Labels

Wednesday, 9 January 2013

Pujian antarabangsa hasil kajian mereka sendiri


Paroi, 08 Jan – Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan bersama JKKK/JKKK Kampung Baru, KRT, Ahli Majlis PBT di Allson Klana, Seremban, pagi tadi.

Beliau diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.
Pertemuan itu merupakan program pertama sempena lawatan kerja beliau di Negeri Sembilan pada tahun ini.

Di dalam ucapan Menteri Besar, “kehadiran Timbalan Perdana Menteri sememangnya dinanti-nanti oleh jawatankuasa akar umbi… kerana pertemuan ini penting.. selain mendengar amanat dan ucapan daripada TPM, ia juga boleh memberikan gambaran jelas bahawa apa yang berlaku di  dalam negara hari ini perlu diperbetulkan.”

“Kita tidak boleh menjadi orang yang mengiyakan apa yang dibuat oleh pihak sebelah sana kerana itulah tujuan mereka untuk sentiasa mengelirukan rakyat.

“Di peringkat Kerajaan Negeri, kita memang sentiasa berkerja kuat untuk memastikan rakyat terjamin. Namun untuk memastikan kekuatan tersebut, kuat pokok bukan kerana dahan, daun dan rantingnya.. kuat pokok terletak kepada akar pokok.. itu perumpamaan jawatankuasa yang hadir hali ini. Kita perlu memberi jawapan yang baik.” tambah beliau.

Beliau turut mengingatkan kepada yang hadir, agar memilih kerajaan yang baik dan telah membuktikan peranannya kepada  masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menjelaskan bahawa pertemuan ini amat penting dalam usaha meningkatkan semangat untuk bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh serta menjadikan negara Malaysia maju menjelang 2020.

“Ketika itu seperti yang diletakkan matlamat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, mahu menjadikan negara ini duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, tidak mustahil untuk dicapai.” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa negara juga telah diiktiraf sebagai negara yang cemerlang dalam pelbagai bidang kerana usaha ini tidak dilakukan sekarang, ianya telah dibuat terdahulu yang melibatkan pelbagai peringkat dan pelbagai bidang.

Malah jelasnya, “kita merupakan negara termaju di antara negara yang membangun.”

Pelabur yang masuk ke negara ini, mereka terlebih dahulu membuat kajian sebelum datang melabur dan mendapati, negara ini merupakan sebuah negara yang berpotensi besar di dalam pelaburan. Mereka turut menyumbangkan peningkatan pendapatan sebanyak 5%.

Bukan itu sahaja, pelaburan di dalam negara turut menjadi penyumbang utama pelaburan terbesar di dalam negara sehingga boleh pula membantu rakyat di negara ini.

“Begitu juga kita mendapat maklum balas dari orang pencen luar negara bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang baik untuk beristirehat. Ini bukan dari kita, tetapi hasil kajian antarabangsa yang menjelaskan.”

Selain itu jelas beliau lagi, “apa yang perlu diketahui di peringkat kepimpinan kampung ini, pada tahun lalu, pendapatan negara melalui cukai pendapatan adalah sebanyak RM125 billion, menjadikan sektor awam mempunyai dana yang amat besar dan kompetetif malah membuktikan ekonomi kita kukuh.”

“Adalah tidak benar apa yang didakwa oleh pembangkang menyatakan negara ini bankrup.. tuduhan melalui youtube tersebut adalah tidak betul.. dan peranan inilah yang perlu dimainkan oleh kepimpinan akar umbi seperti saudara saudari.” tambah beliau.

Sumber : n9kini.com












































Saturday, 5 January 2013

Lebihan undi Zairil 'satu keajaiban' - Tunku Aziz


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) menyifatkan lebihan hampir 500 undi yang diterima oleh Zairil Khir Johari selepas pengiraan semula dibuat sebagai 'satu keajaiban'.

Menurut beliau, lebihan undi itu tidak munasabah kerana jurang perbezaan daripada undi asal yang diterima Zairil cukup besar.

"Jumlah undi yang kira semula itu macam tidak munasabah. Bagaimana Zairil yang mendapat undi awal sebanyak 305 boleh naik mendadak kepada 803 undi.

"Bukan sikit tetapi peningkatan mencecah 500 undi. Macam ada satu keajaiban pula," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti yang dilakukan pada pertengahan Disember lalu.

Dalam keputusan yang dipinda itu, Zairil, yang sebelum ini dikatakan mendapat 305 undi, sebenarnya telah mendapat 803 undi, meletakkannya pada kedudukan 20.

