Labels

Friday, 30 November 2012

Negeri Sembilan Tidak Akan Dapat Ditawan Pembangkang

 Tahniah Dato' Jalal

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Dakyah pembangkang bahawa Negeri Sembilan bakal ditawan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dibidas perwakilan negeri itu yang tegas menyatakan ia akan terus dipayungi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Ketua UMNO Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata UMNO Negeri Sembilan mempunyai ramai tokoh dan pemimpin yang bersedia berjuang untuk membawa kemenangan besar kepada kerajaan sedia ada.

Beliau menamakan beberapa ‘orang kuat’ seperti Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mohamad Hassan yang akan memacu jentera parti negeri menghadapi pilihan raya.

“Tunggu dan lihat, bila semua pemimpin dan nama besar ini bergerak, sudah pasti Negeri Sembilan akan kita kuasai dengan majoriti besar pada PRU-13,” katanya lantang ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini.

Jalaluddin turut yakin anak muda di negeri itu sentiasa bersama UMNO dan BN walaupun sering dihasut pembangkang yang menuntut perubahan berbekalkan contoh-contoh yang tidak boleh dipakai di Malaysia seperti kebangkitan rakyat di Mesir.

Seperti pembahas-pembahas terdahulu, Jalaluddin tidak ketinggalan ‘membelasah’ pembangkang terutama Pas yang sebangsa dan seagama tetapi enggan bersatu dengan UMNO demi kepentingan ummah.

“Pas kata UMNO murtad kerana zalim kepada rakyat. Zalim ke buat pembangunan, bagi pekerjaan dan bantuan kepada rakyat? PAS pula sekadar bercakap dan berceramah. Kalau Umno macam Israel yang bunuh, rogol dan samun lebih 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza, bolehlah dikata zalim,” katanya.

Thursday, 29 November 2012

Abby Abadi salahkan UMNO tidak pernah undi

Abby Abadi tidak pernah undi
Abby menjadi juri pertandingan memasak bersempena program Bicara Hijrah Selebriti, semalam.

PASIR PUTEH - Selebriti Abby Abadi mengakui tidak pernah mengundi sebelum ini kerana golongan artis tidak pernah diberi kesedaran mengenainya walaupun sering kali terlibat dengan program anjuran Umno dan Barisan Nasional.
Abby berkata, penglibatan artis dalam program parti hanya untuk memeriahkan majlis dan menarik ramai hadirin.

Ketika itu katanya, beliau tidak berasa bersalah tidak mengundi kerana tidak memahami kepentingan politik.

Untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti katanya, beliau akan rasa bersalah sekiranya tidak mengundi kerana sudah sedar kuasa politik amat penting apatah lagi kepada perjuangan Islam.

“Pada saya, Pas merupakan satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di negara ini dan saya tidak mempunyai pilihan lain selain memberikan sokongan penuh kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

“Kuasa politik penting kerana melaluinya dasar atau hukum Islam dapat ditegakkan dan saya kini memahami bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan,” katanya pada program Bicara Hijrah Selebriti Bersama Abby Abadi di Cherang Ruku dekat sini, semalam.

Turut hadir, Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim serta isteri, Bidah Abdul Kadir, Adun Limbongan, Zainuddin Awang Hamat dan penceramah jemputan, Khairul Ikhwan.

Abby Abadi berkata, kerajaan mesti menjadikan hiburan sebagai medium membentuk keperibadian masyarakat, bukannya menggalakkan maksiat.

“Seingat saya Jakim  (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) pernah mengeluarkan garis panduan untuk industri hiburan tapi kerajaan tak mahu pakai kerana alasan mereka kaum bukan Islam juga ramai menjadi artis," katanya.

Pemimpin Umno katanya, terdesak dalam usaha menarik sokongan rakyat sehingga menuduh Pas ‘tidak betul’ kerana sejak akhir-akhir ini membawa artis ke pentas politik.

“Kalau sekarang Pas tak betul kerana bawa artis, maknanya dulu betul tapi mereka (Umno) tak sokong juga, nampak sangat mereka hanya mencari jalan untuk memburukkan Pas,” katanya.

Beliau yang popular dengan watak Inspektor Aliza dalam drama Gerak Khas bersyukur kerana dibukakan pintu hati untuk berhijrah kepada kehidupan lebih baik sebagai umat Islam.

P/s : Abby menjalankan tanggungjawab azalinya mempopularkan PAS pula.. kononnya.. ha ha ha.. bukan apa.. krew rasa geli hati jer dengan ustajah instant dalam PAS nih.. Lawak pun ada.. kita tak meloya der.. Kelakar.. 

Hebatnya UMNO sehingga musuh meneliti sehingga ke perkara semudah-mudah alang.. Itulah dia golongan artis.. Sebelum mereka bergelar artis.. nak kan glamor saja.. Memang betullah cakap Abby.. di kalangan artis ramai yang tidak bijak serba serbi.. kena diingatkan apa perlu buat.. kena buat macam ni.. kena buat macam gitu..

Semua orang dah maklum.. nak jadi pengundi.. kena daftar pemilih.. kena panjat pejabat SPR.. kalu tak nak panjat panjat pejabat SPR.. boleh mendaftar di pejabat Pos.. jika tidak mendaftar di pejabat Pos.. boleh mendaftar di mana-mana kaunter bergerak SPR di mana-mana program.. pembangkang atau PEMERINTAH. 

Susah nak cakap ustajaz instant ni cerdik pandai.. lagi salahkan UMNO tak sediakan kaunter SPR untuk dia daftar sebagai pengundi.. ha ha ha.. itu kesedaran dari individu itu sendiri ok??

Haiiiiiii.. tarik nafas panjang bila baca cerita dia nih.. Carik parti nak mendalami Islam.. tu yang songsang tu.. Patutnya carik lah agensi agama yang ditauliahkan supaya tidaklah kemudian hari jadi ustajaz sesat menyesatkan.. 

Apa leh buat?? Sekarang PAS bolehlah glamour sikit berbanding dulu. Abby jangan lupa bantu ibu tunggal dan anak yatim kat Memali tu.. Kesian mereka.. semua tu keluarga ahli PAS tu.. :)

Tuesday, 20 November 2012

[GEMPAR] ‘Kami nak buka agrotourism’


Penilaian yang dibuat

Pembalakan Pedu bernilai tinggi


WAJIB TENGOK!!!

Pembalakan Gunung Inas, Baling
Alor Setar: Selepas ladang rakyat di Gunung Inas, kini projek agrotourism pula dijadikan sebagai alasan oleh kerajaan PAS Kedah untuk menggondol khazanah hutan negeri ini.
Lokasi terbaru yang menjadi sasaran itu ialah lebih 400 hektar tanah hutan di sekitar Tasik Pedu di Padang Terap, dekat sini, yang selama ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan utama negeri.
Malah, sebahagian kawasan terbabit terutama di lokasi tinggi sekitar Tasik Pedu sudah diratakan, sedangkan tiada sebarang laporan berhubung kajian penilaian kesan alam sekitar (EIA) disahkan diterima untuk tapak berkenaan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, ketika diminta mengulas mengakui kewujudan aktiviti perhutanan di sekitar kawasan Tasik Pedu, yang dibangunkan untuk tujuan agrotourism di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Bagaimanapun, beliau menafikan aktiviti pembalakan terbabit dijalankan khusus untuk mengenyangkan mana-mana tauke balak, sebaliknya menjadikan projek agrotourism yang dijangka berpotensi menjadi tarikan pelancongan baru Kedah, sebagai alasan utama.
Sekarang kita dah start (mula) tolak (tebang)…Kita kena tolak (tebang) habis sebab nak buat ladang lebih 400 hektar. Bahagian atas kita sudah tebang, cuma sekarang ni kita ada sedikit masalah teknikal.
BONGKAR!! Lagi sumber di sini. Klik..
Bukan kita buat untuk tauke balak, tetapi sebab terpaksa kena tebang, then (kemudian) terserah siapa nak ambil balak tu…Yang penting, duit tu (hasil jual balak) kita gunakan untuk membangun (projek agrotourism), katanya ketika ditemui selepas menghadiri prosiding berhubung kes Madrasah Salihiah di Mahkamah Tinggi Alor Setar, di sini, semalam.
Semalam, BH melaporkan keadaan tiga lokasi iaitu di Tasik Pedu, Gunung Inas dan Jeniang semakin terancam akibat aktiviti pembalakan. Ini diakui sendiri Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, susulan tinjauan udara dilakukan hampir dua jam setengah di ketiga-tiga lokasi terbabit, pagi kelmarin.
BONGKAR LAGI!!! Sila klik ini
Azizan ketika ditanya mengenai masalah teknikal dimaksudkan, berkata ia berkaitan tafsiran tanah tinggi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan yang secara tidak langsung turut dikaitkan sebagai punca EIA untuk kerja pembalakan di Tasik Pedu itu tidak disediakan.
Tafsiran tanah tinggi mengikut Alam Sekitar (JAS) kata 250 meter ke atas, manakala Jabatan Perhutanan pula kata 750 meter. Saya harap isu teknikal ni dapat mereka selesai cepat.
Kalau keputusan itu memerlukan kami buat EIA, kami akan buat…Sekarang ni, kita jalan (projek) dan tolak (tebang) jugak, sebab nak tunggu pula (kelulusan), mesti pokok tu dah jadi umur 40 tahun pulaklah, katanya.

Sumber : n9kini.com 

Monday, 19 November 2012

Doa hancurkan Umno bukan arahan PAS- Mahfodz


SENAI: Tindakan Nik Razi Nik Mat mendoakan kehancuran Umno-Barisan Nasional(BN) dibuat atas kehendak beliau sendiri bukan kerana menerima arahan daripada pihak tertinggi PAS, kata Datuk Mahfodz Mohamed.


