Labels

Thursday, 20 September 2012

Kerajaan Negeri Selangor tidak prihatin permasalahan rakyat?? Tidak salah Kerajaan Pusat teruskan Projek Langat 2..



Krew PRU13N9 turut membaca Suara Keadilan bertarikh 18 September 2012 dan terus membaca dengan harapan kami akan menyokong Keadilan atau PKR atau Pakatan Haram Jadah mahupun seangkatan dengannya.

Tapi kami tak jumpa aura tersebut dan mahu mengubah angin.. cuba-cubalah nak memenangi  isu yang ada di setiap helaian akhbar terbalik jenama pakatan rakyat ni.. tidak ada dan apa yang kami dapat lihat.. semua artikel yang ditulis oleh wartawan-wartawan di pihak sana adalah berlawanan sekali dengan apa yang berlaku pada keadaan realiti.

Dengan erti kata lain, memaksa diri untuk menjuarai rakyat.. padahal akal logiknya, perkara itu seperti tidak akan berlaku.. Melainkan akal kita memang dah gila mahu bagi undi dekat mereka yang berlawanan sikapnya.

Di pendek kanlah mukadimah ini, perkara yang krew PRU13N9 ragui ketelusan Kerajaan Negeri Selangor terhadap Projek Langat 2.

Nampaknya, beriya-iya benar mereka mahu menyekat usaha yang mahu dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan.

Sekali lagi mereka mengenepikan keutamaan dan kesejahteraan rakyat Selangor yang telah mengundi mereka di PRU12. 

Adakah sudah diberi peluang memerintah di Negeri Selangor, mereka mahu menghamparkan keadaan naif buat rakyatnya?? Orang Negeri Sembilan kata, hellloooo, kemonlah.. utamakan kesejahteraan rakyat. Bukan pemerintah kuku besi.

Ini merupakan strategi awal mereka untuk menjadikan rakyat Negeri Selangor tidak merasa nikmat kebersihan seperti mana Kerajaan Barisan Nasional memerintah Selangor sebelum PRU12.

Ini persoalan bekalan air terawat lah.. bekalan yang disalurkan kepada rakyat di Negeri Selangor. Senang cerita bukan nak kata rakyat Negeri Selangor ajer.. Ramai rakyat di negeri lain umpama, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan kawasan berhampiran yang bekerja di Negeri Selangor mengeluh tahap bekalan air di negeri tersebut tidak sempurna. Mana pergi janji mereka?? Janji elek.. Tunai elek.. Boleh pulak macam tu..

Keadaannya juga menampakkan bahawa mereka mahu menjadikan Selangor seperti mana Kelantan satu ketika dulu.. Jika Kelantan dah terbukti melakukan sekatan bentuk bantuan Kerajaan Persekutuan sejak mula memerintah, maka tak mustahil itulah yang hendak dilakukan Kerajaan Negeri Selangor.

Dulu mereka menyekat bantuan Kerajaan Persekutuan.. hari ini mereka kata Kerajaan Persekutuan tidak pernah membantu mereka.. Sudah lebih 20 tahun lamanya..  Tipu daya mereka..

Mereka mahu menyekat bantuan yang hendak dibuat untuk rakyat negeri Selangor. Inilah halnya.. mereka tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan kesejahteraan rakyat.

Apa dah berlaku di Negeri Kelantan, itulah ikhtibar yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan apabila tidak mahu melihat rakyatnya terus terhimpit dengan fahaman cetek pemerintah yang berkepala batu..

Mereka bercakap pasal undang-undang.. tetapi mereka turut mengingkari undang-undang.. dengan mengaburi mata khalayak dengan undang-undang.. dan akhirnya mereka mahu menunjukkan yang mereka betul dari segi undang-undang dan melihatkan Kerajaan Persekutuan di pihak salah dari segi undang-undang.. kemudian, menjadi mangsanya rakyat.. 

