir bagi penambakan dan sebaik diterima kelak, projek tergendala ini disambung semula.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Hashim Osman berkata, projek penambakan pantai itu akan melibatkan laluan sepanjang 1.7 kilometer di sini.

Katanya lagi, apabila siap kelak kawasan riadah ini akan menjadi lebih luas dan mampu menarik perhatian pengunjung di lokasi popular ini.

"Selain penambakan, lokasi ini juga akan diindahkan dengan landskap baharu yang lebih segar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Katanya, apa yang kerajaan laksanakan ini akan membawa kepada penambahan bilangan pengunjung dan bukan mengurangkan kehadiran mereka.

"Apabila masalah mendapatkan pasir ini selesai, projek ini akan bermula secepat mungkin," katanya.

PRU13n9 berkata,
Jika projek penambakan pantai ini siap kelak, menjadikan pantai yang berpesisiran 1.7 kilometer ini akan bertambah cantik dan indah. Krew PRU13n9 setuju bahawa setiap projek yang diusahakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan akhirnya nanti akan memberi impak yang baik kepada pelancong tempatan dan juga dari luar negeri dan negara.

Kepada yang membuat artikel yang sensasi tersebut, lebih baik bertanya kepada empunya diri jawapan-jawapan tepat berbanding mengeluarkan sesuatu yang boleh diragui oleh orang awam. Orang awam yang mudah menerima cerita yang berbentuk persepsi perlu mencari jawapan di sebalik yang berlaku. Memanglah sukar bagi mereka menerima jawapan berbentuk hakikat kerana dakwaan yang keluar lebih dahulu buat mereka percaya.

Namun begitu, kami yang sentiasa memahami tugas dan amanah, segala usaha Menteri Besar Negeri Sembilan, itu adalah baik untuk semua.

Jangan mudah percaya dengan berita yang tidak betul yer.. 

Kini semuanya sudah dijawab Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan di Sidang Media ringkas Rabu lalu.

Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment