Ketika pihak lain memperakukan peranan Malaysia membantu sehingga termeterai perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), suara Datuk Seri Anwar Ibrahim kedengaran berbeza.
Nun jauh di Rumah Putih pun sudah keluar kenyataan menghargai usaha Malaysia.Selain Amerika, pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa terpegun melihat sinar damai di Selatan Filipina.
Peliknya, Anwar ada sama dalam sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan pembankang di bangunan Parlimen, Selasa ketika Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengalu-alukan perjanjian itu.
Presiden PAS itu berkata, Pakatan pembangkang mengalu-alukan perjanjian damai yang dimeterai di Manila Isnin antara kerajaan Filipina dan MILF.
"Ia sebagai satu penyelesaian yang sangat baik dan positif kepada keamanan serantau dan antarabangsa. Jadi kita harapkan semua perjanjian itu dilaksanakan sebaik-baiknya," katanya.
Malaysia bertanggungjawab menjadi pengantara perundingan damai antara kedua-dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Oktober lalu.
Selain itu Abdul Hadi turut berharap isu berhubung konflik perkauman yang berlaku di Rakhine, Myanmar membabitkan etnik Rohingya dapat diselesaikan secara rundingan damai.
"Kita harap ia diselesaikan secara aman dan adil, itu harapan kita. Begitu juga di selatan Thailand, kita mahu supaya keamanan wujud di selatan Thailand dengan ada pendamaian semua pihak," katanya.
Bagaimanapun, Anwar ketika mencelah jawapan Hadi kepada satu soalan,seolah-olah melihat peranan Malaysia dalam mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina, seperti orang ‘jealous’.
Bagi Ketua Pembangkang itu, soal Moro bukan isu baru kerana sudah ada tiga atau empat perjanjian sebelum ini.
“Selepas Presiden (Filipina) baru, Benigno Aquino...dia ambil inisiatif awal untuk adakan rundingan dan Malaysia beri sokongan,” katanya.
Tegas Anwar lagi, “FAKTANYA, (ini) Inisiatif Presiden baru, kerana inisiatif beliaulah dapat penyelesaian. Bukan sahaja perjanjian tetapi perlaksanaan,”.
Sebaliknya, Anwar menuduh Malaysia ‘lembab’ kerana gagal suarakan pendapat bagi menyelesaikan isu di Rohingya, Myanmar padahal boleh menyuarakan isu Moro.
Untuk rekod misi kemanusiaan yang dipelopori oleh Kelab Puteri 1Malaysia yang disertai 50 sekarelawan baru pulang dari kawasan bergolak di Myanmar itu.
Mereka membawa 500 tan bantuan untuk membantu penderitaan orang Rohingya.
Mungkin Anwar kena baca balik kisah bagaimana rumitnya hendak mengendalikan misi itu.Akhirnya misi Kelab Putera itu yakni misi antarabangsa terbesar dibenar kerajaan Myanmar masuk ke kawasan itu.Ini adalah hasil dari dokongan kuat kerajaan dan pengaruh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tentu sukar bagi pembangkang mahupun Anwar sendiri mengiktiraf peranan Malaysia apatah lagi Najib turut berada sama di Istana Malacanang di negara itu menyaksikan detik bersejarah tersebut.Ini sebagai pengitirafan peranan Malaysia dalam usaha damai itu.
Mungkin juga Anwar kecewa kerana usaha itu tidak berjaya ketika beliau masih dalam kerajaan dahulu.
Sebagai rekod, MILF adalah pecahanan daripada Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) yang ditubuhkan dan dipimpinan Nur Musuari.
MILF dipimpin Salamat Hashim (bekas timbalan Misuari) memulakan perundingan mereka sendiri dengan kerajaan Filipina pada 1997.
Perundingan ini dihentikan apabila usaha peperangan habis-habisan (all out war) dijalankan oleh Presiden Joseph Estrada pada tahun 2000.
Tentu ramai rakyat negara ini masih ingat isteri Anwar Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Nurul Izzah pernah bertemu Estrada dan bekas presiden itu menggambarkan Anwar sebagai kawan baiknya.
Perundingan disambung semula selepas Estrada dijatuhkan dan Presiden Gloria Macapagal Arroyo meminta bantuan Malaysia menjadi fasilitator dalam proses perundingan seterusnya.
No comments:
Post a Comment