Seterusnya, krew PRU13N9 rasa amat kelakar.. apabila keratan akhbar terbalik mereka berbunyi;

Kerajaan Pusat berdegil untuk meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 kerana mahu mengkayakan kroni UMNO-BN, meskipun tidak mendapat kelulusan Menteri Besar Selangor. - Pada Krew PRU13N9, ini sesuatu kenyataan yang BIADAP kerana Projek Langat 2 perlu diteruskan demi kesejahteraan rakyat Negeri Selangor. Ini bukan soal kroni.. Ini soal rakyat.. Tidak cukupkah dengan kesengsaraan rakyat Negeri Selangor yang dijanjikan dengan 20meter padu air percuma.. tetapi yang mendapat manfaatnya orang kaya Negeri Selangor. Sedangkan rakyat golongan sederhana lah yang perlu diberi keutamaan. Sehingga rakyat bangkit menyaman kerajaan Negeri Selangor?? Apa cerita??

Jika Kerajaan Negeri Selangor mengatakan ini untuk mengayakan kroni UMNO.. kenapa mereka tidak melaksanakannya dengan dana Kerajaan Negeri Selangor yang dikatakan berbilion-bilion RM. Apabila Kerajaan Persekutuan masuk campur.. pula dikatakan kroni.. Di manakah letaknya prinsip berkerajaan mereka?? Nampaknya, mereka lah yang tak cukup lagi bagi makan kat kroni-kroni.. sehingga tidak ada daya membantu mensejahterakan rakyat.. sehingga menuduh Kerajaan Persekutuan nak mengayakan kroni UMNO..

PRU13N9 tanya.. yang dikatakan tak ada hak bersuara.. hak bermedia.. Akhbar Suara Keadilan - Media Fitnah ni apa?? Terang-terang menghambur tuduhan yang bukan-bukan ke atas UMNO.. Boleh pulak.. berhak pulak?? Dah tu bebas kan main.. Banyak cakap..

Wednesday, 19 September 2012

[GERHANA PR] : PR tak yakin bubar tapi desak BN?? Kuasa tengelam timbul??


WALAUPUN penulis tidak begitu setuju dengan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membubarkan DUN Selangor berasingan dari pembubaran Parlimen, tapi penulis boleh menerima keputusan yang telah dipersetujui bersama Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu.
 
Cuma yang tak sedap tu bila banyak pihak dalam Pakatan Rakyat sendiri yang tumpang sekaki menokok tambah keputusan yang telah dibuat, dengan memberikan tarikh-tarikh pembubaran DUN ikut versi mereka sendiri.  Ada yang kata Januari, ada yang kata Mac dan sebagainya.
 
Tidak setakat di Selangor sahaja, malah di negeri-negeri lain seperti Kedah dan Pulau Pinang umpamanya, turut tidak mahu terkecuali dari bermain teka teki yang sama.
 
Dalam masa yang sama, ada pula yang mendesak Perdana Menteri Najib membubarkan Parlimen dengan segera atau digelar penakut.  Yang bercakap ini lupakah Pakatan Rakyat pun tidak mahu membubarkan DUN di negeri yang diperintah masing-masing terlalu awal?
 
Tidakkah kenyataan seumpama itu nanti boleh ‘backfire’ dan seterusnya merugikan Pakatan Rakyat?  Mana tidaknya, kalau Najib dituduh takut kerana enggan membubarkan parlimen, Pakatan Rakyat juga boleh dituduh penakut sama kerana enggan membubarkan DUN di negeri yang diperintahnya lebih awal!!
 
Lain kali kalau nak bercakap/menulis, gunalah otak sedikit.
 
Tapi lupakanlah sebentar isu itu dulu, yang penulis lebih pentingkan sekarang ialah Pakatan Rakyat tidak perlu begitu ramai orang untuk berspekulasi mengenai tarikh pembubaran DUN di 4 negeri yang diperintahnya.
 
Bila dah ramai sangat orang bercakap, takut-takut rakyat dan penyokong parti menjadi keliru.
 
Yang penulis faham, keputusan itu (tarikh sebenar pembubaran DUN) hanya di tangan Anwar selaku Ketua Pakatan Rakyat.  Yang lain dan tidak berkaitan harap diam dan menerima sahaja keputusan yang bakal dibuat nanti.
 