Dalam laporan akhbar itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, CEC yang bermesyuarat malam tadi telah mengesahkan Zairil dipilih sebagai ahli.

Sehubungan itu, beliau percaya pengakuan DAP tentang kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu baru-baru ini memang sengaja dibuat.

Malah, beliau yakin DAP terdesak membuat pengakuan itu selepas parti tersebut menerima kritikan hebat selepas tiada seorangpun calon Melayu yang mendapat tempat dalam CEC.

Katanya, kalau DAP jujur, parti itu tidak memerlukan masa yang lama untuk membuat pengiraan semula.

"Hari itu juga boleh buat semula. Ini bukan pilihan raya umum tetapi hanya pemilihan kecil dalam parti, parti pun bukan besar sangat," katanya.

Tunku Abdul Aziz menambah, beliau tidak terperanjat langsung dengan pengakuan DAP itu, sebaliknya menyifatkan kenyataan itu sebagai satu tindakan untuk manipulasi persepsi orang Melayu terhadap parti tersebut.

"Pengakuan kesilapan itu hanya satu tindak balas sahaja untuk mengambil hati orang Melayu.

"Siapa yang pernah berada dalam DAP akan tahu bagaimana kebolehan parti itu memutar-belitkan banyak fakta. Itu aktiviti kebiasaan DAP.

"DAP ingat dengan cara macam ini mereka pandai, tetapi mereka lupa orang Melayu juga tidak bodoh," katanya.

Tunku Abdul Aziz turut mempersoalkan mengapa Zairil hanya diletakkan pada kedudukan ke-20, tempat tercorot dalam pemilihan CEC.

"Bukan orang tidak tidak tahu kedudukan ke-20 dalam pemilihan CEC adalah kedudukan tercorot.

"Cuba letak pada kedudukan keenam, ketujuh atau kelapan, barulah orang Melayu rasa bangga," sindir beliau.

Tuesday, 1 January 2013

"Apa yang UMNO tak suka, itu yang saya buat" - Nik Aziz


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada pilihan raya umum walaupun keadaan kesihatannya dipersoalkan.

Menurutnya untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik.

"Insya-Allah...apa saja yang UMNO tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). 

Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz, 82, sebelum ini pernah menerima rawatan jantung.

Ketika ditanya mengenai kenyataannya yang pernah membayangkan untuk bersara daripada politik, beliau menjelaskan ia hanya terpakai sekiranya UMNO menerima dasar Islam sebagai perjuangannya.
 
"Selagi Melayu sokong UMNO, wajib bagi saya melawan," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 Kota Bharu.
 
p/s : UMNO Bukan tak suka.. UMNO cuma nak ingatkan.. Tun Dr. M dah bersara.. Nik Ajis lupa janji.. Mana pergi janji manismu Pok Nik?? Cai-cai yang totok tu boleh ditipu.. hehehe..

Sunday, 30 December 2012

12 juta pengundi wajar nilai rekod pencapaian kerajaan sedia ada


Kira-kira 12 juta pemilih berdaftar yang akan mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang wajar membuat penilaian teliti dan merenung masa hadapan bersandarkan realiti dan rekod pencapaian menyeluruh kerajaan sedia ada, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.
  
Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membuktikan kemampuannya mengemudi dengan baik dan berjaya menyelamatkan negara daripada cubaan paling getir semasa krisis ekonomi dan kewangan pada tahun 1997.
  
"Walaupun pada mulanya Malaysia mendapat cemuhan antarabangsa tetapi kejayaan preskripsi pemulihan ekonomi negara yang tidak mengguna formula dicadangkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menjadikan Malaysia menjadi contoh dan mendapat pujian.
  
"Negara bukan sahaja terselamat tetapi formula Malaysia turut diguna pakai oleh kebanyakan negara lain termasuk kuasa besar dalam menghadapi krisis ekonomi yang serupa," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat di Kampung Delima, di sini hari ini.
  
Abdul Rahim berkata proses mengejar kemajuan yang dilakukan kerajaan memerintah adalah berkehendakkan ruang ,peluang dan masa.

"Ini adalah kerana ia perlu melalui proses yang pelbagai sepertimana kata pepatah Inggeris 'kota Rom yang gah itu tidak dibina dalam satu hari' .
  
"Kejayaan dan kemajuan negara juga tidak berlaku secara yang tidak disengaja. Kejayaan yang ingin dicapai oleh sesebuah negara menuntut kestabilan, perancangan dan dasar yang baik, pelaksanaan yang berkesan serta kepimpinan negara yang berwawasan," katanya.
  