Post Pic


 
Malah, Pesuruhjaya PAS Johor itu turut mempertahankan tindakan tersebut dengan menegaskan bahawa Nik Razi yang juga adik kepada Mursyidul Am PAS hanya memohon kehancuran parti bukannya meminta Allah S.W.T menghancurkan serta menurunkan bala kepada pemimpin Umno-BN.
 
Ujarnya, doa tersebut dibuat berdasarkan keadaan di Kelantan yang didakwa semakin tertekan dengan tindakan kerajaan Pusat khususnya dalam isu royalti minyak 
 
Sebaliknya, Mahfodz mengakui Nik Razi hanya diarahkan untuk menjadi imam bagi solat hajat yang berlangsung sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam kelmarin.
 
“Pada saya, doa Nik Razi itu berdasarkan situasi di Kelantan, yang cukup menerima tekanan hebat daripada Umno dan BN seperti isu royalti, namun berbeza doanya bagi solat Hajat yang diadakan di Kedah.
 
“Itu hak dia (Nik Razi) untuk memohon doa, dan sebagai makmum ketika solat Hajat berkenaan saya hanya mengaminkannya,” ujarnya.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar mengenai tindakan parti pembangkang itu mengadakan solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu semalam serta berdoa agar BN dan Umno dihancurkan untuk memudahkan laluan PAS ke Putrajaya.
 
Menurut Mahfodz lagi, beliau yakin sokongan kaum Melayu akan bertambah kuat kepada PAS jika Umno-BN berkubur pada Pilihan Raya Umum(PRU) ke 13 akan datang.
 
“Nik Razi mendokan kehancuran Umno dan BN. Jika parti itu hancur, saya yakin sokongan orang Melayu akan beralih kepada PAS.  
 
"Secara peribadi, saya turut mendoakan orang-orang Umno dan BN diberikan petunjuk untuk menyokong PAS,” katanya.
 
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksi awalnya menyifatkan tindakan PAS itu hanya akan memusnahkan kredibilitinya sebagai parti Islam.
 
Malah, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno itu berkata tindakan seumpama itu amat tidak Islamik dan bertentangan dengan prinsip Islam.

Pembangkang Tidak Yakin Menang PRU-13 – Tun Mahathir


Pakatan parti pembangkang – Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP – sebenarnya tidak yakin dapat memenangi pilihan raya umum ke-13 dan kerana itu mereka membuat banyak tindakan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata sejak negara merdeka 55 tahun lepas, pembangkang tidak pernah berjaya menjatuhkan kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN).

“Mereka (pembangkang) sedang bersedia kalau kalah lagi dalam pilihan raya akan datang, mereka akan cetus huru-hara dengan membuat demonstrasi, buat desakan kononnya kerajaan sekarang ini tipu bagi membolehkan Barisan Nasional menang.

“Inilah pendekatan mereka sekarang,” katanya selepas majlis Wacana Tokoh Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Penjawat Awam Persekutuan Negeri Kedah di sini, Ahad.

Dr Mahathir berkata beliau yakin kerajaan yang ada sekarang kuat dan mampu untuk menjaga keamanan negara.

“Kalau kerajaan lemah, mereka tidak akan mampu untuk mentadbir negara dengan baik seperti sekarang dan mungkin juga akan digulingkan oleh rakyat,” katanya.

Dr Mahathir berkata rakyat perlu berhati-hati dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Anwar dianggap sebagai pemimpin pilihan Amerika.

“Sejak zaman saya menjadi Perdana Menteri lagi, dia (Anwar) telah dianggap sebagai PM Malaysia oleh Amerika dan dia sendiri pernah membawa (anggota) Kongres Amerika datang ke sini,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir berkata terdapat kemasukan wang asing di negara ini bagi menjayakan agenda negara kuasa besar itu.

“Saya tahu banyak juga NGO (Badan Bukan Kerajaan) yang mendapat bantuan wang daripada badan-badan tertentu Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Mereka bagi wang ini untuk menjayakan agenda mereka bukannya agenda kita.

“Ia berlaku sejak dari zaman saya lagi dan NGO itu telah diperalatkan. Saya yakin parti-parti politik pun ada yang terima wang tersebut,” katanya.

Beliau menasihatkan rakyat supaya berhati-hati dan memilih pemimpin yang betul bagi mengelakkan negara dikongkong dan dijajah semula.

Terdahulu, dalam ucapannya Dr Mahathir berkata pelbagai pembangunan telah dilakukan kerajaan pusat bagi memberi kesenangan kepada rakyat.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan itu menunjukkan kerajaan sangat prihatin dan sentiasa memikirkan nasib rakyat dan untuk membela rakyat,” katanya.