Hari ini, tambah sakit kepala penulis lagi bila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat Selangor belum membuat keputusan untuk membubarkan DUN berasingan atau serentak dengan pembubaran Parlimen.
 
Khalid dipetik media hari ini sebagai berkata:-
 
Kerajaan Negeri Selangor masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) secara serentak ataupun berasingan dengan pembubaran parlimen oleh kerajaan persekutuan bagi memberi lalauan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
 
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berjata, perancangan untuk membuat pilihanraya DUN berasingan atau serentak merupoakan strategi kerajaan negeri namun ini bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan tarikh PRU13.
 
Kami tak tahu tarikh pilihanraya yang sebenar….ini adalah jawapan kepada spekulasi, ada baiknya pilihanraya berasingan dan ada baiknya pilihanraya di buat secara bersama… perbincangan ini berdasarkan spekulasi (berhubung tarikh pilihanraya) dan strategi bagaimana kami mahu menghadapinya”, katanya kepada pemberiya disini semalam.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mengumumkan pendiriannya, Selangor tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak.
 
Ini apa kes?  Bukankah keputusan sudah dibuat Anwar, kenapa Khalid mengeluarkan kenyataan bercanggah pula.  Ini bukan setakat boleh buat rakyat dan penyokong parti keliru, malah tertipu juga.
 
Sekarang pun penulis dimaklumkan ramai pemimpin dan petugas PAS/PKR Selangor yang menangguhkan pemergian ke tanah suci Mekah kerana bimbang pilihanraya umum akan diadakan pada bulan November dan mereka terlepas peluang bertanding/berkhidmat dengan parti setelah Khalid mengeluarkan kenyataan tersebut.
 
Ini bukan masalah kerana penulis berpegang kepada prinsip bahawa keutamaan perlu diberikan untuk memastikan kejayaan parti dalam pilihanraya, dari menunaikan ibadah haji yang boleh ditangguhkan (rujuk kenyataan Ketua Penerangan PAS disini).
 
Tapi masalahnya disitu, percanggahan kenyataan ini memberikan impak yang besar di mata rakyat.  Rakyat sudah mula keliru dan tidak yakin dengan kesatuan dalam Pakatan Rakyat, apatah lagi bila sama-sama PKR pun tidak boleh bersama dalam mengeluarkan kenyataan.
Ada masalah komunikasi ke atau memang Khalid sengaja nak buat hal?

Tuesday, 18 September 2012

PEMERHATI POLITIK RAGU KESEDIAAN PR UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA



KUALA LUMPUR, 18 Sept — Pemerhati politik meragui mengenai kesediaan Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah Malaysia jika gabungan itu berjaya untuk merampas Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, dengan mengatakan terdapat isu-isu yang tidak dapat diselesaikan dan menggugat peluang mereka. Peguam Andrew Khoo menegaskan bahawa PR masih belum tampil dengan “kabinet bayangan” atau kerajaan menunggu, mengatakan ini telah “menyekat kredibiliti mereka”.

“Walaupun mereka mempunyai dasar biasa dalam Buku Jingga... ketidakupayaan atau keengganan PR untuk membentuk kabinet bayangan... bermakna mereka tidak dapat menyuarakan apa bentuk polisi mereka,” katanya malam tadi.

Khoo berkata bahawa amalan PR adalah untuk “sentiasa mempunyai jawatankuasa tiga” mewakili parti pakatan pembangkang DAP, PAS, PKR, tetapi apa yang dipersoalkan adalah, siapa paling “berwibawa” untuk bercakap mengenai dasar dicadangkan.

PR telah berjanji untuk menukar pelbagai dasar negara sebagai sebahagian daripada kempen pilihanraya, dengan cadangan baru-baru ini termasuk membuat kereta lebih murah, membanteras jenayah dan menangani isu-isu wanita.

“Saya mempunyai kebimbangan. Bagi saya, tragedi besar akan terjadi di Malaysia jika PR menang dan kemudian gagal sebagai sebuah kerajaan. Itu akan dalam beberapa cara meletakkan kemungkinan bahawa akan ada satu lagi pembangkang.”

Beliau menjawab soalan mengenai sama ada PR telah bersedia untuk memerintah pada forum bertajuk “Aktivisme Politik Baru dan Penjajaran Semula: Implikasi untuk PRU 13 Malaysia” di Petaling Jaya semalam.

Bridget berkata bahawa PR masih perlu menyelesaikan perbezaan ke atas isu-isu seperti hudud dan undang-undang Islam.

Rakan ahli panel, Bridget Welsh berkata bahawa PR masih perlu menyelesaikan perbezaan ke atas isu-isu seperti hudud, undang-undang Islam, dengan menambah bahawa pengalaman pemimpin akan menjadi satu isu. Gabungan Barisan Nasional (BN) telah menjadi satu-satunya kerajaan persekutuan di Malaysia sejak negara ini telah dibentuk, sebelum ini menggunakan nama Parti Perikatan.

PR juga akan menghadapi “cabaran bekerja dengan penjawat awam” jika mengambil alih kerajaan pusat, kata Welsh, seorang profesor madya sains politik dari Universiti Pengurusan Singapura.

“Tidak pernah parti-parti politik yang mentadbir negara, birokrasi yang memerintah negara.

“Ini adalah orang-orang yang perlu untuk turut membuat keputusan mereka,” katanya, sambil menambah bahawa ia “bukan mengenai parti, tetapi semua orang yang bekerja bersama-sama”.

Tetapi Welsh tidak mengatakan sama ada dia merasakan PR — yang terdiri daripada parti yang mempunyai ideologi berbeza — bersedia untuk membentuk kerajaan.

Peguam Lim Heng Seng, ahli panel ketiga, menjadi lebih optimistik tentang keupayaan PR untuk memerintah jika menang pilihan raya.

“Ia adalah satu risiko harus kita ambil. Saya tidak fikir kita perlu terlalu bimbang bahawa PR tidak akan mampu untuk memerintah,” kata Lim, bekas pengerusi Mahkamah Perusahaan.
Khoo juga mengulas bahawa pembaharuan undang-undang yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cemerlang sebagai satu latihan perhubungan awam, tetapi terdapat kekurangan jika meneliti dengan lebih dekat.

“Masalah dengan reformasi perdana menteri adalah direka dalam cara yang membuatkan ia kelihatan sangat baik... tetapi apabila anda melihat dengan teliti ... kurang kebebasan dalam apa yang beliau janjikan.”

Pembaharuan perundangan muncul untuk memberi “isyarat bercampur” dan “dikira dan dijaga” dan bukannya “sepenuh hati”, kata Khoo, memetik Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Seksyen 114A Keterangan 1950 sebagai contoh.

Lim Heng Seng lebih optimistik tentang keupayaan PR untuk memerintah jika menang pilihan raya.

Walau bagaimanapun, Welsh berkata bahawa “kredit” harus diberikan kepada Najib, dengan mengatakan bahawa ia mesti diiktiraf bahawa sesiapa yang membawa kerajaan BN “mempunyai warisan besar” Tun Dr Mahathir Mohamad — PM paling lama memerintah. Kedua-dua Najib dan pendulunya Tun Abdullah Badawi telah menghadapi cabaran besar, kata Welsh, sambil menambah bahawa terdapat “penentangan terhadap pembaharuan” dalam parti mereka sendiri.

Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, adalah pengerusi BN dan juga parti utama gabungan — Umno.

Welsh berkata bahawa rintangan Umno untuk pembaharuan telah menyumbang kepada kerugian dalam PRU 2008, mengatakan bahawa pilihan raya akan datang menjadi ujian kesediaan mereka untuk menerima pembaharuan.

Penganalisis politik itu dalam pembentangan awal beliau berkata bahawa Umno sendiri  adalah “musuh terburuk”.

“Pepecahan dalam Umno sendiri adalah musuh yang paling teruk apabila datang kepada pilihan raya. Nasib mereka ditentukan oleh tingkah laku dan keputusan mereka.”

