Labels

Wednesday 31 October 2012

Rafizi Tidak Layak Dilindungi Dibawah WPA - Nazri Aziz


alt

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberi penjelasan mengapa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli tidak berhak dilindungi dibawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA), yang diwujudkan bagi melindungi pemberi maklumat dalam isu rasuah.
 
Ogos lalu, Rafizi dan bekas pekerja bank Johari Mohamad didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan butiran perbankan berkaitan dengan skandal National Fidlot Corporation (NFCorp) di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).
 
Beliau berkata tidak ada keperluan untuk memberikan perlindungan kepada pihak terbabit kerana dalam kes PFN, perkara itu telah dihebohkan kepada semua orang sehingga seluruh dunia tahu mengenainya.
 
 “Mereka ini adalah peniup trompet, dan bukannya pemberi maklumat,” kata Nazri dalam menjawab soalan tambahan daripada Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) yang ingin tahu kenapa pihak yang mendedahkan salah laku dalam projek lembu itu tidak diberi perlindungan undang-undang.
 
Beliau berkata WPA hanya melindungi pemberi maklumat dan bukannya pihak yang melanggar undang-undang, seperti BAFIA.
 
“Mereka menghebahkan maklumat dan butiran peribadi ke seluruh dunia. Perlindungan apa yang layak diberikan?
 
"Akta ini tidak melindungi pihak yang melanggar undang-undang, seperti BAFIA. Akta ini hanya melindungi pemberi maklumat dalam isu rasuah," katanya.
 
Menjawab satu lagi soalan tambahan dari Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Nazri berkata Akta Rahsia Rasmi dan BAFIA adalah maklumat-maklumat yang tidak boleh mungkin didedahkan kepada orang awam.

Sumber : KLPos

No comments:

Post a Comment