Abdul Rahim berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kuasa rakyat adalah penentu peneraju barisan kepimpinan kerajaan.
  
"Dengan kata lain, kebijaksanaan rakyat majoriti lah yang penting di dalam menentukan hala tuju negara. Jika rakyat tersalah pilih semata mata kerana terpedaya dengan dakyah dan persepsi sedangkan kebaikan dan realiti sebenar diketepikan maka negara akan berhadapan dengan masalah besar dan mengundang kegagalan negara," katanya.  - Bernama

Friday, 28 December 2012

Orang Muda Felda Tolak Kumpulan Pembawa Fitnah, Pecah Belah Masyarakat


Setiap berlaku perkara buruk yang menimpa pakatan pembangkang, tiada lain yang akan disalahkan melainkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Terbaru apabila Kembara Oren Selamatkan Felda yang menjelajah ke setiap negeri telah dihalang memasuki kawasan felda di beberapa buah negeri.

Kejadian terbaru adalah di Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh Negeri Sembilan yang menyaksikan berlaku sedikit kekecohan sehingga menyebabkan beberapa orang peserta kembara Oren tercedera. Akibat daripada itu, UMNO telah dipersalahkan kononnya telah mengupah golongan muda untuk bertindak samseng.

Membidas dakwaan tersebut, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Anuar Abd Manap berkata setiap halangan yang dilakukan oleh generasi ke dua Felda untuk menghalang Kembara Oren daripada menceroboh kawasan Felda sama sekali tidak ada kena mengena dengan UMNO.

Ujarnya, tindakan tersebut dilakukan adalah atas dasar tidak mahu Kembara Oren terus memecahbelahkan kehidupan masyarakat Felda yang aman damai.

“Buat apa diaorang nak masuk Felda untuk tabur fitnah. Tak payah kacau kami. Kami sebenarnya sibuk dengan pelbagai program lain.. program pembangunan sukan, ekonomi generasi muda, kerja-kerja sosial dan sebagainya.

“Kami tak mahu layan dan tak benarkan pembangkang ni nak buat kecoh dalam kawasan Felda. Tak payahlah nak tuduh UMNO dalang di sebalik apa yang berlaku. Kami bertindak sebab nak pertahankan kawasan kami dari anasir jahat pembangkang. Memang kami bawa bendera UMNO dan BN sebab UMNO yang bela nasib kami dari dulu. Bukan Pas, PKR atau DAP.

“Kalau betul mereka berniat baik dan bergerak atas tiket NGO, tinggalkan bendera Pas. Kenapa mereka boleh bawa bendera parti dan kami tak boleh. Mereka masuk kawasan kami nak buat kacau, nak tabur fitnah, kami tak terima ini semua,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Anuar, generasi kedua Felda tidak akan menghalang sekiranya mereka datang dengan niat baik dan membangkang perkara yang benar. Namun apa yang mereka cuba lakukan dan sebarkan adalah fitnah dan propaganda jahat semata-mata.

“Mereka tuduh Felda jual minyak pad Israel, tuduh Tan Sri Isa Samad nak bankrapkan Felda. Ini semua tak benar.

“Tan Sri Isa Samad sering mendengar pendapat kami. Lihatlah… kami rakyat Felda hidup dengan baik malah terbela. Kalau betul mereka nak tegur, tegurlah dengan betul. Bukan dengan cara macam ni. Masuk tempat orang lepas tu nak buat kacau. Mestilah kami akan halang semua ni,” tambah Anuar.

Jelas beliau lagi pembangkang perlu sedar diri bahawa mereka tidak diterima oleh generasi kedua Felda, sebab itulah kedatangan mereka di kebanyakan kawasan Felda dibantah sekeras-kerasnya.

“Bukan kami generasi kedua sahaja yang bantah kedatangan mereka ini malah ibu bapa kami juga sama sekali tidak menerima kehadiran mereka yang cuba buat onar.
 
“Pergilah buat kerja lain daripada cuba kacau hidup orang Felda. Orang Felda setia di belakang Perdana Menteri. Usaha menabur fitnah kepada kami sama sekali tidak diterima. Lihat sahaja apa yang terjadi… Bila mereka dihalang oleh kami, UMNO pula yang dituduh sebagai pencetus apa yang berlaku. Ini fitnah lagi.. Terang-terang fitnah,” selar Anuar. – MediaUMNO