Welsh berkata bahawa isu rasuah yang “berleluasa” dalam parti pemerintah telah memberikan PR “platform yang sama” untuk bekerjasama dan kelebihan berbanding BN.

Beliau menambah bahawa rakyat Malaysia mesti melihat politik melangkaui etnik, kelas ekonomi, dan jurang bandar-luar bandar, apatah lagi PRU 13 yang semakin hampir.

Sumber : Jejari Kami

Friday, 14 September 2012

Anwar Pencipta Persepsi Salah Rakyat


MELBOURNE, 14 Sept – Pengerusi Kelab UMMO Melbourne, Mohd Hazwan Mohd Hairollah berkata pembangkang bukanlah satu pakatan yang kuat namun telah menggunakan sepenuhnya ruang di media baru bagi membina persepsi palsu terhadap kerajaan.

“Pemimpin kerajaan mesti bertindak balas dengan kadar segera kerana jika setiap dakwaan atau tohmahan itu dibiarkan maka lama kelamaan ia diangggap benar oleh rakyat dan seterusnya mmmbina persepsi salah.

“Dalam konteks pelajar di luar negara ini sumber utama mereka adalah melalui media baru. 

Sebab itu penting bagi kita untuk mendapat maklumat sebenar akan tidak terpesong dengar sebarang manipulasi isu terutama dari pembangkang”, ujarnya.

Mengenai dakwaan kononnya UMNO sudah lagi tidak relevan, beliau berkata itu hanyalah satu persepsi palsu yang cuba dibina pembangkang.

“Kita yakin jika diimbas kembali sejak 55 tahun lalu tiada siapa boleh menyangkal banyak jasa dan sumbangan yang telah dilakukan UMNO terhadap pembinaan negara.

“Kita adalah ikon yang sentiasa sedia membantu, menjalin hubungan baik dengan semua pihak dan berpegang kepada kebenaran dalam menghadapi apa jua isu yang cuba ditimbulkan pihak-pihak tertentu”, terangnya. -MediaUMMO.

(Laporan Timb. Ketua Pengarang UMNO-Online, Al-Kamarolzaman Abd Latif Yang Kini Turut Menyertai Delegasi Sekretariat KULN Dalam Rangka Lawatan ke Australia Dari 10-15 September).

Sumber : UMNO Online

Saturday, 8 September 2012

Rakyat perlu bersatu pertahankan BN dalam PRU akan datang

muhyiddin300Rakyat perlu bersatu mengekalkan penguasaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di peringkat pusat untuk memastikan kelangsungan asas pembinaan negara dan bangsa terus dipertahankan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kemenangan dalam PRU-13 bukan sekadar memenuhi matlamat politik BN dan UMNO semata-mata, tetapi lebih besar sebagai benteng untuk menangkis kemunculan pelbagai ideologi dibawa pihak tertentu termasuk dari luar.

"Kemunculan beberapa ideologi serta tindakan yang bertentangan dengan moral serta etika ketimuran Malaysia selepas PRU ke-12 lalu, menjadi bukti pembangkang yang mula menguasai beberapa negeri ketika itu hanya bertindak dengan bermatlamatkan agenda politik semata-mata.

"Psikologi sebegini termasuk yang berlaku dalam tempoh terdekat ini sengaja dibentuk pembangkang sehingga rakyat kini terpinga-pinga, manakala kaum Melayu sendiri mula kehilangan arah tuju," katanya sempena perasmian mesyuarat UMNO Bahagian Langkaw di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri Jumaat.

Beliau berkata kerana itu, UMNO dan BN perlu betul-betul kukuh untuk mendapat sokongan dan mandat yang besar supaya kerajaan mempunyai kekuatan untuk menentukan asas pembinaan negara bangsa yang berteraskan prinsip Rukunegara dapat dilaksanakan.

"Umpamanya, prinsip Keluhuran Perlembagaan daripada pihak-pihak yang mempertikaikan apa-apa yang disenaraikan seperti kedudukan raja-raja, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kedudukan bangsa lain yang cuba digugat," katanya