Rancangan pembelian kapal selam
Scorpene oleh kerajaan yang kini dipolitikkan oleh pakatan pembangkang,
sebenarnya telah dibuat pada 1991 dan mendapat kelulusan pada 1995 iaitu
ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.
Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad
Zahid Md. Arip mendakwa, Anwar mengetahui perkara tersebut kerana
sebagai menteri berkenaan, beliau bertanggungjawab meluluskan pembelian
kapal selam berkenaan ketika itu.
"Segala-galanya telah dibentangkan di Parlimen pada persidangan yang
lalu tentang perjanjian pembelian Scorpene. Rupa-rupanya rancangan
hendak beli kapal selam dibuat sejak 1991. Pada 1995, Kementerian
Kewangan meluluskan proses pembelian kapal selam dengan harga yang
ditetapkan.
"Siapa Menteri Kewangan ketika itu? Anwar Ibrahim. Dia lulus waktu
itu, dia yang beri kelulusan dan tangan dia yang tandatangan dokumen
kelulusan. Hari ini, dia mengelirukan rakyat dengan menuduh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima komisen," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Rapat Umum Pertubuhan Pribumi Perkasa
Malaysia (Perkasa) di Dewan Datuk Ahmad Said, Kampung Sungai Rokam di
sini malam tadi.
Dalam ceramah itu, Muhammad Zahid turut meminta rakyat tidak
terpengaruh dengan janji-janji manis Anwar termasuk menghapuskan tol,
hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan
menurunkan harga minyak.
Katanya, semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri
dahulu, Anwar menolak desakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
(GPMS) agar kadar faedah pinjaman PTPTN sebanyak empat peratus
dikurangkan.
"Mana ayat dia dahulu adat berhutang mesti bayar? Sebab hendak
gula-gulakan rakyat, dia buat janji macam ini. Zaman Najib, peminjam
PTPTN hanya dikenakan kadar faedah satu peratus dan kalau pandai
belajar, mereka tidak perlu bayar. Ini untuk menggalakkan anak-anak kita
belajar," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, orang Melayu dan Islam tidak ada
pilihan melainkan menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan
Raya Umum Ke-13 nanti jika mahu kedudukan Islam dan hak keistimewaan
orang Melayu tidak digugat.
Sumber : Utusan Malaysia
Sumber : Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment